Pengikut

Isnin, 18 Mac 2013

Kejujuran Memang Menyakitkan Tapi Tidak Mematikan. Kebohongan Memang Menyenangkan Tapi Tidak Menyembuhkan



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas di muka Allah ini. Hari isnin yang sungguh tenang walaupon kadang kala emosi sedikit tergangu tapi tak pernah mencela sinar mentari dari terus bersinar dengan memberi nikmat kepada yang memerlukan. Tiap tiap hari acik di hujani dengan pelbagai soalan dari rakan rakan yang minta pendapat dan komen. Maaf kepada yang tak sempat untuk acik bagi pandangan kerana otak nie memikirkan tentang banyak hal.

Kebetulan hari nie, ada kelas petang dan sebelah malam ada program bersama astro untuk im4u .InsyaAllah kalau ada kesempatan dapat join. Siapa tak pernah menipu atau berbohong ? Tipulah kalau katakan dalam hidup ini semua orang tak pernah berbohong ? ahh tengok tu mesti nak cover diri. Memang pon kadang kala kita lebih protect diri kita untuk sembunyikan berlapis lapis segala kesalahan dan percakapan kita dari orang tahu.

Usia kita makin bertambah ,dalam rancaknya usia kita tu , berapa patah perkataan yang kita habiskan untuk bercakap ? dan berapa kali agaknya kita berbohong ? kalau di kumpulkan bagaimana dosa kita. Setiap hari kita tak pernah berseorang sebab ada penjaga kiri dan kanan yang tak pernah berhenti mencatat segala apa yang kita lakukan.

Bukan apa, orang selalu benci pada kejujuran walaupon dia jujur tetapi jujur tetap di benci. Jika di bandingkan dengan tipu, orang lebih suka pekara yang tak benar dari reality sebenar. Sebab mereka tak sanggup nak terima semua nie. 


Acik rasa, ini masanya untuk kita bangkit dan muhasabah diri , lihat diri kita , berapa banyak agaknya kita dah tipu orang  ? dari pekara kecil sehingga besar. Memang ada kala kalau kita tipu itu untuk kebaikan. Tapi sampai bila ?? Lastly kita juga yang akan di salahkan dan di benci oleh orang lain bila sudah tahu kebenaran. 

Dan marilah ungkapkan kebenaran yang hakiki.. Satu lagi jika kita ada buat silap dan salah, gunakan kaedah yang betul untuk buat pengakuan. Sebab bila kita buat dosa dengan manusia , dosa tersebut hanya dapat di maafkan oleh mereka yang kita buat dosa.

Kejujuran itu memang pahit untuk di terima tapi  jika kita ikhlas dengan apa yang katakan maka insya Allah semua akan tiada masalah. Percayalah pada ALLAH.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Menipu / berbohong nie macam dadah, kalau kita tak buat tak sah , kita akan kecanduan.Dan kita akan terus menipu dan menipu.Orang akan hilang kepercayaan pada kita.

Untuk menagani masalah ini , kita haruslah kawal diri kita dan percakapan kita. Selalu lah berzikir ,bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH supaya hati kita lembut .Dan cara kedua kita bolehlah berpuasa  kerana puasa itu dapat mengawal perasaan kita untuk melakukkan pekara yang tak baik.Paling penting taubat yang perlu kita lakukan.



Hendaklah kamu berkata benar(jujur),karena berkata benar itu membawa kepada kebaikan,dan kebaikan itu mambawa ke  surga.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata benar dan cenderung dengan berkata benar,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang jujur.

Dan jauhilah berkata dusta(bohong),karena dusta itu mambawa kepada  kejahatan,dana kejahatan itu membawa ke neraka.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata dusta dan cenderung dengan berkata dusta,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang pendusta

H.R BUKHORI-MUSLIM

 Takpe kita mula dari perlahan lahan, sedit demi sedikit, elakkan dari pekara lagha dan berfikir dulu sebelum berkata kata. Memang betul hanya Allah yang tahu apa kita buat tapi kita harus tahu , di padang masyar nanti semuanya akan terbongkar dan setiap perkataan dan perilaku kita akan di siarkan tanpa ada tapisan. Di dunia kita mampu gembira di akhirat nanti ??  Acik taip ini sebenarnya lebih kepada muhasabah diri ,ingtkan diri sendiri. Kita ada yang fikir nak tunjuk bagus , kamu salah!! sebab acik takut dengan kematian yang boleh datang bila bila sahaja dan saat tu kita tak sempat bertaubat dan meminta maaf.


Share This!


30 ulasan:

Amirul Ramli berkata...

Betul tu.. walaupun pahit kena cakap perkara yang benar. Sebab rasa manis dari berbohong hanya sementara dan akan memberi penyakit.

Aku Penghibur berkata...

betul tu amirul ... lebih baik jujurkan

AyueJean AJ berkata...

Setuju Acik..
Lebih baik tau kebenaran dari tau pembohongan...
Sakitnya tu lain...

Seneorita Baharin berkata...

setuju sangat acik....biarlah kita jujur dan bercakap benar walaupn kadang kala kejujuran tu menyakitkan utk sementara, berbanding menipu dan satu hari org tau, mesty dia dah xpercayakan kita sampai bila2 dan itu akan menyakitkan kita utk slamanya..sama2 kita berubah ke arah kebaikan.. :')

Khairul Zamri berkata...

setuju, tak ada manusia yang tak berbohong sampai satu tahap ada orang tak suka seseorang yang terlalu jujur :)

Mar Haini Abdul Rahim berkata...

nice kata-kata tu, kejujuran kalau sakit pun bersifat sementara je kan, compare dgn kebohongan, best sekejap, tapi sakit drnya akan merebak dan boleh jd kronik. haishh semoga bohong xjd hobi kita dan dijauhkan sifat sebegitu :)

Mieza Jhaa K berkata...

Tak pandai nak menipu..smpai kadang2 orang memandang rendah kerana kejujuran tersebut..

Hasri Anis berkata...

lebih baik jujur daripada menipu.. pahit tu sekejap je.. yang manis tu pun takkan kekal lama..

Norhailmi Abdul Mutalib berkata...

sedap tajuk entri.. zmn skarang nih, orang jujur lah yang paling banyak kena tipu.. ;)

Norhailmi Abdul Mutalib berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aku Penghibur berkata...

betul tu.. lebih sakit di di tipu

Aku Penghibur berkata...

betul sekali org x percye.. naseb la

Aku Penghibur berkata...

maksud di sini berpada2..jangan sampai orang pijak kita

Aku Penghibur berkata...

betul tu..semoga kita dpt elakkan

Aku Penghibur berkata...

tapi hati2 jgn sampai orang pijak kepala

Aku Penghibur berkata...

benar sekali.. setiap pekara ada risiko

Aku Penghibur berkata...

hehe betul tu cikgu..tpi nk hidup nie kena pandai2 jgn sampai tertipu

Zamani Abe berkata...

Kejujuran Memang Menyakitkan Tapi Tidak Mematikan. Kebohongan Memang Menyenangkan Tapi Tidak Menyembuhkan

terbaik (y)

shuhaida saad berkata...

ss kalau tipu, sejam lepas tu dah kantoi. hahaha..

MarnieyZ berkata...

sokong tu. Kdg2 kalau menipu tak tenang pula, terus terpaksa tebal kan muka bgitau hal sebenarnya. Istilah bohong sunat tu rasanya takda betulkan?

Aku Penghibur berkata...

alhmdulilah

Aku Penghibur berkata...

yeke .. wahh mesti baik orangnye

Aku Penghibur berkata...

erm x de pon .. tpi pernah dengar berbohong utuk menolong menyelesaikn mslh or kebaikan ..

Bin Muhammad berkata...

Salam Acik,
Adakalanya berbohong itu perlu terutama jika kisah silam/berita yg boleh mengaibkan, memutuskan silaturrahim atau membawa musibah.
Kena bijak menilainya...Namun ia jarang berlaku.
Jujur adalah sikap yg terbaik dan terpuji biarpun ianya pahit. Wallahualam...

Hatimi Tahirruddin berkata...

betul tu bro...kalau tak boleh nak hentikan sikap menipu secara mendadak, try la kurgkan secara beransur2...

tapi boleh difikir2kan jugak apa beza dan persamaan perkara2 ni:
1. tidak beritahu perkara sebenar
2. tidak jujur
3. bercakap bohong

boni kacak berkata...

terima kasih bro untuk entri ni.. :)

Cinta Misteri berkata...

diam lebih baik dpd bercakap yg merapu tak tentu hala hingga membuahkan kebohongan utk menyedapkan cerita....nauzubillah...

tp CiM adakalanya tipu mak ayah sendiri dgn niat utk menjaga hati. kdg kala mereka hidu kebohongan itu, kdgkala tk sedar ianya berlaku, tp akhirnya CiM akn bongkar jua semuanya bila keadaan mereda...

bohong sunat tkde dlm kamus, bohong ttp hukumnya potong lidah.

Lina md. munir berkata...

Suka dengar lagu JUJUR DARI KUMPULAN RADJA.

Lina md. munir berkata...

Suka dengar lagu JUJUR DARI KUMPULAN RADJA.

Nurul Aini berkata...

Semakin banyak bercakap..semakin banyak pula pembohongan yang bakal keluar..Allahuakbar..banyak sungguh bercakap perkara yang lagha ni. Terima kasih atas peringatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails