![]() |
Kali keempat betulkan motor nie |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hidup ini memang tak lekang dengan ujian. Ketika diri dalam delima, ujian datang secara bertimpa-timpa.
Aku redha dan ikhlas apa yang berlaku. Hanya kadangkala ianya membuatkan aku hilang punca seketika. Ini ingatan dan kasih sayang yang Allah berikan kepadaku. Semoga ada hikmah di sebalik yang berlaku.
Terima kasih kepada abangku yang sanggup datang dari Johor untuk lihat motor aku bersama kawannya. Terima kasih juga kepada roommate yang bersama menolak motor ke bengkel yang jaraknya hampir 5 KM. Dua kali pergi dan patah balik ke bengkel sebab rosak lagi.
Dalam perjalanan dekat 15 kali mati dan tolak ketika naik bukit dan paling tak boleh lupa kena naik tepi jalan untuk shortcut. Memang tutup muka cover helmet.
Nak ketawa ada, nak nangis ada ,sedih ada, gundah gelana pun ada. Kalau kiranya nie dekat RM 1500 untuk betulkan motor. Setiap hari pergi balik naik teksi. Ohh Itulah kehidupan aku yang baru nak mulakan kehidupan. Ada yang kata, ada masalah sikit tulis kat blog minta simpati ?
Mungkin kamu tak tahu apa yang aku lalui dan ketika kamu lalui saat sukar dalam hidup kamu baru akan faham.
Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji?
Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
Semoga aku kuat hadapinya, terima kasih Allah atas peringatannya atas diriku yang banyak kekhilafan.Bulan nie sahaja , telefon rosak, laptop rosak,motor rosak, baru kehilangan Abah dan pelbagai lagi.
Tiada istilah nasib malang, segalanya adalah ujian dari Allah untukku. Allah tahu yang terbaik untuk aku, aku percaya dengan Allah.
14 ulasan:
Semua yang datang pasti ada hikmahnya.. Sabar ye Acik :) Mungkin dapat motor baru xD
SABAR acik..sabar itu pedih..sabar itu berat dan sabar itu menyesakkan..namun Allah itu sentiasa melihat..Allah sentiasa memandang hati kita..istighfarlah..moga Allah kuatkan hati dan semangat acik..insyaAllah..
Dugaan datang untuk menjadikan kita lebih kuat :) Bertabah ye Acik!
Bagus dapat kawan yang sedia membantu.
Allah datangkan ujian kerana Allah yang beri yang terbaik. Nengok tu Allah tunjukkan kasih abang kepada adiknya..
banyakkan berzikir..InsyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Pasti Allah telah tetapkan sesuatu yg hebat utk Acik selepas ini.
Jangan lupa kongsi ya.. ^_^
Allah sayang, sebab tu Dia uji :) kuatkan semangat yaaa. keep positive
Allah uji org yg bersedia walau kita kata kita tak sedia,dia tahu,dia test dulu sebab nak bagi hadiah paling best nanti,bersabar dan tabah ye...inilah hidup...kalau kita tahu buku kehidupan kita bukan hiduplah namanya kan?
HMMM..TERKEDU MENDENGRNYA..UJIAN ALLAH XPERNAH HBS SELAGI KITA HIDUP ACIK...BERSABAR. TEGARKAN SEMNGAT.
akak pun tengah diuji dengan Allah Swt,yg penting kita sentiasa redha,
kdg2 penulisan kita dapat menenangkan sipembaca pun dah dpt pahala jugakan...
besar ganjarannya acik,kita je yg tak perasan...
subhanallah ujianmu ujianku jua...
jika ad yg bkata ' ad mslh sikit tls kat blog' mesti dia ad mslh hati...dgn meluahkan apa yg tbuku di hati blh meringankan kepala drp memikirkan nya.knapa tidak kan? jgn pedulikan apa org kata acik..
semoga acik trs istiqamah dlm setiap perkara
Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Ada kala in merapatkan lagi tali silaturrahim. Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketabahan kpd Acik atas segala ujian yg mendatang... aamiin.
Ada jugak yang membantu..sabar ye acik
Catat Ulasan