Assalamualaikum
Hari demi hari berlalu tanpa kita sedar, setiap detik nafas terhembus umpama nilai yang berharga anugerah ilahi yang tak mengharapkan balasan.Setiap hari yang acik lalui acik dapat pelbagai pengalaman baru dari setiap apa yang dilihat, di dengar dan setiap ragam manusia. Ada ketika mereka mampu buat kita tersenyum, sedih, gembira, luka ,gundah , geram dan sebagainya.
Sebenarnya hari ini, acik bincangkan kepada kamu semua tentang satu pekara yang biasa kita dengar dan tidak ambil peduli. Acik tengok segelintir perempuan/lelaki ada yang perangainya dasyat, ego tak bertempat, kasar dari segi perkataan dan perbuatan. Tak salah nak kasar tapi jangan sampai nilai seorang perempuan/lelaki hilang dek kerana ego kamu.
Acik semalam buat bancian di facebook terhadap perempuan/lelaki suka mencarut.
60 peratus mengatakan mereka hanya mencarut ketika marah
20 peratus mengatakan bahawa kerana didikan ( keadaan sekeliling)
15 peratus mengatakan terbiasa dalam pergaulan dengan rakan-rakan
5 peratus lain lain
Kebanyakan responden mengatakan bahawa mereka kasar dan suka mencarut adalah kerana ketika marah dan teremosi mengikut situasi.
Tapi paling sedih apabila kadang tengok perempuan tu cantik alahai bertudung mahupon tidak tetapi perkataaan yang di lafazkan itu , "khinzir, bangsat, sial , bodoh , bangang dan sebagainya",kan tak elok , orang kata biar tak cantik rupa paras asalkan cantik akhlak dan tutur kata.
Ahh lagi lagi kalau lelaki bertutur perkataan itu tak pernah lekang kat mulut dengan perkataan yang tak senonoh,ishh kamu bakal ketua keluarga , ayah dan suami kalau seperti itu ?
Man , ko nie memang sial lah , napa datang lambat ?
Penah acik lihat seorang ibu memarahi anaknya tapi perkataan yang keluar " ko nie memang anak tak guna tak dengar kata aku , neraka tempatnya "
Bukankah itu satu doa untuk anak tu ?
biarlah mulut kita ini mengeluarkan perkataan yang baik baik dan janganlah perkataan yang kasar dan yang tak elok itu di jadikan kata kata harian,
Satu sebab kerana perempuan dan wanita ini adalah di kurnai Allah dengan kelembutan dan kesopanan, perlulah di jaga dan in sya Allah bakal menajadi ibu ,jadi kenalah tuturkan pekara yang baik baik.
Begitu juga sebenarnya lelaki, tak eloklah jika tuturkan perkaataan yang kasar dan mencarut itu bukan ciri seorang muslim yang sejati, Islam dah ajar kita untuk menjaga adab dalam berkata-kata.
Bila mulut mencarut , hati juga secara tak langsung akan ikut mencarut . Ahh akan rosakkan hati kita.
Sebab apa tak elok mencarut ?
Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)
Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :
“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy),
memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan).
Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah
daripada sifat keji dan tercela.”
Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis
berikut yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji,
kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan
kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan
perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua
cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).
Maka kalau tak dapat tahan sangat perasan marah itu maka berwuduk lah, kita tak reda jika berdiri maka duduklah, jika duduk baringlah. Tenangkan diri , jauhkan dari mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Oklah sampai sini dulu ,jom kita baiki diri dan tuturkan perkataan yang elok elok .
45 ulasan:
ye kan?kadang kala bila terlalu marah banyak benda tak elok di sebut..peringatan untuk diri kathy sendiri jugak ni...
haishh..sgt sedih kalau kena mcm tu..tambah lg kalau mak yg ckp..minta dijauhkanlah..:)
kadang2 kalau dah marah memang tak ingat dunia. :)
tak suka lah orang suka mencarut, lagi-lagi masa tengok bola. nyampah mama! mama tengok bola diam jer.. takde pulak keluar perkataan sumpah seranah bila gol tak masuk..
eeeiii... pantang mama orang suka mencarut ni!
jujur akak cakap, kadang2 tu akak terlalu marah ketika memandu boleh juga keluar kata-kata macam dalan entri acik ni.. syukur mak akak selalu tegur akak.. insya-Allah akak masih dalam proses ubah sikap tu.. terima kasih kerana entri acik sering mengingatkan akak yang seringkali lupa..
orang yg tak boleh kawal perasaan ketika marah ni memang ramai kita jumpa...nak nasihatkan takut kita pula dimaki hamunnya...
bila marah , kata-kata yang dikeluarkan pun tak elok nak dengar...so , sebab tu ramai yang maki hamun masa marah...
Ye, bila marah memang susah kawal diri. Isk3
Kita sebagai orang Melayu dan Islam, jagalah tutur kata. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata, pasti binasalah segalanya. Tutur kata itu lambang jati diri kita.
Saya di sekolah kalau marah, cuba kawal kata-kata saya. Kerana kata-kata guru kalau seringkali diulang sebut seperti menjadi doa pula.
bila tetiba darah naik , diam sekejap , tarik nafas dalam - dalam pas tu hembus . klu x hilang , pi ambil wuduk ya ... sebenarnya marah ni blh dikawal . hanya iman yg membezakan ...
aku ni kena belajar untuk kawal amarah aku. bila aku marah, pasti akan terkeluar perkataan2 yang tak elok... hurm..
BUdak2 skrg ni pandai memaki je bila bercakap..sikit2 'bodo', 'bengong'.. mujur kita dulu tak terikut..
aku tak biasa dengan perkataan mencarut, tapi bila dengar kawan mencarut geleng kepala je lah..
thanks..perkongsian yang menarik acik..
peringatan untuk yaya :)
kata2 ibarat doa....... so ckp yg elok2 saja tau.....
cik akak kalau marah pon memang tak pernah kuar ayat cam tu...
Ibu cik akak tak ajar cik akak kata yang bukan-bukan....
Bersabarlah cara yang terbaik bila kita marah....rawatlah rasa kemarahan itu dengan istifar dan senyumlah hinggakan anda benar-benar rasa ok...Jangan melepas kan kemarahan anda....belajar melawan marah.....ataupun lebih baik kita diam dari berkata-kata....
betul tu ,sebab tu kena control marah tu :)
betul tu ,nuzubillah
itulah emmm itu yg kita tak mahukan
itulh mama, sama sama kita jaga percakapan kita :)
x pe kak , kita baiki diri sama sana :)
aah mmmg pon kadang tegur dalam hati saje
jadi kita kena lebih bertenang
in sha Allah boleh :)
betul tu tutur kata itu lambang jati diri kita.siapa pon kita kena beri contoh yang baik
betul tu :) ambil wuduk :)
emm moga dapat kawal :)
itulah, jadi kita kena beri contoh yang baik baik
itulah sama :)
alhamdulilah :)
yup :) lebih baik cakap benda elok, kalau tak ada apa yang hendak di katakn maka diam
betul tu kak cik ,terbaik lah
mengajar budak2 kat sekolah memang stress..so far, boleh kawal lg marah tu.tak keluar lg perkataan x elok tu..setakat rotan je la..huhu
ohoh! >.< pejam2 mata... tarik nafas... hembus pastu senyum je.. -_- kdg2 susah nak kawal emosi.. tapi jgn cpt melatah.... >.<
klu kita jenis yg tak mencarut , marah camna pun kita tetap tak kan mencarut ... alah bisa , tegal biasa ...
lidah kita ni mmg tajam..klau tersilap kata mn boleh undur lg..kta2 2 pn 1doa..hm jd kenalah kwal smua 2 dgn didikan agama yg baik
kita hanya perlu doakan mereka semoga jadi yang baik-baik.. :)
kena byk2 bersabar ime bln puasa ni kann
salam, mudah-mudahan kita semua diberi kesabaran..amin
Thanks acik atas peringatan. Semoga kita semua tak trgolong dlm org yg suka cakap benda2 tak elok ni.
sebagai ibu kita kena kawal percakapan mulut kita kerana perkataan yg keluar dari mulut kita merupakan satu doa..kalau orang perempuan suka mencarut terlalu melampau dan kurang ajar gayanya....tak suka ler...
Bila dah marah, macam2 perkataan boleh keluar. Saya pun kadang2 macam tu la. Tapi sekarang try la tahan diri bila marah tu. Cepat2 istighfar.
Sha memang kuat mencarut dulu... sekarang ni nak guna kata2 kasar rasa segan plak tak tahu kenapa... tapi perubahan elok buat diri Sha lah kan.... perempuan ni kan lemah lembut walaupun Sha takde laa lembut sangat...
kekadang terlepas gak... tapi macam kak aida ler... cecepat istighfar :)
Ermmm, btol tu. Saya pon ade trkeluar kata2 sebegitu. Sbb trlalu nak marah n emotion. Sbb staff buat hal. Sy jdik geram. But then, rasa menyesal. Sy nie seorg pemendam sbnrnya. So, bila dh start marah akan teruk. Astaghfirullahalazim, rse berdosa bila kenangkan balik. Nangis kejaplah sbb x tahan sgt.
Malu rasanya, akak bila marah lost control... Tapi x pernah marah dan kata yang bukan bukan pada orang lain.cuma agak kasar pada anak akak dan en.suami...huhu...
Selalu gak menangis bila dan bertaubat bila mengenangksnnya...tapi bila hati disakiti dan terus disakiti... Rasa hormat kian tipis itu yg keluar perkataan stupid..stupid..
Catat Komen