Ticker

6/recent/ticker-posts

Kesetian Perempuan Dia Uji Ketika Lelaki Yang Dia Sayang Tidak Apa-Apa


Assalamualaikum

Ujian paling besar bagi kita yang dalam perhubungan adalah soal kesetiaan. Kenapa kesetiaan ?

Sebabnya apabila kita keseorangan itulah kita uji dengan pelbagai. Ketika kita baru tunang masa itulah banyak yang mendatang, segala ex , kepada ex datang menagih janji lama, cinta lama berputik kembali.

Dalam kita ikat cinta yang halal keranaNya di masa yang sama kita bermadu asmara berasama yang lain.
Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Acik melihat dengan mata sendiri banyak kepercayaan yang telah di khianati.

Kesetian lelaki di uji bila dia ada segalanya. Kesetian perempuan dia uji ketika lelaki yang dia sayang tidak apa-apa.

Kesetian lelaki akan tergugat bila ada segalanya, bila ada duit dia boleh dapat apa sahaja yang di ingin. Di saat itu di situlah terletak ujian untuknya. Cinta kepada seorang bukan di megahkan cintanya, bukan di taburkan kata-kata manis semata, bukan di kaburi dengan duit semata.Tetapi bersedia menjadi imam yang baik untuk melayari bahtera rumah tangga, ajarkan tentang konsep kesederhanaan.

Perempuan pula di uji bila lelaki yang di sayang tiada apa-apa. Kadang lelaki itu gaji kecil sedikit di tolak mentah-mentah, lelaki itu hanya motor di tolak juga. Disebabkan kerja tidak sekufu soal harta.

Ramai yang kata, susahnya dapat lelaki yang baik. Sebenarnya lelaki yang baik itu ramai tetapi banyak yang kurang dari segi rupa.

Ramai yang tanya acik bagaimana untuk setia ? ada cara yang terbaik untuk setia ? Kehidupan ini kita perlu saling menghargai sesama jantina, belajar untuk menghargai pasangan mahupun saling melengkapi satu sama lain. Hari ini acik belajar sesuatu melihat keindahan penciptaan alam. Belajar daripada filosofi burung merpati.

1.Merpati adalah burung yg tidak pernah mendua hati. Cuba perhatikan, apakah ada merpati yang suka berganti pasangan ? Jawabannya adalah : TIDAK Pasangannya cukup satu seumur hidupnya.

2. Merpati adalah burung yang tahu ke mana dia harus pulang. Betapapun merpati terbang jauh, dia tidak pernah tersesat untuk pulang. Pernahkah ada merpati yang pulang ke rumah lain ? Jawabannya adalah : TIDAK

Jadi jawapannya ada pada kamu semua.


Catat Ulasan

8 Ulasan

PeRdU cINta berkata…
Mermati 2 sejoli..berdua ke sana ke sini..kasihnya bukan nafsu nafsi..cintanya kerana Ilahi..
KA berkata…
Kurang bersyukur, pudar kesetiaan.
Maqnie berkata…
Nak jadi burung tapi dah jadi manusia..alhamdulillah masih redha dan masih setia .. :)
Maqnie berkata…
Nak jadi burung tapi dah jadi manusia..alhamdulillah masih redha dan masih setia .. :)
Sheila Adziz berkata…
Allah memang mengajar manusia dgn alam, setiap apa yg diciptakanNya untuk manusia berfikir. Sekarang manusia diajar didikan dengan money, tak ada duit tak boleh hidup. Apa kan daya walaupun sudah merdeka minda masih dijajah dengan budaya sedemikian. Biarpun di sekolah belajar agama, adakah agama yang diajar supaya bergantung 100% kepada Allah. Setia manusia kepada Allah dan Rasul seterusnya akan melahirkan kesetiaan sesama makhluk. Adakah itu ada di hati.
Unknown berkata…
sy ingin b'kenalan dgn acik
Unknown berkata…
sy ingin b'kenalan dgn acik
Eintan Nurfuzie berkata…
mmm... mendalam maksudnya