Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2016

Pertemuan Aku Dan Dia Mungkin Salah Satu Cara Allah Menjawab Persoalan Bertahun Di Ingatanku



Assalamualaikum

Seseorang pernah kata padaku :

Hidup ini satu perlumbaan kadang kau kena berlaku tak adil untuk dapatkan kemenangan tersebut.

Sewaktu itu umur aku 17 tahun, puas aku memikirkan kata-katanya. Hidup ini memang satu perlumbaan,tetapi setiap orang mempunyai permulaan mereka sendiri, tak sama. Ada yang ada Degree tetapi kerja biasa dan ada yang pendidikan biasa rezeki melimpah jadi pengurus.Semua itu ujian dan rezeki, kerana setiap manusia itu berbeza-beza yang telah Allah takdirkan.

Dalam pencarian tentang jawapan itu, aku lalui sendiri. Orang mengambil kesempatan atas kebaikan kau. Orang tikam dari belakang untuk dapatkan sales. Gunakan kekerasan untuk apa yang mereka mahu semuanya demi mendapatkan apa yang mereka ingini tanpa memikirkan kesannya.


Aku bertanya pada diri, adakah ini yang dunia perlukan seperti apa yang sahabat aku katakan ?

Bila aku kian dewasa, barulah aku tahu permainan dunia ini dasyat penuh dengan pancaroba dalam mencari jalanNya. Menagis di malam hari , meminta ampun dan mohon pertolongan Allah. Dari zalimi, di tipu , di khinati dan di sakiti.

Si kaki bodek akan terus gah,
Si kaki ampu terus naik pangkat,
Si jujur terus terhina.

Itulah ujian, aku teruskan juga mencari jawapan. Dia temuikan aku dengan pelbagai orang untuk aku belajar mengenali diriku dan Maha Pencipta.

Suatu hari aku tersempak dengan seseorang yang aku kenali. Aku cuba untuk sapa dia, tapi dia,dia larikan diri dari aku.

Entah mengapa, aku di temuikan sekali lagi dengan dia. Kali ini dia seolah bersedia untuk bersua denganku.Rupanya di sahabat yang aku kenali sewaktu 17 tahun.

Dia kata :

Betul kata kau, aku silap.Aku terlalu mencari dunia akhirnya dunia menipu aku. Aku buat apa sahaja asalkan aku kaya. Aku khianati kawan baik aku sendiri. Memang aku kaya, aku ada rumah besar, isteri cantik. Usahawan muda berjaya.Aku boleh tunjukkan pada kau apa yang aku katakan pada kau itu betul.

Itu satu ujian atas nikmat yang Allah berikan padaku. Allah tarik balik semua nikmatku. Business aku lingkup di tipu skim pelaburan, isteri aku tinggalkan aku bila aku miskin. 

Hanya yang ada senakah Al - Quran yang lama aku simpan di almari. Aku cari ketengan di situ. Betul kata kau, biarkan hidup sederhana asalkan kita berada di landasannya semua kerana Allah.

Aku hanya diamkan diri, ini bukan soal siapa menang atau kalah atau siapa betul atau siapa salah. Tetapi ianya satu kepastian. Kita hidup di dunia ini adalah untuk mencari keredhaanNya dan laksanakan tugas sebagai Khalifah di muka bumi.

Miskin itu ujian,
Kaya itu juga ujian,
Cantik itu ujian,
Hodoh itu juga ujian,
Gemuk itu ujian,
Tiada anak itu juga ujian.

Tetapi sejauh mana kita mampu bersyukur dan sabar dalam menghadapi ujian Allah ianya bergantung pada kita. Allah sayang kita.

Pertemuaan itu sangat penting untukku. Allah menjawap persoalanku.

Share This!


4 ulasan:

  1. Sangat menyentuh kalbu. Kadangkala,hidup ni tak semudah yg kita inginkan. Ada tu, kawan sailang kawan pun ade. Sanggup bermain perasaan dgn kekasih kawan sendiri. Ini betul2 terjadi. Bkn lakonan semata. Check baik2 siapa kawan kita dan setulus mana dia dgn kita. Salam Jumaat. Thanks for this entry Acik :)

    BalasPadam
  2. Sedih pula baca kisah ni. Sudah lalui semua tu.

    Benar. Sijujur terus terhina. Yang menipu disanjung gila. Inilah permainan dunia...

    BalasPadam
  3. Betul Achik, macam mana kita hadapi ujian tu yg penting. Walau apa pun, kena redha & bersyukur

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails