Pengikut

Jumaat, 3 Jun 2016

Berhati-Hati ! Penyakit Baru Di Zaman Moden Bagi Pengguna Gadget


Kemurungan
ehsan google


Assalamualaikum

Semakin pesat teknologi semakin banyak penyakit baru yang muncul. Penyakit terbaru ini mudah di dapati oleh penggunakan gadget di seluruh dunia. 

Jika tidak dapatkan rawatan ianya juga berikan kesan kepada kesihatan kita dan orang sekeliling kita.

Tanda-tanda penyakit ini.

- Kerap senyum sendiri.
- Kurang minat bercakap.
- Suka menyendiri.
- H/P sentiasa di tangan.
- Lambat buat kerja.
- tidur lewat.
- lupa suami.
- lupa isteri. 
- lupa anak.

Ianya di kesan di serata Malaysia dan kini menjadi lebih kritikal.Penyakit ini lebih di kenali sebagai Barah Whatsapp.

Boleh membawa kepada kebinasaan dan maut :-

- BerWhatsApp sambil memandu.
- BerWhatsApp sambil menyeberang jalan.
- BerWhatsApp sampai masuk longkang.
- BerWhatsApp sambil seterika baju.
- BerWhatsApp sambil makan.
- BerWhatsApp sampai salah makan ubat.

Pada acik tak salah untuk gunakan teknologi yang ada tetapi jangan berlebihan.

Kerana sebuah group whatsapp suami isteri bercerai. Kerana tindakan "remove" kawan dari group kawan bergaduh. Kerana group reunion cinta berputik kembali minta cerai dan sebagainya.

Teknologi itu memudahkan kehidupan harian kita tetapi jangan salah guna. Jagalah pergaulan dan batas-batas dalam perbicaraan.

Bahasa yang di gunakan, dalam sebuah group ada isteri orang, suami orang jadi berpadalah.

Ianya juga ujian untuk kita, 

Jadi bertabahkan dan bersederhanalah dalam setiap apa yang kita buat. Fikir dulu sebelum buat sesuatu. Jangan terkena jangkitan penyakit itu bahaya !!

Share This!


1 ulasan:

  1. Haaa betul la tu. Tgh memandu pun pgang phone lepastu kereta lelong2 ya Allah sabar jelah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails