Pengikut

Selasa, 29 November 2016

Resepi Jus Epal Hijau Dan Peria Katak Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum

Kadang sebulan sekali, kadang 3 bulan sekali mak kena pergi klinik untuk buat rawatan. Siapa tak bimbang kesihatan ibu kita. 

Penyakit orang tua, biasalah diabetis, kolestrol yang tinggi dan pelbagai lagi. Saranan doktor sendiri lebih selamat sebenarnya untuk menggunakan bahan semulajadi.

Sebagaimana kita tahu peria katak dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan dapat mengawal glukosa pesakit kencing manis

Di sarankan pada mak adalah jus epal dan peria katak. Haha bila dah buat secara rasminya acik juga tak terlepas di paksa minum. Walau pahit rasanya tetapi bagus sekali. Caranya mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji peria katak (buang biji tengah) 
  • 1 biji epal hijau
  • 4 cawan air kosong

Cara-caranya:

  1. potong peria
  2. potong epal dan buang bijinya
  3. blend sehingga hancur
  4. tapis dahulu sebelum minum

Senang je kan ?

Ada orang dia campurkan bersama pengaga. Terpulanglah ikut selera.

Nak sedap, letak epal hijau. Pahit itu rupanya bagus untuk kita. Walaupun kadang pahit harus di telan juga. 

Share This!


3 ulasan:

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails