Pengikut

Sabtu, 17 Disember 2016

Pernah tak seseorang taklah rapat mana,tiba-tiba mesej atau jumpa kemain mesra seolah sahabat baik


Assalamualaikum

Pernah tak seseorang tak lah rapat mana, kenal gitu-gitu sahaja. Ada itu masa sekolah atau masa di universiti sombong tak bertegur. Tiba-tiba mesej atau jumpa kemain mesra seolah sahabat baik.

Pasti terkejut bukan ?

Kebiasaannya, mereka adalah mahukan.

Pertama : Mahu mengeratkan silaturahim

Mungkin juga rasa bersalah yang mendalam. Dulu pernah tak mesra dan kesal dan ingin bina hubungan persahabatan.

Kedua : Nak ajak join MLM

Ini yang selalu di alami dalam ajak berborak dan tiba-tiba mesra mesti ada selitan kisah kejayaan jutawan. Pertanyaan "sampai bila kau nak terus miskin ? kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ?". Tunjukkan kereta mewah dan ajak bertemu kawan-kawan.

Ketiga : Nak pinjam duit

Pernah terjadi, entah kenapa seminggu itu kerap keep it touch. Akhirnya menyatakan untuk pinjam duit. Bila dah bagi terus mengepi.

Keempat : Cinta berputik

Cewah, mungkin juga bila bertemu mata ke mata turun ke hati. Kisah lama mula berputar kembali dan tercetus satu perasaan. Fuh

Pernah alami ? Ceritalah pengalaman kamu. 

Share This!


3 ulasan:

jambu batu berkata...

biasa kena ngan member jual insurans. Heheheh..

Hasliynda Umairah berkata...

biasanya
nak pinjam duit kot

Nik Ainaa berkata...

aina pernah try keep it touch semula dengan kawan sekolah rendah memandangkan dia rapat juga dengan aina dulu-dulu. tapi bukan sekali, malah berkali-kali setiap kali kami berhubung mesti dia minta pinjamkan duit. sekarang aina dah serik nak whatsapp dia. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails