Ticker

6/recent/ticker-posts

Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain dan Berbahagialah tanpa menyakiti orang lain.


Assalamualaikum

Ada ketika di malam hari kita rasa sunyi, sepi . Nak tidur tapi mata terkebil-kebil seolah memikirkan sesuatu. Golek ke kiri , golek ke kanan.Masih tak boleh tidur, sibuk scroll facebook, twitter tapi masih lagi rasa sunyi.

Rupanya Allah rindu rintihan kita padaNya.Lama kita tak bangun malam, bermunajat padaNya, lama kita tak buat solat sunat dan berzikir.



Allah hantarkan perasaan istimewa itu kepada seseorang yang istimewa untuk lebih dekat denganNya. Ada masa ambil peluang.

Sunyi itu kadangkala baik untuk lebih kita kenal diri kita, untuk kita lebih kenal Maha pencipta kita.

Sunyi itu hadir menemani. Lagi-lagi melihat orang lain bahagia bersama orang mereka sayang. Sedangkan kita di timpa pelbagai ujian.Air mata tanpa sedar mengalir. 

Bahagia itu pilihan untuk kita mengikut acuan hati kita. Teringat pesan mak pada aku.

Majulah tanpa menyingkirkan orang lain.Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain dan Berbahagialah tanpa menyakiti orang lain.

Bila kau nak berjaya, berdirilah atas kakimu, berusahalah hasil kudratmu bukan dengan menyingkirkan orang lain.

Naiklah setinggi mahumu , berusahalah semampumu. Buktikan kebolehanmu tetapi jangan kita membuat seribu satu cara untuk kita naik dengan cara salah. Memburukkan orang lain, memfitnah dan khianat pada sahabatmu sendiri.

Jika kau ingin bahagia dengan seseorang yang kau sayang. Lakukan kerana Allah taala bukan kerana nafsu dan keinginan hatimu semata.

Berbahagia andai dia hakmu tetapi jangan berbahagia atas penderitaan orang lain.

Allah hantarkan rasa sunyi itu secara tiba-tiba untuk didik hati, untuk yakinkan hati kita.

Bahawa Allah dekat dengan kita dan selalu ada dengan kita.

Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. Al Baqarah: 214)

Gunalah rasa sunyi itu, untuk muhasabah diri dan mendekati padaNya. Sunyi itu kadangkala bahasa rindu yang mampu di taksifkan pada yang mengerti dan mengambil peluang yang ada.

Catat Ulasan

3 Ulasan

mrhanafi berkata…
Kadang kadang kesunyian itu nikmat untuk bermunajat kepada Illahi..
paridah berkata…
SUNYI BERSENDIRI AMAT MNDAMAIKAN
Unknown berkata…
Kadang2 dah terlampau sibuk, elok la sekali sekala datang sunyi tu. haha