Pengikut

Khamis, 1 Jun 2017

aku bercinta untuk kawin, bukan untuk benda sia-sia. Aku berusaha dan jodoh itu tetap rahsia Allah


Assalamualaikum

salam subuh, teringat pula pertanyaan sorang kawan bertanya pada aku. Soalannya cukup terkesan untuk aku. Doakan aku semoga di permudahkan dalam soal jodoh.



Acik, minta maaflah nak tanya. Kau tak nak kawin ke ? tak lama lagi 3 series. Aku tengok tak ada aweks pun. Masih tak boleh move on dengan yang lama ? , tanya kawanku.

Aku hanya mampu senyum, 

Allahurabbi, sebab dah move onlah nie aku terus macam ini. Bukan tak nak kawin.Gila tak nak. Mestilah nak tapi mungkin Allah berehat seketika untuk aku kenal diri aku dekatkan diri pada Allah dan jaga mak aku.

Hhhmm aku bercinta untuk kawin, bukan untuk benda sia-sia. Aku berusaha dan jodoh itu tetap rahsia Allah.

Benda yang sia-sia ? maksud kau ? , tanya dia lagi.

Maksud aku tidaklah aku bawa ke hulu hilir anak dara orang tanpa ikatan sah, tanpa pegang tangan dan doakan aku untuk menjaga jarak dan perhubungan.

Aku sekarang sedang kumpul duit untuk kawen. Kalau inshaAllah satu hari nanti kalau sudah ada yang berkenan aku terus masuk meminang dia. InshaAllah, aku selalu doa untuk bakal isteri aku. Jelasku padanya.

Kalau gitu nampaknya membujanglah sampai ke tua. Balas kawanku.

Aku yakin dengan Allah, lambat dan cepat tetap rahsia Allah untuk aku. Ada hikmah yang aku tak tahu yang mahu di berikan. Tak apa masa yang ada ini untuk aku baiki diri aku. Kau doakan aku ye semoga di pertemukan seseorang selayaknya untuk aku insan banyak kekurangannya nie.Kataku padanya.

Patutlah tak kawin-kawin. Adik beradik kau ada, boleh jaga mak kau. Kau kena kejar dan usaha untuk dapatkan cinta kau.Balas kawanku.

Aku anak lelaki tanggungjawab aku sampai mati pada mak aku. Doakan aku kalau dah kawen pun masih sama jaga mak aku.Nak cari yang bukan hanya boleh terima aku tetapi mak dan keluarga aku bukan senang. Aku sedang usaha.

Jadi doakan aku, doa kau seorang kawan sangat di perlukan. 

Dia hanya diam sahaja.

Ya rab, dirimu tahu usahaku, 
Kuatkan imanku dengan ujianmu,
kurniakan kekuatan untuk aku mencari cintamu dan cinta seorang kekasih yang diriMu kirimkan buatku.



Share This!


3 ulasan:

  1. SALAM RAMADAN ACIK IN SYAA ALLAH AKN BRTMU DGN JODOH YG DIHARAPKN

    BalasPadam
  2. Masa bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk menyampaikan hajat kepada Allah...

    BalasPadam
  3. Jaga cintamu untuk Allah maka Allah akan mjaga cintamu

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails