Pengikut

Isnin, 26 Jun 2017

Doakan saya agar di pertemukan jodoh saya.Saya sedang berusaha baiki diri.


Assalamualikum

Selamat hari raya semua, wah beraya sakan nampak. Raya kali ini lebih seronok apabila dapat berkumpul dengan semua adik beradik. Sedang beraya terjumpa seorang kenalan.

Bagaimana ada tak orang tanya bila nak kawin ? 

Mesti adakan, ini kawan acik nak kongsi cerita dengan kamu semua.



Acik !  selamat hari raya. Ingat aku tak ? , sahut kawanku.

La awat tak kenal, Azim. Selamat Hari raya, balasku.

Terima kasih atas banyak nasihat kau, alhamdulilah Allah permudahkan urusan aku. balasnya lagi.

Nasihat ? Ermm , balasku.

Iya, nasihat di facebook dan blog. Aku mrngikuti apa yang kau tulis. Ada itu kau tulis tentang doa. Dulu aku sangat marah bila orang tanya aku bila nak kawin ?

Mereka tak tahu ke ? nak kawin kena banyak keluar duit ! aku pun baru je nak mula hidup. Susah dia orang tak faham. Pernah satu ketika itu, aku melenting bila mak cik aku tanya bila nak kawin ??

Dengan selamba aku balas macam orang kat facebook kata. Mak cik bila nak insaf ? umur makin tua.

Bendulnya aku ! masa itu aku memang serabut gila. Adik beradik aku semua dah kawin tinggal aku sorang je. Sentap mak cik aku. 

Tapi aku pernah terbaca apa kau post.
Mereka tanya sebab mereka ambil berat pasal kita. Dan bila mereka tanya jawablah elok-elok. 

Minta mereka doakan kita dan mintalah bantuan mereka.

Tahun lepas, aku jumpa balik mak cik yang pernah aku marah. Aku minta maaf, aku tahu aku salah. 

Mak cik itu pun faham keadaan aku, katanya ianya hanya untuk mulakan perbualan.

Aku kata pada dia, mak cik doakan saya agar di pertemukan jodoh saya.Saya sedang berusaha baiki diri.

Setiap kali orang tanya, itulah jawab aku.

Mungkin doa aku dan doa-doa mereka di makbulkan Allah. Alhamdulilah bulan 4 lepas aku dah kawin. 

Kadang Allah uji kita dengan sikap kita, perangai kita. Malu rasa, baru di "jentik" dengan secebis ujian dan mengelopoh, jelojoh dan tak sabar. Paling penting jagalah hubungan dengan Allah, buat baik pada mak dan ayah kita kerana doa mereka untuk kita tak pernah lekang.

Terima kasih acik.

Alhamdulilah aku hanya tersenyum bila dapat lihat kegembiraan padanya. Semuanya dah di aturkan oleh Allah. Kadang kita hanya orang tengah sebagai asbab untuk kebahgiaan orang lain. 

Alhamdulilah,Allahuakbar

Share This!


6 ulasan:

  1. Kalau saya berada di tempat Bro.. Memang saya risau juga..

    Tak pe jodoh nya bakal tiba

    BalasPadam
  2. Jangan risau. Setaip insan sudah ditulis akan jodoh, rezeki serta ajalnya oleh Allah seelum rohnya ditiup masuk ke dalam jasad semasa dalam kandungi ibu. Cuma cepat dengan lambat je. Belum sampai masa lagi tu.

    BalasPadam
  3. banyakkan berdoa..semoga dapat jodoh dengan org yg beriman

    BalasPadam
  4. خدمات لمنزلك تقدم بمنتهى العناية والاتقان والتفانى
    شركة تنظيف بجدة

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails