Pengikut

Isnin, 31 Julai 2017

Lagi Kes Isu Steering Lock Kereta Axia , Realiti atau sekadar Viral ?




Assalamualaikum

Kecoh dan viral baru-baru ini kes kereta axia kemalangan kerana steering lock.Kalau di ikutkan berkali-kali di siarkan tentang kereta axia ini.

Itulah kuasa viral bukan semuanya betul, tangan cepat klik untuk sebarkan tanpa dapat kepastiannya.

Hari ini pula tersebar satu gambar laporan polis tentang kemalangan itu rupanya mengelak kucing. 



Bukan apa acik sebab acik pun memandu axia. Jadi kita tak keruan dan risau. Acik sendiri ada bertanya dengan orang produa mereka menafikan.

Setahun juga acik memandu axia, tetapi rasa berhati-hati itu tetap ada.Yelah kita pun tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. 

Tetapi jika benar, isu ini pernah berlaku. Pihak produa perlu ambil tindakan segera. Keselamatan pengguna adalah menjadi keutamaan. 

Jangan sudah ada ada kematian barulah nak ambil tindakan.

Mohon produa periksa kembali keselamatan kereta-kereta yang di keluarkan. 

Kepada nitizen pula, jangan cepat sebarkan berita tidak pasti dan pekara yang kita tak tahu kebenarannya.

Gunakan kuasa viral untuk kebaikan dan penambah elok mutu itu lebih baik. Apa pun juga berfikir dahulu sebelum kongsi sesuatu. 


Share This!


6 ulasan:

  1. dengar jugak,tapi bukan sebab stereng lock kan..alahai diorang ni...

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. tapi kalau guna abs memang akan membuatkan stereng lock kan? ke salah?

    BalasPadam
  3. Selalu jugak dengar viral tentang stering lock axia ni time memandu . Apa pun pandu dengan kelajuan yg berhemah

    BalasPadam
  4. Viral ni ada baik buruk dia..kalau promote yang elok baguslah...kalau yang tak betul, jatuh nama orang...huhu

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails