Dashing 2 in 1 Memudahkan Lelaki Dengan Face Body Wash | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 2 Julai 2018

Dashing 2 in 1 Memudahkan Lelaki Dengan Face Body Wash



Lelaki tak suka sesuatu pekara yang complex, kalau boleh satu item boleh di gunakan untuk semua kegunaan. Sabun badan boleh guna untuk muka juga. Senang dan tak leceh. 

Bertepatan dengan kehendak dan keperluan lelaki DASHING kini melancarkan produk terbaru iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Untuk  Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram.

Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

Sabunnya banyak buih dan sangat selesa kalau di kenakan di kulit muka lelaki. Baunya menyenangkan dan boleh tahan dan mengekalkan badan kita dari berbau.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – COOL

Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ULTIMATE KICK

Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – HATTRICK

Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ACTIVE

Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Variasi Active dan Ultimate Kick, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dibersihkan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml dan boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran.

Share This!


3 ulasan:

shazillahsani.com berkata...

simple but nice...harga pun berbaloi...hihihi

Normi Nieza berkata...

memang berbaloi..produk bagus..:)

mOoN IzzaN berkata...

harga mampu milik.. husband pun suka pakai produk ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails