Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya Allah jauhilah aku dari menyukai,tersuka dan disukai hak orang lain.


Assalamualaikum

Nama Husna kian semakin dibenci oleh netizen kerana menjadi orang ketiga dalam perhubungan.

Ramai yang marah, benci seseorang itu jadi orang yang ketiga dalam perhubungan yang telah kita bina. Terdapat banyak faktor tetapi pokok tidak akan bergoyang jika tidak di tiup angin. Kalau kita tak layan semua itu takkan terjadi.

Selalunya berlaku dengan keizinan diri kita. Kita selalu buka ruang dan peluang untuk orang lain selit dalam sebuah perhubungan.

Ada masalah, cari orang lain untuk selesaikan masalah kita. Mula hanya sekadar berkawan kemudian, mula hari-hari nak jumpa dan berbual sehingga rasa diri kita dengan dia ada "chemistry" seperti apa yang kita nakkan.

Kita selesa dengan dia dan lupakan orang yang kita anggap "masalah" pada kita. Hakikatnya orang yang dianggap masalah itu yang tak pernah jemu bantu kita, terima kita ketika susah.

Kita selalu nak lebih, membuka peluang-peluang lain untuk orang mendekat. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Ruang dibuka,peluang di berikan.Walhal kita sudah berkahwin, sudah ada ikatan dengan seseorang.Tetapi ego kita mengatasi segalanya.  Aku boleh dapat lebih baik.

Sehingga ada hati-hati yang terluka. Berbagi kasih itu tidak mudah seperti kita sangka. Kesannya bukan pada kita dan dia sahaja tetapi kepada anak-anak dan keluarga kita.

Salah faham itu biasa, bergaduh kecil dalam perhubungan itu biasa. Dari situlah kita belajar dari kesilapan.

Tetapi bukan kita cari peluang dan alasan untuk kita cari yang lain.

Aku tahu ianya suratan takdir, tetapi selagi ada upaya. Berusahalah untuk kekalkan apa yang ada, ikatan perhubungan yang terbina. Salah faham itu biasa,jangan buka ruang dan peluang kepada orang lain.

Jangan terlalu percaya walhal kawan baik sendiri. Beri dia ruang dan peluang untuk jaga "dia"untuk kita. Tengok-tengokkan dia, kita sibuk.

Hakikatnya hati manusia cepat berubah.

Tetapi kita ada pilihan.Untuk pilih nak atau tidak.

Lagi kita sudah ketahui dia dah berkahwin, jauhilah mereka yang melibatkan perasaan. 

Kamu perempuan mesti tahu, sakitnya dikhianati, ditinggalkan oleh orang yang kamu sayang.

Kamu lelaki tahu sakitnya orang kita sayang curang dibelakang kita.

Jadi jangan jadi orang penyebab itu.

Manusia belum dapat semua mulut manis, andai sudah dapat baru kau tahu macam mana.

Dalam doa selalulah sebut, Ya Allah jauhilah aku dari menyukai,tersuka dan di sukai hak orang lain.


Catat Ulasan

0 Ulasan