Ticker

6/recent/ticker-posts

20 Iklan Raya 2023 Yang Perlu Ditonton Yang Pasti Akan Menyentuh Perasaan

 

Kita dah tiba, 8 malam yang terakhir di bulan ramadan. Rasa rindu dan sayang nak tinggalkan bulan yang penuh hikmah ini. Semoga kita manfaatkan masa yang ada, dan raya nak tiba ! Hari kemenangan yang di nanti-nantikan dan bermaaf-maafan..

Rasa tak lengkap bila tiba hari raya jika kita di hidangkan dengan iklan atau shortfilm yang menarik.

Sambil-sambil boleh saksikan 10 iklan terbaik pilihan acik. Pada acik mesej yang di sampaikan ada mesej yang sangat bermakna dan paling kelakar. Seperti biasa kita mesti nanti-nantikan iklan petronas yang tak pernah mengecewakan, mampukah yang lain menandinginya ?
 20 Iklan Raya terbaik 2023
 
20.  ADINDA by Tudung Fazura (Iklan Raya 2023) 
 
Adinda mengisahkan seorang kakak yang ingin berbaik semula dengan adiknya menjelang Hari Raya meskipun adiknya enggan. Saksikan filem pendek “Adinda” sempena Aidilfitri arahan Bahri Umararif. 
 
   
 
19. #WatsonsRaya2023 - Rahsia Gaya Raya
 
#WatsonsMalaysia mempersembahkan filem #WatsonsRaya2023, Rahsia Gaya Raya yang dibarisi selebriti popular Malaysia: @aydajebatofficial 🔎, Nabil Mahir 📌, Fyna Fyna, Didie Alias dan Faizal Hussein . Tahun ini, Watsons membawakan sebuah kisah raya yang penuh misteri! 🔎 Siapakah SUSPEK sebenar dalam kes kehilangan harta turun-temurun keluarga Ayda?  Kalau nak tahu, jom tengok! 👀
 




18. Air Selangor Raya 2023 | Gambar Pagi Raya
 
“Aku dah tak kisah! Korang ambillah gambar sendiri.” Kenapa Anis marah sangat dengan keluarga dia tu? Memang tiada keluarga yang sempurna, tapi ini kan Hari Raya, masa untuk kita bermaaf-maafan?
 
 
 
17.  Bingkisan CIMB di Aidilfitri - Harga Keyakinan
 
Sandarkan keyakinan pada mereka yang berusaha untuk kecapi bahagia dan hidup yang lebih terjamin. Saksikan bingkisan harga keyakinan Fuad dan Sarah di Aidilfitri ini. Salam Aidilfitri dari CIMB. 
 
 
 
16. COSMODERM Raya 2023 - Aina Takut Raya
 
Dapatkah Aina melawan ketakutannya pada Raya tahun ni dengan bantuan COSMODERM? Sama-sama kita saksikan video ni.
 

 
15. Etiqa Raya 2023 - Panorama Abah Den

Marahnya muka Jamal… 😣 Sebab Abah ke? Kalau nak tahu, jom tonton sekarang! 
 

 
14. Iklan Raya Grab 2023: Suasana Hari Rabu

Ya, iklan Raya lagi. Tapi takde kucing comel. Ada labah-labah, bah. Takde dialog tipikal, “Mama, saya tak sempat balik tahun ni.” Sebab (spoiler alert!) mak ayah heroin kita ni dah takde lagi… Bolehkah dia temui makna ‘kampung’ yang sebenar, atau setakat sembang je? Kenalah tengok sendiri.
 
 
 
13. Perodua Raya 2023 - #RumahFinale

Ha, siapa pernah ikut ziarah takbir malam Raya dari rumah ke rumah? Serapi mana pun perancangan, pasti ada yang tak diduga! Jom saksikan kekalutan #RumahFinale
 
 
 
12. Iklan Raya BSN 2023 | Salah Siapa?

Tak sah kalau tiada drama bila dekat nak Raya kan? Apa pula insiden yang menimpa keluarga ini? Salah siapa agaknya? Haaa , nak tahu kesudahannya? Jom saksikan di semua platform media sosial BSN Malaysia #BSNMalaysia
 
 
11. ALICAFE RAYA 2023 - Pesan Abah Untuk Ali

Rasai Kehangatan Aidilfitri bersama Alicafe - Ali dengar pesan abah, keluarga kita adalah harta yang tak ternilai. Sama-sama kita resapi kehangatan rasa kasih sayang dalam setiap tegukan air kopi Alicafe. Tonton video ini sampai habis dan jangan lupa kongsikan kebaikan ini bersama semua yang tersayang!
 
 
10. myTukar Raya 2023: Dipandu Rindu | Drive

Menyayangi anak-anak anda bermakna membiarkan mereka terokai lebih jauh. Berbakti kepada ibu bapa anda bermakna memberikan mereka yang terbaik di dunia. Tetapi bolehkah seorang anak memahami hasrat ayahnya dan pulang ke rumah? Tontoni apa yang berlaku apabila perjumpaan Raya dirancang dengan teliti bagi menyatukan kedua-duanya. 
 
 
9.RHB Raya 2023 | Pengembaraan Sempurna
 
Sering, dalam melihat sesuatu kelainan, kita gagal untuk menyedari keindahan disebaliknya. Hakikatnya, masih ada harapan. Lebaran ini, ayuh mulakan langkah ke arah kemajuan dengan tidak lagi menyisihkan ketidaksempurnaan.
 
 
 8.AFFIN Raya 2023 : MEMORI ABAH

Kadangkala, kita lupa akan nilai kasih sayang yang membentuk diri kita. Saksikan MEMORI ABAH, sebuah kisah yang menyayat hati, dibawakan khas oleh AFFIN.
 
 
 7.Raya 2023 | Kisah Raya P.E.R.I.T | [EN Subs] | Julie's Biscuits

Mengisahkan perjalanan Raya tahunan Timah dan Farah. Adakah mereka akan tiba di kampung halaman tepat pada masanya tahun ini? Atau sesuatu akan berlaku dan menghalang mereka untuk beraya sama sekali? Timah and Farah are on their annual Raya drive. Will they make it on time this year? Or will something stop their Raya reunion altogether?
 
 
 
 6.Iklan Raya 2023 Takaful Malaysia - Al Kisah Malam Raya

Ikuti perjalanan pulang ke kampung halaman pasangan suami isteri, Ropie dan Maznah untuk menyambut hari raya. Dalam perjalanan, mereka dikejutkan dengan tetamu yang tidak diundang… Saksikan web filem Al-kisah Malam Raya 2023 Takaful Malaysia. Selamat Hari Raya daripada kami di Takaful Malaysia.
 
 5.Astro Raya 2023: Pertemuan Dua Hati

Berdasarkan kisah benar Chee Hoi Lan, 83 tahun, yang membesarkan Rohana Abdullah, 23 tahun, sejak bayi sehingga dewasa dengan penuh didikan agama dan kasih sayang walaupun berbeza bangsa dan agama. Chee Hoi Lan dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul 2022 di atas pengorbanan dan keterbukaan hatinya.
 
 
 
 4.Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam Star

Raya Macam Star mengisahkan tentang Zul yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri untuk bertemu dan menawan Hannah, gadis cantik di kampungnya. Tonton kesudahannya menerusi iklan raya paling pecah lebaran ini.
 
 
 
 3.PETRONAS RAYA 2023: Dilema Irama
 
Bertemakan ‘Akar Untuk Masa Depan’, filem sempena Aidilfitri tahun ini menampilkan konflik pertembungan irama dua generasi. Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati telah bersetuju untuk bermain gambus di dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa. Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua. Ketahui kesudahannya menerusi filem penuh irama dan emosi ini.
 
 
 
2.Iklan Raya Aidilfitri Lembaga Zakat Selangor 2023 | BAKTI
 
Sejauh mana perjalanan Bakti dapat mengejar pahala? Sesibuk mana sekalipun seseorang dalam mencari rezeki dan membantu yang memerlukan, jangan pernah melupakan insan yang patut diutamakan.
 
 
 
1.Tetamu | ERA Raya 2023
 
Adakalanya, tetamu yang tak diundang mendatangkan perasaan kurang senang. Tapi muliakanlah mereka, kerana rezeki itu ketentuan Tuhan. Saksikan kisah raya TETAMU, dibawakan khas oleh ERA.

Catat Ulasan

0 Ulasan