Pengikut

Jumaat, 13 Januari 2012

AkanKu Luahankan Segalanya Di Facebook




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog yang sederhana dan ribuan terima kasih sangat kerana semakin ramai jadikan blog acik nie di sisipan blog mereka dan jadikan acik blog list mereka juga. Tak sangka ada juga yang sudi membaca dan sharekan semua input yang acik berikan.Hari nie acik terpanggil untuk menaip kerana permintaan dari seorang rakan di facebook yang berkenaan dengan status acik pagi tadi tentang apa yang dikatakan oleh ustaz azhar idrus.


Acik tahu semua manusia akan merasakan pelbagai perasaan mengikut apa yang berlaku dalam hidup mereka. Kadang kala sedih, kadang kala gembira, marah ,cemburu, geram, dan macam-macam lagi. Dan Setiap manusia juga akan cari cara bagaimana untuk meluahkan perasaan mereka.Dahulunya tempat meluahkan perasaan dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan . Tetapi kini berlaku sebaliknya bertukar kepada luahan di alam cyber @ alam maya. Sebagai contoh adalah laman sosial yang paling popular iaitu facebook..

Acik sertakan maksud facebook ,Facebook adalah sebuah laman web rangkaian sosial yang pada asalnya direka untuk pelajar-pelajar kolej, tetapi kini terbuka kepada sesiapa sahaja berumur 13 tahun atau lebih tua. Pengguna Facebook boleh membuat dan menyesuaikan profil mereka sendiri dengan gambar, video, dan maklumat tentang diri mereka. Rakan-rakan boleh menyemak imbas profil kawan-kawan lain dan menulis mesej di muka surat mereka.

Tetapi sekarang apa yang manusia gunakan adalah sebaliknya. Mereka akan update status berhari-hari ataupun sejam atau setiap minit bagi semua rakan-rakan mengetahui apa yang dia lakukan dan meluahkan perasaan mereka.




Sebenarnya begitu malang apabila hanya meluahkan perasaan yang kita rasa di facebook seolah-olah kita tidak ada tempat lain untuk mengadu.Sedangkan ALLAH selalu ada untuk kita dan mendengar setiap luahan kita. Kadang-kadang di facebook kita boleh lihat betapa bodohnya dan jahilnya manusia yang membuka pekung di dada dengan meceritakan aib diri sendiri mahupon orang lain. Tanpa sengan silu mengeluarkankan kenyataan di facebook yang amat memalukan dan rasa macam nak lempang jer !! (hehehe)

Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)

Takukah kamu kenapa kita di uji dengan pelbagai perasaan ??


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Rasa sayu bila dengar hadis -hadis di atas tapi akan ada yang menyuarakan pendapat "suka hati akulah nie facebook aku" .. memang betul ...acik bagi 1000000% tapi pernah tak terfikir bahawa status yang anda tulis di facebook akan di simpan dan dapat di bace oleh orang lain ..(kepada mereka yang menggunakan timeline)



Bagaimana jika kamu meninggal dunia??

account facebook ??


macam mane yang kamu mengumpat dan mengeluarkan perkataan kesat ??

Siap mention orang yang kamu benci di facebook??


pernah terfikir tak??


kamu akan jadi bahan cacian dan makian bagi mereka walaupon kamu tiada lagi di dunia ...


Tapi apa yang acik lakukan bila acik ada masalah dan ingin luahankan segala perasaan yang acik rasa.


1.Setiap kali acik rasa segala perasaan ini akan ku angkat tangan ini berdoa dan meluahkan segalanya kerana ku tahu Dia akan selalu dengar apa yang aku katakan... Walaupon kadang-kala ku berbicara sendiri di dalam hati, ku tahu Dia ada untuk aku ...

2 . acik akan menaip apa yang acik rasa sama ada gembira .geram,sedih , apa pon di mesej dan simpan dalam draft ...dan di lepas itu bila kita bace balik apa yang kita tulis kita mampu tertawa sendiri. Percayalah semua yang kita lakukan semata-mata kerana ALLAH akan selalu di lindungi :)

Allah pasti ada jawapan terbaik atas setiap peristiwa yang sedang kita hadapi dan perasaan yang di berikan pada kita. Semoga Teguh hati dan tabah jiwa para pejuang Islam walau di mana mereka berada. Amin.



Share This!


10 ulasan:

annisa adnan berkata...

entry yg bguzzz..:)

Lynn Damya berkata...

Setuju dgn acik, betul ramai org skg ni nk update status bgtau itu dan ini, smpi benda yg patutnye private pun dimention kat fb..sgt annoying, moga kite semua xmcm tu, dan selalu lah berdoa kpd-Nya..hati pun akan lebih tenang bbnding update status geram kt fb, komen2 semua makin menambah api, bukan jd air utk pdm kemarahan kita tu kan..btw, nice entry, all the best ! oh, blog pon boleh jd tmpat luah perasaan juga :) hehe

Aku Penghibur berkata...

hehehhe thank lynn... wow yup btl tu

atiqa aris berkata...

betol la kadang2 terlalu peribadi pon nk cite kat fb.desperate sgt je nk perhatian lebih.

hawiz berkata...

betol3..setuju sgt3

Amani◕‿◕ berkata...

Alhamdulillah sudah ramai yg thu hal nie.. Ttpi tdk diamalkan. Pepatah arab menyebut, "Al-ilmu bil la' amali, kal rujuli bil la' zakari" Sama2 lah kite beramal =)

Aku Penghibur berkata...

thank sangat sebab setuju

Aku Penghibur berkata...

ermm btul tu ramai yang x amalkan semua nie

Aku Penghibur berkata...

jgn la terlalu peribadi ...nnti 1 dunia tahu apa yg kita buat

Aku Penghibur berkata...

thank setuju yer ,,, :) blog la medium sesuai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails