Pengikut

Isnin, 13 Februari 2012

Hanya Kita Mampu Mengubah Nasib Diri Sendiri



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat juga acik menaip,walaupon badan berasa sangat letih dengan event yang berlambak dan sekarang berada di shah alam. Banyak pekara yang perlu di selesaikan sebelum bulan 3 nie.. Tapi semalam semasa acik kat melaka di Melaka Sentral rasa sayu dan hiba juga ada bila melihat kejadian yang reality berlaku. Acik melihat saje apa telatah mereka walaupon merasa kesian tapi acik tak boleh buat apa-apa kerana itu pilihan mereka... hanya yang mampu acik buat adalah doakan kesejahteraan mereka..

Mesti tertanya-tanya apa yang berlaku ..betul tak ??



Sebenarnya acik terlihat ada pasangan muda dalam lingkungan usia 2o an.. mereka baru sahaja turun bas dari pahang. Acik melihat seorang lelaki itu pergi menaiki bas domestik mungkin untuk pulang ke rumah tapi anak bininya di tinggalkan di situ...acik lihat di isteri sabar menanti si suami bersama 2 orang anaknya yang masih kecil lagi ..seorang bayi dan seorang dalam usia setahun.Dalam setengah jam kemudian si suami datang dengan menaiki motorsikal. Pertama kali si suami tu hanya bawa balik barangan mereka .. setelah 15 minit kemudian si suami kembali untuk mengambil anak dan isterinya ...acik risau betul dengan keselamatan anak-anaknya yang masih kecil dan bayangkan kalaulah jatuh ..ya ALLAH ...

di sini acik memang tabik kepada bapa muda yang sangat bertanggungjawab tapi di dalam hati acik berkata mungkin mereka nie berkahwin muda.

memang tak salah kawin muda, tak de siapa pon cakap salah ... tapi cuba bayangkan jika kita kawin muda tanpa bersediaan yang rapi??. Memang betul kawin dapat elakkan dari melakukan maksiat tapi kita perlu lihat keadaan dan kemampuan kita ... Kawin memang best setelah itu banyak pekara yang perlu di fikirkan...so terpulang lah pada kamu..tapi lebih baik jika ingin berkahwin dengan persiapan yg lengkap seperti mempunyai pendapatan tetap, kenderaaan dan rumah kerana kita nak jaga anak orang bukan anak kucing.apa pon kita perlu ada ilmu

Dalam hidup kita nie perlu belajar untuk mendapatkan ilmu ,tak kira belajar apa pon bidang janji belajar.Sekurang-kurangnya selepas tamat SPM kita ambillah Sijil,Diploma OR Ijazah..Tapi ikut resultlah..



At least kita tambahkan lagi kemampuan dan tahap pendidikan kita. Memang boleh hidup berbekalkan dengan SPM ..tapi untuk jangka masa lama ??? macam mane ??

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

Ada yang mengatakan kalau dapat sijil or diploma pon bukan senang nak cari kerja.. dalam hidup nie tak de benda yang senang, at least kita dah ada bukti bahwa kita ada ilmu dan kerja itu ada cuma kita perlu berusaha mencarinya...

Dengan gred yang rendah, kamu tidak boleh PILIH sekolah atau institusi mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Kamu hanya akan mengambil tempat lebihan orang lain tidak mahu sahaja.


Apabila kamu tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, maka biasanya kamu akan mendapat pekerjaan yang tidak glamer, membosankan dan mendapat gaji yang rendah. Dengan kerja yang teruk dan gaji yang rendah, kamu mungkin tidak dapat makan makanan yang sedap dan mewah. Tidak dapat membeli barang yang dihajati dan tidak dapat tinggal di kediaman mewah. Ringkasnya, jika kamu malas belajar, maka pilihan dalam hidup kamu adalah amat terhad. Akhirnya hidup kamu mungkin akan berada di bawah kawalan orang lain.


Tetapi! Jika kamu PILIH untuk belajar rajin-rajin dan mendapatkan keputusan yang cemerlang, kamu boleh PILIH sekolah mana yang kamu hendak masuk atau bidang apa yang kamu mahu. Dengan kelulusan tinggi yang kamu ada, kamu boleh PILIH kerjaya apa yang kamu mahu, dan berapa gaji yang kamu mahu. Daripada kejayaan ini, akan lahir KEBEBASAN mutlak. Kamu yang mengawal hidup kamu, dan bukannya orang lain.

so fikir-fikirlah .... ok la sampai disini dulu adios :)


Share This!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails