Assalamualaikum 
Hai semua apa khabar ?? Alhamdulilah acik dah habis final exam dan akan datang jadi senior .. hahaha mudah-mudahan tiada repeat .. amin ya ALLAH.. tadi tengah sibuk mengemas bilik untuk tinggalkan kolej Jati acik mendapat email dari 7 orang  dan ramai PM acik bertanya cara untuk menghadapi putus cinta. ala google jer kan ada...Ala takde lain kew ?? kenapa cinta ?? hahaha .Normal
 lah kan jatuh cinta. Siapa yang tak pernah jatuh cinta. Mesti kamu 
pun pernah kan? Yang putus cinta pun mesti ada juga. Releks lah, takat 
putus cinta, girlfriend tinggalkan , semua tu acik dah pernah rasa. Sedih? Mau 
tak sedihnya.Buat apa nak sedih .
Memanglah pada mulanya akan sedih , mesti down, rasa macam nak giller dan pastinya akan menagis ..dan status kekecewaan di facebook. yup acik faham perasaan tu, tapi bila bersedih itu adakah dia akan kembali kepada kita lagi ??? Jangan mula cari salah siapa, tapi cuba selidik ada tak salah kita ?? Mungkin kita pernah kata dialah jodohku Dunia dan akhirat , tapi berpisah juga ,bermakna kamu bukan jodoh dia.
Dah-dah kesat air mata tu, jangan menagis lagi, syaitan pon gelakkan kamu kerana mereka berjaya buat hati kamu hancur dan masa tu mesti yang kamu ingatkan hanya di dia bekas pujaan hati kamu ..tapi dengan ALLAH ingat tak ??? ermm kann so dah jangan menagis lagi senyum sakit. 
Orang yang hebat adalah orang yang mampu tersenyum di saat dia rasa kecewa. Meh acik bagi penawar pemikiran yang selalu acik buat bila putus cinta...
 1.
 Dunia belum Berakhir.
Lepaskan segala kegelisahan hati yang lara bersama rindu yang bertahta itu,biarkan di bawa angin yang berlalu. Kita akan 
sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan 
sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia
 hanya pergi tinggalkan kita bersama kenagan. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia
 bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?
2. Berfikiran positif.
Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari 
ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita 
konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya. 
Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan, 
kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda, 
kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam, 
tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.
3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada Dan Jodoh itu rahsia ALLAH
Kita tak tahu masa 
akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha 
Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Lelaki/Perempuan terbaik, tetapi bukan 
terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah 
tidak bersamanya.Dan percayalah ALLAH akan sediakan seseorang yang selayaknya untuk kita.
4. Kenagan itu jadikan sebagai kekuatan
 Mengingati 
kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan 
sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri 
bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa 
besar hukumnya.Jadikan kenagan itu sebagai kayu ukur untuk cinta yang akan datang.
5.Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi 
dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini 
adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya. 
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Untuk kaum wanita
"Wahai wanita solehah, jangan risau akan 
jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada 
wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang 
menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.  
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.  Andai belum 
sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang 
membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita 
itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan
 hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)
untuk kaum adam
Semua
 yang berlaku adalah ujian Tuhan.  Jangan ikutkan perasaan kecewa, 
walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga  dia hidup bahagia walau dengan 
siapapun dia bersama. Itu pun salah satu  cara menunjukkan rasa cinta 
kita kepada seseorang.
Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.
kesakitan yg kita alami akan menjadikan kita 
orang yg lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab 
lepas tu kita dpt byk pengajaran. Minta maaf panjang lebar pulak ..sampai disini dulu ..adios bye bye.. 







6 Ulasan
http://aromaticvee-bizz.blogspot.com/
http://permatahati-vee.blogspot.com/