Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 30 Mac 2023

Hati-Hati Dengan Link Yang Di Kongsikan Di Whatsapp Milo Malaysia Ramadan Gift, Jangan Anda Jadi Mangsa

 Viral hari ini berkaitan link hadiah daripada Milo yang menawarkan hadiah yang lumayan. Maka banyaklah mereka kongsikan di whatsapp di group dan keluarga masing-masing.

Sebelum kongsikan sesuatu kena tahu adakah itu official atau sekadar SPAM. 

Bahayanya apabila kita klik ianya akan menyimpan data peribadi kita dan ada beberapa kejadian menyebabkan duit di tarik di bank kita. Hal ini terjadi sendiri dari kenalan acik yang habis hampir 10 kali transaksi dapat dikesan setelah klik yang memasukkan maklumat.





Nestle juga telah mengeluarkan kenyataan melalui di Facebook rasmi berkaitan peraduan milo ini adalah palsu.


🚨 Kami telah dimaklumkan tentang Peraduan MILO Ramadan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai setelah melengkapkan borang soal selidik. Sila ambil perhatian bahawa pesanan ini merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.

Sila hanya rujuk laman web rasmi MILO kami untuk peraduan di www.milo.com.my. Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433.

https://www.nestle.com.my/media/pressreleases/milo-scam-alert-bm

--------------------------------------------------------------------------

🚨 We have been alerted of a MILO Ramadan Contest offering cash prizes to the public upon completion of a questionnaire. Please be informed that this is a scam which aims to mislead the public. 

Please only refer to our MILO official website for contests at www.milo.com.my. In case of any doubt or for further information or clarification, please do not hesitate to contact our Nestlé Consumer Service Centre at www.nestle.com.my/contactus or 1-800-883-433.

https://www.nestle.com.my/media/pressreleases/milo-scam-alert



Sehubungan dengan itu, kita sebagai penguna aplikasi haruslah sentiasa berhati-hati bagi memastikan kita tidak menjadi mangsa penipuan dari scammer.
 Sebelum klik apa-apa pastikan urlnya itu pelik atau tidak dan cari tahu dahulu peraduan tersebut di sosial media terlebih dahulu. 

Untuk facebook acik nasihatnya untuk lakukan langkah-langkah di bawah untuk pastikan facebook anda selamat






 





Read More

Selasa, 28 Mac 2023

Jodoh; Dipilih atau Memilih?



JODOH : DIPILIH ATAU MEMILIH?


Pertama.

• Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.


Kedua.

• Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.


Ketiga.

• Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.


Keempat.

• Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.


Kelima.

• Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!


Keenam.

• Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.


Ketujuh.

• Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.


Ada lagi?


Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?


Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.


Antara nasihat saya untuk kalian;


Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.

Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.


Adam, andai mahu mencari Hawa.


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini." .


2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.


3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


Hawa, andai mahu menerima Adam.


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.


2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.


3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.


Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.


Tenang-tenanglah.


Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.


Kredit: Hurin Ain Salsabil

Read More

Isnin, 20 Februari 2023

DRAMA MINI “ KAU SUNDAEKU” MEMBUKA PELUANG GENERASI BELIA MEMBINA KERJAYA DI MEKDI

 






Antara impian kecil sebahgian dari kita adalah teringin sangat nak kerja di restoran makanan segera. Lihat cara pemakaianan mereka dan cara mereka menyambut pelanggan. Nampak segak ! cantik !

Mungkin ada yang sama seperti acik, yang pernah ada cita-cita untuk jadi sebahgian dari mereka ?

Acik sendiri pernah menjadi sebahgiaan daripada keluarga Mekdi sewaktu belajar di Uitm Shah Alam. Pengalaman yang sangat berharga sewaktu itu zaman boikot memboikot yang membawa kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Satu hal yang sangat mengujakan bahawa sebuah rangkaian makanan segera terkemuka iaitu McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.

Kepada belia diluar sana ambillah peluang ini untuk kembangkan kerjaya anda.Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, program latihan disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang.

Selain itu juga, pendekatan yang digunakan dapat menarik minat generasi belia dilihat bersifat inklusif dan sangat dekat dengan belia terutama mengunakan medium sosial media. McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s.

Bagi mengetengahkan pengalaman dan edukasi mereka telah mengambil pendekatan bagi menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” bermula pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisahkan tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

 

Siri drama Instagram ini yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Paling penting agar dapat mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan Mekdi mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi. Bagi yang belum menonton siri drama mini “Kau Sundaeku”, boleh ke IG @mcdonaldsmalaysia. Pasti terhibur dengan telatah dan jalan cerita yang santai tetapi sampai ke jiwa. Selamat menonton !

 

Pada acik tidak terkejut apabila McDonald’s Diiktiraf Sebagai Majikan Pilihan Rakyat

Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah:

1.   Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)

2.   Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric.

3.   Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. 

4.   Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.

5.   Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 

 

 

 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates