Pengikut

Selasa, 21 Ogos 2012

Cara Yang Kerap Lelaki Lakukan Menguji Perempuan



Assalamualaikum.. 

Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah 

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murah 

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan perempuan apabila diuji tahap cemburu

 

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamuReaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.


3. Hubungan bekas teman lelaki

 

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki 

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya? 

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan


Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:
Pergi melancong 

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia sekurangnya bertanya khabar. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.
ps: Pernahkah anda menguji pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka? Tetapi acik ingin ingatkan ini hanya sekadarnya sahaja djangan keterlaluan dalam menguji kerana jika silap langkah kamu akan kehilangannya. Jadi berpadalah melakukan sesuatu pekara.

Share This!


7 ulasan:

CikMunBlogger berkata...

pernah jugak di uji . lebih kebih lagi yan call fren tuu . hehe . saya buat kool je . XD

suarahati Dia berkata...

Sedih nya.. Sampai mcm tu sekali knl kn ex gf? Hahaha. =`)

Aku Penghibur berkata...

tak kenal maka tak tahu ...so kena buat jgk .. ^_^

Nur Husna Ahmad Hasib berkata...

Tapi macam mana kalau kita peramah? Orang selalu salah anggap kalau kita ni peramah. :(

Btw, jemputlah ke blog saya. :)

http://prettyreddandelions.blogspot.com/

~NuRuL HidAyaH~ berkata...

hahaha..btol jugk...

quratu ainie berkata...

Dude ,, awesome lah awak nie :) follow back tau :D

mohd zaki ismail berkata...

Yg bab2 Ex 2 myb xsemue mcm 2 kowt... Depends on someone...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails