Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Lelaki | Andai Aku Mampu Bacakan Yassin Di Kubur Ibu Bapaku



Assalamualaikum

Alhamdulilah kita dalam menyambut hari raya dengan penuh gembira, tapi hari raya nie acik rasa seperti biase mungkin sebab faktor umur yang kian meningkat. tapi sangat seronok menyambut hari raya dengan keluarga, tahun ini unik sedikit sebab kami sekeluarga beraya berempat kesemuanya lelaki yang kakak semuanya beraya di rumah mertua mereka.Pagi tadi lepas acik sekeluarga menziarah ke makam arwah nenek acik di Bukit aping timur, suasana berasa sayu dan hiba. Dan bila balik ke rumah acik terus check email dan seseorang menghantar email minta di call dengan segera... Rupanya seorang pembaca blog acik, dan dia mintak sangat dan berharap agar kisahnya di jadikan tauladan kepada pembaca semua.

Acik : Assalamaulaikum, siapa nie ?? kenapa email tadi macam urgent saje..
Penghantar email : Walaikumusalam , maaf gangu di hari raya nie, saya syafiq salah seorang pembaca blogger aku penghibur. Sangat minta maaf kerana mengangu di hari raya pertama nie, sebenarnya saya sedih sangat sebab hari nie hari raya tapi saya rasa bagaikan tak ada makna. Di pagi raya mengalirkan air mata kerana ibu bapa sudah tiada lagi selepas 3 tahun pemergiaannya mereka .Sangat sedih sebab pemergiaan mereka tak dapat dilupakan sangat.

Acik : Ishhh tak mengangu pon ,anyway boleh panggil saya acik, Sabar yer syafiq, jangan sedih sepatutnya kamu sentiasa mendoakan dan menziarahi makam mereka. Pemergian mereka itu sebuah takdir yang kita tak dapat menghentikan. Kalau saya tempat syafiq pon mesti sedih jugak.
Syafiq : Terima kasih, ohh acik, pagi tadi saya pergi ke makam ibu dan ayah saya , tapi saya sangat sedih sangat , saya tak mampu nak bacakan surah yasin pada mereka, saya tak pandai nak baca surah yasin . Hanya saya mampu lakukan adalah buka surah yasin kat handphone. Sedihnya tak kepalang bila saya sebagai anak ,saya tak dapat bacakan mereka doa. Salah saya juga yela dulu suruh solat dan sekolah agama ,saya tak mahu dan degil... 


Acik : Ermm tak apalah kamu dah ingat dia itupon sudah bagus, dan setidaknya sedekahkan al fatihah kepada mereka. Sekurangnya syafiq selalu ingat mereka dan alhamdulilah ALLAH bagi hidayah, semoga lepas nie syafiq berubah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Pastikan mendapatkan guru untuk belajar tentang agama
Syafiq : insyaALLAH acik, selama 3 tahun saya tak ziarah kubur mereka, saya lalai dengan kehidupan saya, saya asyik dengan dunia saya, tahun lepas saya bekerja dan raya tak ada makna untuk saya. Lepas 2 bulan lepas saya terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kaki sebelah saya patah teruk. Dulu kalau ada mak, masa raya sangat seronok, kalau saya sakit mesti mak jaga. Saya anak yang jahat !!!!! terima kasih sangat acik sebab dengar masalah saya dan akan di siarkan di blog , bukan publisiti dan simpati yang di minta tapi sebagai pengajaran kepada pembaca blog acik, pendidikan agama itu penting dalam kehidupan kita.

begitulah kisah yang sangat tersentuh di raya pertama , semoga kisahnya di jadikan tauladan dan iktibar kepada kita. Sedekah al fatihah kepada ibu bapa syafiq semoga di tempatkan bersama orang-orang beriman. Pastinya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan