Pengikut

Sabtu, 15 September 2012

Kita Boleh Mencintai Sepenuh Hati Kepada Manusia, Tapi Sejauh Mana Cinta Kita Kepada ALLAH ??


Assalamualaikum
 

Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan ALLAH berikan kesempatan untuk terus sebarkan ilmunya.Setelah pelbagai masalah yang acik hadapi hari ni ,baru kini acik mula sedar dan yakin bahawa kita ini lebih pandai berkata-kata dari melakukannya. Hari nie saje hampir 20 cerita telah didengari dari mereka kecewa cinta ataupon putus cinta. Cinta itu penting tapi ada hal lain yang sebenarnya sangat penting dalam kehidupan kita

Alangkah indahnya jika rasa cinta dan sayang kepada Allah itu wujud dalam diri kita. Ketika itu kita akan rasa tenang, khusyuk dan asyik. Mana lagi rasa cinta dan sayang yang amat indah selain rasa cinta dan sayang kepada Allah? Adakah rasa cinta dan sayang kepada kekasih lebih hebat dan indah berbanding dengan Allah.

Mungkin kita rasakaan cinta dan sayang pada kekasih lebih hebat kerana kita tidak pernah sekali pun memiliki nikmat rasa cinta dan sayang pada Allah.


Yeelah jika dengan kekasih sanggup tak dapat melupakan mereka, tak boleh hidup tanpa bf/gf . Kita sanggup segala-galanya demi manusia yang satu ni. Berkorban habis semua benda nak bagi kat orang tersayang ni.Acik pernah lah rasa bila mana bila kita jauh lebih sayang kepada orang-orangan ni, cinta kita kepada Allah & Rasulullah berkurang. Mana taknya, orang yang bercinta ni hanya akan fikirkan apa yang dicintainya saje. Mana ada mana nak bagi cinta dengan Allah ke Rasulullah ke. Bila tengah azan Isya’ still bergayut, padahal Allah dah panggil bersujud kepada Dia. Kita? Masih leka dengan cinta orang-orangan ni. Malam, Allah anugerahkan kita supaya tidur tapi kita masih sibuk dengan kekasih hati... Buayafriend gelifriend panggil cepat-cepat kita sahut, tapi Allah panggil lambat-lambat kita bergerak (mungkin tak sahut pun!)

Kita semua mengakui kita menyayangi Allah. Tetapi berapa kali kita mengingati Allah di dalam sehari? Kita tidak perlu menipu diri kita. Ketika membaca blog acik nie, adakah kamu mengingati Allah? Ketika kita melakukan apa jua aktiviti seharian, adakah kita mengingati Allah.

Di dalam hidup kita sehari, kita akan bangun pagi, mandi, bersihkan diri, pakai baju, makan, pergi kerja, pergi ke kuliah,berkerja, balik kerja, bersama rakan-rakan, family dan akhirnya tido. Itulah aktiviti asas yang kita lakukan seharian. Namun di dalam semua aktiviti asas tersebut, berapa banyak kita berdoa sebelum melakukan semua aktiviti itu? Sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk melakukannya?

Berdoa untuk keselamatan adalah berbeza dengan meminta izin. Sebagai contoh,sewaktu ingin mandi, berapa ramai yang meminta izin pada Allah untuk mandi? Terlupakah kita bahawa air itu kepunyaan Allah. Tidak sedarkah kita nikmat mandi itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita?

Sewaktu ingin pergi kerja, sejauh mana kita meminta izin daripada Allah untuk pergi kerja? Sedarkah kita tenaga kita untuk pergi kerja tersebut adalah milik Allah. Sedarkah kita bahawa kenderaan yang kita naiki hanya dapat bergerak dengan izin Allah?

Aah! Sekarang kita tanya sekali lagi adakah kita benar-benar cinta dan sayang pada Allah?

 Jika ya, mengapa kita tidak meminta izin daripada Allah di dalam melakukan setiap aktiviti kita? KURANG AJARNYA KITA BUKAAN?

Kenapa saya berkata begitu?

Jika kita menggunakan hak orang tanpa meminta izin, kita dikatakan kurang ajar. Kitaakan dimarah, dimaki, dicaci dan sebagainya. Disebabkaan hal ini kita seringkali meminta izin dengan baik dan hormat sekali kepada tuan punya barang sebelum kita menggunakannya.

Tetapi bagaimana dengan Allah? fikirkanlah.


Kita sedar kini tahap cinta dan sayang kita pada Allah. Sekarang kita mula sedar,patutlah doa kita jarang dimakbulkan Allah.Kita seringkali berkata bahawa Allah tidak makbulkan doa kita kerana mungkin Allahnak beri lagi baik. Mungkin juga kita kata Allah belum lagi nak beri waktu ini. Tetapi kenapa di dalam Quran Allah ada berfirman “Mintalah kepadaKu, akan Aku makbulkan doa hambaKu”.

Sebenarnya kerana kita tidak cinta dan sayang kepada Allah dengan sebenar benarnya.Kita banyak lupa Allah berbanding ingat. Kita hanya ingat di dalam Solat dan itupun kadang kala jika khusyuk sahaja.

Berapa ramai di antara kita berdoa kepada Allah supaya Allah berikan rasa cinta dan sayang kepadaNya? Orang yang beriman itu bukan sekadar bergetar hatinya malah berdebar hatinya apabila menyebut nama Allah. Inilah perkara yang kita terlupa di dalam kita hidup BerTuhan.

Maka setelah kamu membaca entry kali ini, barulah kamu faham mengapa doa kita susah untuk dimakbulkan Allah. Kerana kita tiada rasa cinta dan sayang kepada Allah.Walaupun kita mengaku kita cinta dan sayang, tetapi semua itu hanyalah dusta sahaja jika kita jarang meminta izin daripada Allah sebelum melakukan apa jua aktiviti seharian dan berdoa agar Allah berikan perasaan cinta dan sayang kepadaNya

Share This!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails