Pengikut

Khamis, 27 September 2012

Luahan Perempuan | Bukan Senang Jadi Perempuan ,Lelaki Kena Memahami Kami

Assalamualaikum 


Hai semua, alhamdulilah hari nie 1 hari tak ada kelas so acik ada masa untuk jalan-jalan untuk menenangkan fikiran dan semestinya untuk bersama dengan blog acik nie. Agak terkejut sebenarnya tadi acik baru dapatkan email dari seorang perempuan yang menghantar email kepada acik. Tak apa acik nak kongsikan kepada kamu semua. Kepada lelaki sila faham dan jangan nak cemat melenting tak tentu pasal. Setiap kejadian yang ALLAH itu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. So jom baca luahan kaum hawa nie.

Penghantar email : Assalamualaikum acik, hari nie mira ada nak luahkan sikit perasan harap sangat acik siarkan supaya setidak-tidak lelaki faham keadaan perempun.Acik bukan mahu berkira sangat acik tapi lelaki tolonglah faham kepada kami kaum hawa, bertolak ansur dann cuba dengar pandangan kami.Yelah kadang-kadang perempuan nie emosi lebih tetapi lelaki kenalah faham .Bukan senang nak jadi perempuan ,Lelaki kena memahami. Banyak sangat perkara yang mesti diambil berat dan ditimbal-timbal.Mira ada siapkan list tersebut.
1. Benda paling menyusahkan sekali bagi perempuan adalah HAID. Mereka cakap seronok sebab tak payah solat  ataupon puasa? Ada korang kira berapa banyak kali kami nak kena bersiahkan darah kat pad tu dalam sehari? Kalau sehari paling kurang pun tukar pad 4 kali, kalau 7 hari? Tu belum kira yang subur bedal sampai 15 hari lagi. Belum kira yang jenis pantang pi kencing, berak dah geli-geli nak salin pad jugak. Hah! Kira sekarang! Duit lagi habis. Masa lagi. nak bergelib bersihkan darah lagi. Mana lagi nak main dengan period pain, emosi tak stabil bagai? Buatnya time tu jugaklah si boyfriend/suami nak mencari masalah, Lepastu yang disalahkan balik perempuan jugak. Lelaki duk bising-bising pasal 'keistimewaan' kami ni, tahu tak kalau tak keluar darah ni, takdanya anak untuk korang.

2. Lelaki ni ada satu perangai yang aku tak berkenan. Suka nak mengata perempuan gila MAKE UP/PENJAGAAN KULIT/DIET. Well, bagitahu aku siapa nak buat Kak Limah tu jadi bini? Okaylah hiperbola sangat kot.
Pernah tak kaum lelaki semua terfikir kenapa perempuan sangat mementingkan penjagaan kulit sampai ada yang obses? Semuanya sebab nak tambat hati si teruna,. Lumrah manusia yang suka lihat pada kecantikan. Kalau tidak, takkanlah korang pakat dok add facebook anak dara cun yang bergetah jeh tak gitu?? Kadang-kadang ada jugak perempuan yang terpaksa bersusah payah untuk jaga kulit ni disebabkan kekasih hati dia. Yelah dah pakse style nak tengok yang cun je, pantang selebet sikit komplen sampai makan hati berulam jantung si gadis tu. Dan untuk kau si lelaki yang seburuk-buruk alam, kalau ada dua perempuan ni mahukan kau, seorang badan macam maria ozawa dan seorang lagi badan macam adibah noor siapa yang dipilih? Tak payah jawab pun takpe, aku dah ada jawapan dah. Heh. Lelaki.

3. PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN jugak dah jadi point buat lelaki zaman ni. Eleh, zaman bercinta boleh lah tak kisahlah sayam tak habis spm pun takpa. Sayam duduk rumah buat anak je. Ptuih. Tengoklah bila anak dah 5,6 orang, sorang masuk U, sorang masuk poly, sorang mrsm, sorang teknik, seorang sekolah pondok, 8  orang lagi sekolah rendah, 2 orang lagi tadika. Waktu tu mulalah si suami nak mengungkit. Hey, jangan ingat perempuan je pandai mengungkit. Kemahiran tu jugak selalu sangat kaum-yang-konon-betul-semua ni pertikaikan. Aku paling tak suka dengar "Belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya ke ceruk dapur jugak". Adakah anda tahu bahawasanya kerja-kerja rumah adalah tugas seorang LELAKI? Perempuan ni dijadikan isteri untuk membantu meringankan suami bukan jadi KULI!



Memang lelaki tengok semua nampak jahat pada perempuan. Memang perempuan ramai yang akan masuk syurga dan di katakan ramai masuk neraka. Itu menjaga tugas lelaki untuk menjadi imam untuk membimbing kami ke arah kebaikan. Semoga sama-sama kita merasa hidup di syurga.amin..

P/s : kaum adam pon memang betul bukan semua perempuan itu cakapnya betul tapi lelaki pon sama bukan semua cakap lelaki juga betul. Jika ada kelemahan dan kelebihan masing-masing terutama yang bersifat individu. Kita kena terima juga fitrah kita hidup dalam dunia nie,perempuan tercipta untuk lelaki dan lelaki sangat memerlukan  perempuan. Jadi kita kena terima fitrah sesama kejadian, kalau mahu salahkan siapa sampai kiamat pon tak selesai. Muhasabah diri dan renungi kesalahan kita dan cuba perbaiki lagi.

Share This!


3 ulasan:

Hnahdy berkata...

sokong2. hana xsuka yang part "belajar tinggi2, nanti duk ceruk dapur gak". mmg betul pernyataan tu tapi pernyataan tu melemahkan semangat perempuan

p/s : hana bab2 dapur kurang sikit :P

Aku Penghibur berkata...

yeke..msak2-msk nie blh belajar ^_^ x de hal

dak skema berkata...

mmg terbaek la acik..hehehe..kita suka....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails