Pengikut

Jumaat, 21 September 2012

Petanda Jika Benar-Benar Dia Memang Jodoh Kamu

 Assalamualaikum

Hai semua, alhamdulilah hari nie acik tak sehat masih selsema,batuk dan sebagainya tapi tangan nie tak pernah penat untuk menaip untuk berkongsi cerita kepada kamu. Ramai bertanyakan pada acik, apakah petanda dia jodoh kita ?? Jodoh itu memang rahsia ALLAH,kita yakin itu tapi cuba renungan kan petanda ini jika rasa ada alhamdulilah jika tiada jangan pernah putus asa. Satu lagi teruskan dalam solat supaya ALLAH temukan kita dengan orang yang tepat dan cinta sejati kita. Biarkan kita berikan cinta sejati pada orang yang selayak .So jom check this out ^_^

Pertanda 1

Anak muda zaman sekarang : Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki umur hubungan yang panjang adalah adanya saling berkongsi. Anda dan dia selalu dapat saling membantu, sama ada pekara yang remeh temah atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu boleh menikmati segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.

Seharus :  Hati itu di serahkan pada sebulat kepada Allah, saling berkongsi cerita kepada Allah tentang seseorang yang kita sukakan dan bermohon jika dia jodoh kita maka dekatkan jika tidak maka kuatkan hati untuk melaluinya.

    
Petanda 2

Cinta Zaman sekarang : Salah satu kriteria yang menentukan sesuai tidaknya dia itu jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap santai di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu kelihatan spontan dan tidak dibuat-buat? Maksudnya dia tidak cuma berlakon depan kamu seolah-olah yang terbaik dan kata-kata hanya semanis kata-kata untuk mencairkan hati. Padahal dia tidak seperti itu, berhati-hatilah 



 

Seharusnya : Lelaki atau perempuan yang baik pastinya menjaga peribadi diri dan menjadi diri sendiri . Tidak berpura-pura kerana cinta semata-mata. Dia berusaha menjadi lebih baik dan muhasabah diri untuk menjadi bakal iman yang baik dan isteri yang baik . 


    
Petanda 3


Cinta Zaman sekarang : Adanya hubungan instinct  membuat hati anda berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang disimpan .

Seharusnya : Memahami hatinya bahawa cinta itu tidak berlandaskan nafsu dan menjaga perhubungan antara kamu dan perjaga adab agar tidak menjadi perasaan yang fitrah itu menjadi fitnah.


 Pertanda 4 


Cinta zaman sekarang : Bersamanya dapat membuat perasaan anda menjadi santai, selesa tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda berasa bosan. Ini boleh sebagai petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat.


Seharusnya : Akan dapat kita rasa kehadirannya, bila dengan kehadirannya, dia membuatkan kita rasa lebih tenang.Lebih bertambah aman,  dan lebih meningkatkan keimanan.InshaAllah

    
 Petanda 5

Cinta Zaman Sekarang : Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami cuaca dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut apabila bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia tau keadaan masa anda sakit .Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya .


Seharusnya : Dia sentiasa mendoakan kamu dalam apa jua keadaan. Tidak terlepas doanya untuk kamu setiap solatnya. Ketika dia sakit , kamu berikan bantuan sewajarnya dan doanya untuk kamu agar sentiasa sihat dan cepat sembuh. 



  Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda apabila bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya . Aah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda apa adanya.


Seharusnya : Dia terima kamu seadanya sama ada kelemahan kamu dan kelebihan kamu kerana ALLAH. 


 Petanda 7 


Cinta Zaman Sekarang : Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya apabila anda bangun tidur atau ketika anda sakit dan tak mandi selama dua hari.


Seharusnya : Apabila dia mengetahui tentang kelemahan diri kamu, dia akan menerimanya. Pastinya bersama menjadikan ketidaksempurnaan itu sebagai pelengkap .

 
Petanda 8
 

Bila anda merasa rahsia anda boleh lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak boleh lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini boleh bererti pasangan sejati telah anda dapati!  

Petanda ke 9

Setelah membuat solat istikharoh  dan munajat kepada ALLAH , dan apabila melihatnya kamu tenang dan buatkan kamu dan hati kamu kuat mengatakannya.. InsyaALLAH dia jodoh kamu.. Tapi jangan pernah putus-putus memohon kepada ALLAH agar dia jodoh kamu.

Petanda ke 10

Apabila dia masuk meminang dan merisik kamu serta menyatakan kepada ibu dan ayah kamu bahawa dia ingin memiliki kamu sebagai yang halal kerana ALLAH .

Apakah ke sepuluh  petanda di atas telah anda dapati padanya?

Hal ini tidaklah ciri khusus untuk jodoh kamu, ianya hanya sekadar pandangan, apa-apa pun Jodoh dari ALLAH . Kita serahkan padaNya dan berusaha jadi yang terbaik dan pastinya Dia akan berikan yang terbaik. 


Share This!


29 ulasan:

  1. tq.. dah tau dah dea lah orang nye hehe :)

    BalasPadam
  2. hmmmmm moga2 tak tersalah pilih pasangan hidup.

    BalasPadam
  3. kisah cik putri pulak macam novel ja,si dia akn dijodohkn dgn wnita lain oleh ayh angktnya,tpi bru umur 20 tahun. darjat dn pngkt pula brlainan. putri redha jika sebaliknya :'(

    BalasPadam
  4. kisah cik putri pulak macam novel ja,si dia akn dijodohkn dgn wnita lain oleh ayh angktnya,tpi bru umur 20 tahun. darjat dn pngkt pula brlainan. putri redha jika sebaliknya :'(

    BalasPadam
  5. kisah cik putri pulak macam novel ja,si dia akn dijodohkn dgn wnita lain oleh ayh angktnya,tpi bru umur 20 tahun. darjat dn pngkt pula brlainan. putri redha jika sebaliknya :'(

    BalasPadam
  6. kisah cik putri pulak macam novel ja,si dia akn dijodohkn dgn wnita lain oleh ayh angktnya,tpi bru umur 20 tahun. darjat dn pngkt pula brlainan. putri redha jika sebaliknya :'(

    BalasPadam
  7. InsyaAllah.. Moga2 dialah jodoh sy seadanya

    BalasPadam
  8. InsyaAllah.. Moga2 dialah jodoh sy seadanya

    BalasPadam
  9. sy rase sy da jmpe dye...kurang cuma no9 je...tpi sy d lamar org lain...malah mama pon lbih ske pd yg mlamar...sy trime je...dan dye undurkan dri utk tgok kbhgiaan sy...ya allah...sy confuse...

    BalasPadam
  10. assalamualaikum acik.

    alhamdulillah, setakat ini sy di situasi ke 4. saya cuba sedaya upaya untuk menawan hatinya untuk menjadi permaisuri saya, insya-Allah.

    BalasPadam
  11. Yang ke sepuluh tak sempat lagi :') Mungkin itu tanda dia bukan milik Vee, or Tuhan nak kami usaha lagi dan terus bersandar padaNya. :')

    BalasPadam
  12. Hope sidia jdohku..dunia akhirat..amin2..

    BalasPadam
  13. Hope sidia jdohku..dunia akhirat..amin2..

    BalasPadam
  14. saya dapat kesemuanye kecuali yang ke sepuluh.. sebab saya yang melamar dia melalui mama saya n parent dia kerana saya merasakan dialah jodoh saya setelah 4 tahun couple dr tingkatan 3 n putus hubungan selama 7 tahun kerana halangan keluarga memandangkan kami ade kaitan keluarga. tapi kami masih ambil berat antara satu sama lain. saya hampir bernikah dengan org lain malangnye putus lagi seminggu nak bernikah. n akhirnye mama saya melamarnya kerana merasakan kami memang ditakdirkan bersama. dia pun menerima lamaran mama saya dengan redha.. macam siti khadijah melamar Rasulullah s.a.w... alhamdulillah kini dah hampir setahun perkahwinan kami.. doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga..

    BalasPadam
  15. Bagaimana nak sampaikan cinte tu kepadanya?

    BalasPadam
  16. Walaupun berkali2 berdoa meminta lelaki yang dipuja menjadi peneman sepanjang hayat,namun dia tidak menjadi milik kita kerana bukan dia yang tertulis dan tercipta untuk kita. Allah telah menentukannya.. Allah hu alam.. yang penting istikharoh... Amin :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah... Setelah berkenalan selama 3 thun lebih,, setakat ini,, petanda² di atas semua nye tgh di alami bersama.. Kecuali yg ke 10.. Hasrat nye sudah ade.. Tp kata sidia blm masa nye lg.. Akan ku tunggu.. Inshaa Allah semoga Allah permudahkn segala urusan.. Amin :')

    BalasPadam
  18. Petanda diatas byk yg ada..cuma aku belum boleh menyatakan hasrat sebenar...sbb masih dalam proses utk melepaskan tali yg tgantung sejak 2thn ini... Jika dia jodohku dekatkanlah..jika tidak jauhkanlah..

    BalasPadam
  19. digoda ramai gadis tapi aku xtau nak bagi reaksi camner, nak mintak no.tel rasa malu ==.. yg paling hebat skali si dia keliling rumah setiap kul 5.00 ptg setiap hari dgn motor selama 1 bulan..lps tuh dia menghilang...dgr2 crita da ada pakwe ==..hanya kerana cinta xdilayan ko cari penganti utk membuatkan hati ko senang (perlu ke?)?? wtf !!) sebelum nih da banyak awek keliling rumah tapi xlama bertahan hanya 2,3 hari je...klau yg keliling rumah nih tulis no.tel buang kat pagar rumah kan bagus,xpayah susah2 ...jejaka pemalu ==..

    BalasPadam
  20. Masih cnfius, 2 org gadis menjadi pilihan antara kita syg seseorg n seseorg syg kita,nw yg sy syg sangt2 dh tinggalakn sy tp yg sygkan sy dtg kembali n memaafkan sy.masalah sekarang hati ini berbelah bagi :(

    BalasPadam
  21. Masih cnfius, 2 org gadis menjadi pilihan antara kita syg seseorg n seseorg syg kita,nw yg sy syg sangt2 dh tinggalakn sy tp yg sygkan sy dtg kembali n memaafkan sy.masalah sekarang hati ini berbelah bagi :(

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails