Pengikut

Isnin, 29 Oktober 2012

Kenapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan?



Assalamualaikum

Hai semua hari nie acik nak kongsikan apa yang acik dapatkn melalui pembacaan.Kenapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan?

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.


Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

Share This!


6 ulasan:

Ikmal berkata...

Assalam, nice info bro... aku suka ngan lagu nie... ^_^

kinara kinatara berkata...

nice sharing acik

Aku Penghibur berkata...

terima kasih sudi membaca

Aku Penghibur berkata...

thanks u ^_^

asyraf ahmad berkata...

good info...hehehe

acap

Sabrie Mustafa Hamizan berkata...

Tangan mengandungi banyak enzim yg membantu proses pencernaan..That's why Rasulullah SAW ajar kita makan guna tangan..
Indah ajaran Islam..^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails