Pengikut

Selasa, 30 Oktober 2012

Bila Remaja Sekarang Sudah Berani Melakukan Maksiat Di Tempat Awam



Assalamualaikum


Hai semua, sekarang nie acik dalam mood bercuti sem selama 1 week. Alhamdulilah dapat meluangkan masa bersama mak & rakan-rakan.Walau apa pon rasa hari nie rasa tercabar sangat. Bila online di facebook hati nie rasa geram tak terhingga. Remaja sekarang nie lebih bebas untuk bersosial , mereka tak fikir apa yang di update .Tengoklah gambar ,perkataaan dan video yang di muat turun di page mereka. Kadang buatkan acik tergamam, sebab acik nie pon tak buat macm gitu. Ambil gambar peluk sana sini sesuka walhal tiada ikatan yang sah antara mereka. 

Lagi satu acik nak betulkan sangkaan mereka kepada pelajar masscom yang mengatakan mereka nie berperagai buruk dan sebagainya..Acik pon belajar masscom ,tapi kita sebagai manusia kita tahu adab dan limit antara lelaki dan perempuan. Bukan semuanya teruk ,ramai lagi kawan-kawan acik yang berada di landasan yang betul. Tapi tulah bila segelintir yang buat hal habis riuh satu kampung. Dan sebenarnya semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kita yang corakkan andaian orang pada kita.

Ahh lupa plak acik nak cerita pengalaman yang berlaku pada semalam dimana acik sedang melepak di kedai mamak bersama kawan-kawan. Sedang syok kami berborak nie, kawan acik cakap, weii acik aku tak bolehlah duduk sini ,maksiat mata ,yang belakang ko tu dah mula buat peragai. Mula-mula acik pon terpinga-pinga sebab blur apa yang berlaku. Bila acik toleh di belakang sepasang kekasih sedang mesra-mesra dan paling menyakitkan hati siap bercium mulut ke mulut. Tindakan tanpa acik sedar ,acik simbah air jarang yang di order ke arah mereka. Acik pon tak sangka acik buat macam tu, secara tak langsung. Budak berdua tu terkejut dan dia marah acik

Acik kata , umur ko berapa ?? tak malu ke buat project tempat awam ?? tak fikirkan mak ayah kat rumah ? kalau tak malu dengan manusia  ko tak malu dengan ALLAH.Budak lelaki kata, ala bang oii tak payah nak tunjuk baik sangat, macam tak biasa jer buat semua nie, Kita nie berada di negara merdeka dan bebas. Suka hati akulah nak buat apa pon... ko susah kenapa ?? ko ingt ko baik sangat.

ishh sungguh geram dengan budak kecik nie, melayu + islam , apa nak jadi remaja sekarang nie..apa lagi ceramah telah bermula... hahahha memang budak berdua tu kena basuh dengan acik dan kawan-kawan. Duit pon mak bagi nak pergi dating apatah lagi nak cakap pasal tanggungjawab.

“Bila Allah hendak membinasakan seorang hamba, Dia akan mencabut rasa malunya darinya. Bila rasa malu ini sudah dicabut, kau akan melihatnya dibenci dan di jauhi orang-orang. Apabila kaulihat ia dibenci dan dijauhi, dicabutlah sikap amanah darinya. Bila Amanah itu sudah dicabut, kau akan lihat dia menjadi khianat dan pengkhianat. Jika ia dianggap khianat dan pengkhianat, dicabutlah rasa kasih sayang darinya. Bila rasa kasih sayang itu sudah dicabut, kau akan lihat dia menjadi penjahat dan terlaknat. Apabila ia sudah jadi penjahat dan terlaknat, dicabutlah Islam darinya. (HR. Ibnu Majah)



Sumpah acik merinding bila bace hadis nie.. Kaitan antara kalbu dan rasa malu sangatlah kuat, jika kalbu ini sudah dan bahkan sering diisi oleh nutrisi Iman, ilmu syariat dan lainnya pasti rasa malunya pun akan bertambah. Namun terbalik jika hati ini tidak pernah diisi dengan iman yang segar, dibiarkan begitu saja, solat pon celup-celup sudah pastinya rasa malu pon tiada.

Acik nie pemalu juga, pemalu bertempatlah .inilah rumusan yang acik boleh berikan tentang remaja yang tidak ada perasaan malu nie

  • Sudah tidak malu berbuat perbuatan maksiat
  • menganggap  benda ringan  melakukan maksiat malah senang membicarakannya bahkan di beritahu kepada orang lain
  • Antara dosa dan pahala tidak ada bezanya
  • Kalau ada nikmat tidak bersyukur, kalau banyak kecewa bilang ke sana kemari hidup tuh tak Adil
  • Senang melakukan keburukan, ejek sana, menghina disini. Apapun yang ditulisnya membuat orang sakit hati, apapun yang dikatakannya membuat orang benci
Sebenarnya banyak lagi ,tapi ingat 

Malu dan Iman saling berkaitan, jika salah satunya terangkat maka yang lainnya pun terangkat  (HR. Hakim)

Malu itu bagian dari Iman, dan Iman tempatnya di surga. Sementara keburukan bagian dari hati yang sesat. Dan hati yang sesat tempatnya di neraka (HR. Tirmizi)

Share This!


2 ulasan:

  1. agak2 usia budak tu bape? org sekeliling buat ape? haih..org skrg ni benda x elok cmtu dibiarkan je.mujur acik ad..gud job acik.. berani bertindak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka umur 17 tahun... orng sekeliling buat tak thu jer

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails