Pengikut

Selasa, 30 Julai 2013

13 Tips Menghindari Di Goda Oleh Kaum Lelaki


 Assalamualaikum

Alhamdulilah, dapat lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini. Jom berselawat ke atas nabi muhammad saw. Aduhh lecehlah ramai pula yang tanya yang bukan-bukan di fanpage acik nie. Kenapa lelaki tak pandai hargai perempuan ?  lelaki suka meremehkan perempuan ? lelaki suka mempermainkan perempuan ?

Ahh hari ini acik bagi tips untuk persiapan diri perempuan tersebut, halangan terbesar adalah godaan dari lelaki dan lelaki pula tergoda dek nafsu. Jadi kamu wahai kaum hawa perlu mempersiapkan diri dan membenteng diri kamu . Biarlah lelaki yang baik-baik saja yang datang mendekat . In sya Allah 

[ Entry khas untuk kaum hawa ]

1. Kenakanlah pakaian yang sopan. Akan lebih baik jika selalu memakai pakaian yang selalu menutupi aurat.

2. Hindarilah memakai potongan pakaian terlalu ketat yang dengan mudah dapat memperlihatkan lekuk-lekuk tubuh . Jangan pakai seluar legging dan dan baju adik kamu.

3. Hindari juga pakaian yang sangat transparent. Agar tidak nampak di dalamnye, kadang sajalah tu nak nampakkan.

4. Usahakan banyak menundukkan pandangan dan tidak banyak lirik sana lirik sini ( Jaga pandangan)

5. Biasakanlah menjaga lisan dan merendahkan suara ketika berbicara dengan siapapun.

6. Usahakan menjaga tingkah laku dan adab kesopanan dalam bertutur dengan sebaik-baiknya.

7. Jika kebetulan bersama kawan-kawan, hindarilah bergurau yang berlebihan., jangan tepuk tampar tanpa antara lelaki dan perempuan.

8. Jika ada hal yang kelakar, berusahalah untuk tertawa yang tidak berlebihan. Akan lebih baik jika cukup tersenyum saja.

9. Jika kebetulan ada lelaki yang tidak dikenal sebelumnya sekadar menyapa, jawablah sapaannya dengan sopan dan penuh keramahan.

10. Jika kebetulan berbicara dengan orang yang baru dikenal, usahakanlah tidak terlalu banyak bicara. Jika sama jantina tak masalah, yang masalah jika dengan lelaki jangan lebih-lebih

11. Jika di laman sosial , tak perlulah nak letakkan gambar seksi kamu, gambar duckface dan sebagainya itu akan memancing lelaki hidung belang.

 12.  Di laman sosial jika mahu update sesuatu fikir dulu, janganlah taip yang aku masih single, "perempuan kesepian " dan sebagainya. Maknanya jaga penulisan juga.

13. Ketika berkata-kata sama ada bertelefon ataupin  berkata dengan orang lain tak perlulah nak melunak suara ataupon cubaan mengedik kan suara tu ye.

Jika seorang wanita berperilaku sopan dan bersikap seperti tersebut diatas, maka insya Allah lelakiakan lebih menghormati kamu, dan menghargai kamu. Mereka akan menjaga adab dengan kamu. Yakinlah

Akan tetapi jika seorang wanita berperilaku sebaliknya, maka jangan heran kalau banyak lelaki yang suka menggoda dan terkesan memandang seorang wanita dengan remeh , mempermainkan serta anggap perempuan "senang".

Perempuan yang menjaga adabnya dan tingkah lakunya insyaAllah akan di lindungi Allah dan di sayangi Allah. Tak mahu ke begitu ?? fikir-fikirkanlah

Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi Wasallam Bersabda :

"Sesungguhnya umatku yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah yang paling lembut tutur kata, paling mulia akhlaknya, paling rendah hati, dan senang menyesuaikan diri dengan sesama, namun tetap dalam sunnahku"


Share This!


45 ulasan:

  1. Jaga adab dan tanam perasaan malu, insyaAllah diri kita terhindar dari semua ni..

    BalasPadam
  2. Betol tu dik...jaga pemakaian & cara kita bergaul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup kak :) kita kena jaga semuanya :)

      Padam
  3. Wanita kalau bersopan & pandai menjaga aurat serta martabat diri, pasti setiap lelaki yg baik akan lebih2 menghormati & menghargai mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu khir :) pastinya yang baik hanya untuk yang baik saje :)

      Padam
  4. take note yang nom 8...hehehe , dalam usaha untuk gelak sopan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah :) jom muhasabah diri :)

      Padam
  5. alhamdulillah, sesuatu pesanan yg baik...zaza pun sdg berusaha menjaga pergaulan dan cara pakaian.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah semoga Allah permudahkan urusan

      Padam
  6. terbaik =) suka semua diatas..boleh simpan bt adik2 ambe, tp ada 1 kes skrg..org laki bernafsu dgn perpuan yg sopan dan alim..nk2 yg berniqab..mcm2 la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhhh acik pon dengar orang cakap cm tu ... mcm2

      Padam
  7. tips yang baik dari achik! perempuan dikenali dengan adab yang baik, so... teruskan berbuat baik..

    BalasPadam
  8. pcl nak baca gak....sebab benda ni bagus, t.kasih acik, kat rumah pcl ada kaum hawa yg dipetanggungjawabkan.

    BalasPadam
  9. Nampaknya acik seorang prihatin dan sangat teliti memerhati. Bagi saya ini merupakan sudut pandangan seorang lelaki terhadap perempuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. emmm cikgu ..hehehe aah ini hasil pemerhatian :) just bagi opinion saje

      Padam
  10. perkongsian yang menarik acik ^_^..

    BalasPadam
  11. hahah..selalu cam tu la..bro tertarik dgn pempuan sebab2 tu ke..hih...:D btw perkongsian ini sgt menarik:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidaklah ... hanya teguran yang selalu di lakukan oleh mereka.. hanya nasihat untuk baiki diri

      Padam
  12. suka sangat-sangat dengan entry nie ... thumbs up ... :D

    BalasPadam
  13. ye..betul tu..kadangkala sikap kita sendiri yang membuatkan kita di goda oleh lelaki hidung belang..hehehehee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak , jadi baiki diri kita kan :)

      Padam
  14. moga entri ini dapat membantu kaum hawa diluar sana~

    BalasPadam
  15. terima kasih di atas tips ni acik.. 100% setuju..

    BalasPadam
  16. Tips yg berguna untuk kaum hawa.. :) Nasihat yg baik achik..

    BalasPadam
  17. lelaki sekarang pandai memilih acik.nak bercinta dengan yang hot2.tapi bila nak kawin pandai pulak pilih yang bertutup untuk dijadikan isteri,kan ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. biaselah tu kak , manusia ini mcm2 perangainye

      Padam
  18. alhamdulilah..bagus entry ni.masih ada kaum adam macm acik yg sagt prihatin. :). info yg sgt menarik dan juga panduan untuk kaum hawa yg awesome. moga kita sentiasa mengingati antara satu sama lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah.. peringatan bersama.. moga ktia jadi orang islam yang lebih baik

      Padam
  19. Biasanya perempuan yg suka dan pandai menggoda lelaki. Kalau lelaki berdiri mcm tunggul je pun perempuan mudah tergoda walaupun lelaki tak inginkan dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang :) same jer

      Padam
  20. tips dari sudut pandangan seorang lelaki..buat kaum hawa semoga dapat dijadikan panduan

    BalasPadam
  21. Setuju tu..perempuankn diberi kelembutan..sifat pemalukn..harus ada sifat2 tu pada setiap wanita..=)

    BalasPadam
  22. Untuk kaum Adam...Jangan mudah tergoda dengan kaum Hawa juga... Diakhir zaman, lelaki menjadi rebutan kerana wanita lebih ramai tapi ianya bukan alasan untuk mengambil kesempatan!

    BalasPadam
  23. hehe laki ni kalau perempuan dah bagi, memang la miang nak menggoda..

    BalasPadam
  24. Thanks for sharing Acik. Ayat perempuan kesepian tu memang buat saya gelak. Haha~

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails