Pengikut

Rabu, 26 Disember 2012

Benarkah Pada usia 40 Ke Atas Inilah Degree Kemiangan Lelaki Dikatakan Semakin Meningkat!!!


Assalamualaikum

Hari nie acik balik ke kampung untuk bercuti seketika lagipon minggu nie ada kenduri di rumah, Excited nak balik rumah sebab kat rumah ada baby yang comel. Memang comel sangat dan teruja , hehehe acik nie memang suka budak budak. Tadi masa acik dekat Station bas, tengah duduk di kedai makan, sedang syok tengah makan ,ada sekumpulan pakcik nie datang ke meja acik untuk tumpang sekali duduk kebetulan meja semua penuh acik pulak duduk berseorangan.

So nak jadikan cerita , acik izinkan mereka duduk di situ, acik teruskan makan , dan pakcik tu teruslah bercerita  tanpa henti. Tiba tiba topik yang mereka utarakan buatkan acik tertarik untuk dengar. Mereka nie dalam golongan 50 an, dia cerita tentang club , dan masing masinglah cerita tentang pengalaman masing masing, ada yang pernah pergi kelab dangdut dan kelab malam yang selalu mereka kunjungi. Tanpa di duga salah seorang nie pakcik nie tanya acik,  adik  pernah kelab tak ??? acik mengeleng kepala. Dan pakcik tu pon cakap, apalah adik nie muda muda tak nak enjoy , tak pergi rugi dik, kat sane banyak nasi lemak sedap sedap banyak dan banyak anak yatim yang bergetah... 

Cehh acik pon buat tak pahamlah apa tu ?? ada seorang pak cik tu cakap apa lah kolot ko nie dik  dan dia terangkan pada acik, dengan semangat pak cik tu terangkan pada acik. Dasyat pak cik zaman sekarang nie lebih hebat dari orang muda.. acik pernah dengar orang kata umur 40 itu adalah permulaan hidup bagi lelaki.



Orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebh perihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil, konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!!!

Miang, gatal,merenyam,gelenyor… banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetenagnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia 40.

hahaha apa pon tepuk dada tanyalah iman, semua itu terpulang pada kita jugakan.. tapi apa pon bila lepas umur 40 tu jika kita tak berubah maka sukar untuk kita nak berubah dan dapat hidayah ALLAH..Kalau dapat sangat beruntung.. so mari kita muhasabah diri dan istiqamah setiap amalan yang kita lakukan :)

Share This!


4 ulasan:

  1. hahaha takde pengalaman lagi :p

    nice info

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe same masih tak ada pengalaman sebb tu tnye :)

      Padam
  2. I'm not really sure who said... When we were 40, we should perform our ibadah properly... Because that the time we need to realise everything actually...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails