Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Seorang Perempuan Hidupku Berubah Segalanya...


Assalamualaikum 

Ketika ini ,saat ini acik rasa benda yang sama , pekara yang sama yang pernah acik lalui  5 tahun yang lepas. Tarikh inilah yang memberi kesan sepanjang hidup acik. Ada kawan acik cakap , pekara lama kenapa nak ingat lagi ?? 

Sebab pekara inilah yang jadikan acik lelaki yang lebih tabah dan belajar menerima kepahitan dalam hidup.Sebenarnya hari ini adalah tarikh di mana  dia tinggalkan acik untuk lelak lain. Kalau ikutkan mulut memang tak mahu kata lagi tentang semua ini , tapi hati ini selalu mengingati saat ini dan ketika ini. Dia memang cinta pertama yang ALLAH berikan pada acik untuk mengenal erti cinta yang manusia cari selami ini. Sepanjang acik kenal dia, dia adalah perempuan yang baik dan acik tak pernah sekali pon sentuh dia dan dia amat menjaga pergaulan.. Tapi ALLAH uji kami dengan munculnya orang ke tiga iaitu kawan baik acik sendiri. Dan dia tinggalkan dengan alasan awak terlalu baik untuk saya.

Mungkin masa itu, acik akan sedih dan rasa kehilangan tapi saat ini, tak lagi sebab acik belajar menerima takdir bahawa dia bukan di takdirkan untuk acik. Sebenarnya hari ini acik taip entry nie bukan untuk mengaibkan dia. tapi acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kamu hidayahtul aisyah. Kerana kamu telah berikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup ini, Suatu ketika dulu acik study hard juga kerana kamu sentiasa bagi semangat pada acik, dan sekarang acik cuba mengejar cita cita tu .

Terima kasih sekarang acik lebih berani untuk jadi diri sendiri, acik mampu terima apa jua dugaan dan perasaan yang acik rasa. Acik lebih menghargai hidup ini dan orang yang ada di sekeliling . Acik menjadi seorang yang tabah dan banyak lagi.

Kalau kamu tak wujud dalam hidup ini mungkin acik tak jadi sekuat ini, yup belajar mengikhlaskan sesuatu itu amat sukar tapi bila benar- benar kita ikhlaskan maka kita akan rasa nikmatnya. 

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

 

Catat Ulasan

11 Ulasan

sayang berkata…
kita jugak putus atas disebabkan sudah anggap seprti kawan bukan hubungan istimewa macam mana pulak yerw..??? mungkinkah dea jugak kan berubah secara drastik..hurmm adakah salah sye tiggal dea camtuh ajew...
Akupenghibur.com berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tiara Fazlin berkata…
i dont think you should mention her name in this entry :)
Akupenghibur.com berkata…
kawan boleh jadi pasangan..tapi pasangan sukar untuk jadi kawan ... semuanya terpulang pada individu
Unknown berkata…
Dia bukan jodoh utk kita sebab tu Allah jarakkan hubngan kita.
Unknown berkata…
insyaAllah...kat luar sana Allah akan hantar yg sesuai untuk acik... takpe acik...kalah bergaya acik ni... =) cara balas kesakitan acik dulu adalah dengan hidup bahagia acik...insyaAllah..acik akan dapat juga bahagian acik..cuma cepat atau lambat..=)
mila berkata…
alhamdulillah acik.moga acik dipertemukan dgn org yg btl2 berhak menghargai acik :-)
MsBabble berkata…
Allah saja yg tau apa yang terbaik untuk hambaNya.. redha dan insya allah acik akan diberikan jodoh yang lebih baik