Pengikut

Sabtu, 27 Julai 2013

Bila Sudah Jumpa Orang Yang Dapat Buat Kamu Tersenyum, Jangan Lupakan Kepada Orang Yang Selalu Ada Ketika Kamu Bersedih

 Orang Yang Selalu Ada Ketika Kamu Bersedih

Assalamualaikum


Alhamdulilah dapat lagi menaip di hujung minggu nie, aduhh badan penat betul dan baru ada kesempatan menaip. Ketika kita sedang gembira ada yang bergelingan mata, ketika ada yang meraih kebahgian ketika itu ada hati yang terpaksa menerima kepergian. Itulah hidup yang ada pasang surut yang tidak selalu bahagia dan tidak selamanya berduka.

Kadang apabila kita sedih, kita gundah, kita hiba, kita cuba mencari orang lain sebagai alternatif untuk membahgiakan kita. Kita mencari seeseorang untuk kita luahkan perasaan, ceritakan masalah, dan sebagainya. 

Ketika kita sedih , kita akan cari dia untuk dia jadi pendengar yang baik kepada setiap cerita kita, memberi nasihat untuk kita dan sentiasa ada untuk kita.

Tapi bagaimana ketika dia sedih dan bergembira ?

Adakah kita ingat kepadanya ? atau pon kita hanya cari dia ketika kita perlu sahaja ? 

Itulah manusia yang kadang kali penting diri sendiri, pentingkan soal hatinya berbanding hati orang lain. Hidup ini perlu seimbang dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Kita kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita.Kita sebagai manusia nie tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Kite sebagai manusia nie tak pernah puas.
itulah masalah kita, ketika kita bahagia saje cari dia, tapi bila sedih kita tak cuba jadi pendengar yang baik untuk dia, adakah kita adil ? 
“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”


Ayat yang mudah, (simple) malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang Islam. Kalau air tak ada barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah, jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja,macam-macam seruan keluar bila air tak ada.
Semua orang merungut…susah nak basuh baju, nak memasak, nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat air…air melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.

Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan

yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Ala manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai dan bersyukur.
Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.

Time kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana2 sahaja yang diingini.


Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.
Jaga kelakuan dan sikap kita , jangan sampai apa yang kita buat , orang benci kita . Kalau kita nak orang hargai kita, kita hargai orang dulu. What you give , you get back ,Mind that .

Opppsss kita macam tu ke?
Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..

Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu



Share This!


39 ulasan:

  1. betul tu acik...kita akan sedar bila kita sudah mula kehilangan dia..

    BalasPadam
  2. bab kehilangan kita paling takut, sebab tu sebelum merasa kehilangan tu adalah seeloknya kita menghargai kan...

    BalasPadam
  3. kalau yg prgi msti ada hikmat..xkira la ape2 pn..yg pntg menghargai..sbb 2 lah bersyukur 2 perlu sgt2..tnda kira berterima kasih atas pemberian Allah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , kita kena hargai mereka yang hadir dalam hidup kita

      Padam
  4. Wah acik ni banyak pengalaman lah. Banyak makan garam ek

    BalasPadam
  5. nway nice...manusia selalu macam ni...bila ada masalah, sedih baru datang mencari...bila seseorang tu dah ta de dalam kehidupan dia, baru na tercari-cari...baru tahu erti kehilangan...so, hargailah dia sementara masih ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah , jangang kita jadi seperti itu ye :)

      Padam
  6. setuju dengan entri acik ni...walau dalam tiap apa situasi kena seimbangkan khususnya dalam pergaulan...jangan hanya ketika ketika sedih saja berkongsi dengannya...bila gumbira lain tempat yang dikongsikan...begitulah sebaliknya kan...manusia memang begitu acik...termasuklah diri ini, bila benda tak ada barulah terkapai-kapai mencari...contoh acik tu kena betul dengan krole...hari ni sepanjang hari tak ada air huhu...memang susah skit...kena pula bulan ramadan camni...pinggan mangkuk tak cuci lagi...harap2la malam ni bekalan air ada kembali...ingat mengingati sesama kita~

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kita, tak ada susah kan ??? ishhh semua nak buat kerja tak menjadi

      Padam
  7. ye,tak guna menghargai jika dia sudah tiada..tapi selalu begitulah,sesal akan datang kemudian..

    BalasPadam
  8. betol tu...kita manusia nie tak pandai menghargai :)

    BalasPadam
  9. itu selalu terjadi dalam kehidupan...bila sedih kita ingat dia...bila gembira...lupa dia...bila dia tiada baru sedar..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.. jangan mcm tu ,, kalau jd gn kita tentu kita sedih

      Padam
  10. Aslkum.. mmg begitulah selalunya lumrah dunia.. waktu ada selalunya x nampak jasanya & apabila sudah tiada barulah terkenang2 jasanya. Entri ni mmg memberi kesedaran bagi yg berfikir.. thanks :)

    BalasPadam
  11. Salam Acik,
    Benar apa yg di utarakan, itulah realiti. Kita jangan pula bersikap berdendam dan marah jika ada yg bersikap sedemikian. Ambillah ia secara positif, yang penting, kita perlu jaga diri sendiri untuk tidak bersikap sedemikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam :) tepat sekali BM , tak perlu berdendam :) kita baiki diri :)

      Padam
  12. nice sharing bro..:)mmg begitu lah kehidupan..x der yg sempurna..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup mmg tak de yang sempurna, tapi kita boleh cuba ke arah tu :)

      Padam
  13. touching entry ni.moga kita lebih menghargai nikmat yg allah bg.

    BalasPadam
  14. dah 'pergi' baru nak hargai...ramai yg mcm tu.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah ..sebuah peringatan yg sangat baik untuk dikongsikan bersama..thanks acik..mudah2an kita dijauhkan dari mempunyai hati dan sifat yg mudah lupa diri tu..:)

    BalasPadam
  16. Teringat kt sikap sendiri yg kadang2 macam tu.. insaf...

    BalasPadam
  17. Teringat kt sikap sendiri yg kadang2 macam tu.. insaf...

    BalasPadam
  18. Tajuknya pun sudah mengancam. Mendalam. Tahniah, niat penulisan yang baik, akan memancarkan kebaikan kepada semua pembaca.

    BalasPadam
  19. betul tu.. jangan buat orang benci kita.. thanks bro sebab mengingatkan. kadang-kadang terlepas juga perbuatan dan kata yang buat orang sakit hati dengan kita.. jadi, kena kawal semua tu.. lidah lebih tajam daripada pisau..

    BalasPadam
  20. the title itself explains everything :)

    BalasPadam
  21. erk kalau guna pepatah "dekat bau toik..jauh bau bunga" boleh tak he3....yelah bila depan mata,tak hargai...masa gembira langsung tak peduli kawan tu.tapi bila dah berjauhan semasa sedang ditimpa ujian,barulah terhegeh2 nak cari balik kawan tu ^^

    selamat bersahur ye acik

    BalasPadam
  22. lumrah manusia mmg begitu...mementingkan diri sendiri diutamakan yang lain diterbelakangkan...kehkehkeh...sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi....wakakaka

    rasanya nak hilangkan sikap tu terus menerus mmg susah...tapi kita boleh usaha utk kurangkan....

    BalasPadam
  23. semoga kita menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat Allah.. bersyukurlah diberikan teman yang sanggup susah bersama kita.. jangan apabila kita dah senang kita tinggalkan dia pula..

    BalasPadam
  24. Dah nama pun manusia. Memang bila ada, susah nak hargai. Bila dah takde, tercari2 pulak. Lumrah~

    BalasPadam
  25. Betul ni...


    Hargai apa yang ada depan mata...jangan dah hilang baru cari... huhu...
    Bersyukurlah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails