Orang Yang Selalu Ada Ketika Kamu Bersedih

Assalamualaikum


Alhamdulilah dapat lagi menaip di hujung minggu nie, aduhh badan penat betul dan baru ada kesempatan menaip. Ketika kita sedang gembira ada yang bergelingan mata, ketika ada yang meraih kebahgian ketika itu ada hati yang terpaksa menerima kepergian. Itulah hidup yang ada pasang surut yang tidak selalu bahagia dan tidak selamanya berduka.

Kadang apabila kita sedih, kita gundah, kita hiba, kita cuba mencari orang lain sebagai alternatif untuk membahgiakan kita. Kita mencari seeseorang untuk kita luahkan perasaan, ceritakan masalah, dan sebagainya. 

Ketika kita sedih , kita akan cari dia untuk dia jadi pendengar yang baik kepada setiap cerita kita, memberi nasihat untuk kita dan sentiasa ada untuk kita.

Tapi bagaimana ketika dia sedih dan bergembira ?

Adakah kita ingat kepadanya ? atau pon kita hanya cari dia ketika kita perlu sahaja ? 

Itulah manusia yang kadang kali penting diri sendiri, pentingkan soal hatinya berbanding hati orang lain. Hidup ini perlu seimbang dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Kita kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita.Kita sebagai manusia nie tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Kite sebagai manusia nie tak pernah puas.
itulah masalah kita, ketika kita bahagia saje cari dia, tapi bila sedih kita tak cuba jadi pendengar yang baik untuk dia, adakah kita adil ? 
“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”


Ayat yang mudah, (simple) malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang Islam. Kalau air tak ada barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah, jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja,macam-macam seruan keluar bila air tak ada.
Semua orang merungut…susah nak basuh baju, nak memasak, nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat air…air melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.

Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan

yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Ala manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai dan bersyukur.
Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.

Time kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana2 sahaja yang diingini.


Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.
Jaga kelakuan dan sikap kita , jangan sampai apa yang kita buat , orang benci kita . Kalau kita nak orang hargai kita, kita hargai orang dulu. What you give , you get back ,Mind that .

Opppsss kita macam tu ke?
Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..

Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu