Pengikut

Sabtu, 2 Februari 2013

Lelaki Yang Buat Perempuan Menangis Mungkin Akan Merugikan Diri Sendiri, Kerana Ada Seseorang Yang Sedang Berusaha Membuat Dia Tersenyum



 
Assalamualaikum

Selamat pagi semua , mulakan hari dengan senyuman yang menawan , senyum jangan tak senyum, aahh baru comel . Hari ini acik akan pulang ke kampung halaman di kota tinggi johor untuk berjumpa dengan mak tercinta setelah lama tak balik, excited pon ada, rindu betul dengan mak. 

Dalam dunia realiti kita dapat lihat bahawa segelintir remaja sekarang beranggapan bahawa cinta itu adalah pekara main-main dan hanyalah sekadar aku cinta padammu dan kau cinta padaku. Kadang acik lihat kat shopping kompleks siap berpeluk-peluk tanpa ada rasa malu . Yelah sebab sayang nak jadi macam cerita setia hingga hujung nyawa katanya. 

Bila cinta tengah membara katanya lautan api sanggup di redah , gunung yang tinggi sanggup di daki , ambillah kapak belahlah dada untuk lihat sebesar mana cintaku pada mu, cewah kemain romantik lagi. Siap macam agenda drama lagi, semuanya kerana sayang pada pasangan masing-masing. Itu hanya semasa hangat bercinta tapi sampai bila cinta itu mampu bertahan ?

Lelaki nie cepat bosan pada pasangannya lagi-lagi bila perempuan yang di miliki itu senang untuk di dapatkan. Segelintir mereka beranggapan no challenge bila bersamanya. Si gadis kemain lagi beria , sanggup melawan kata mak ayah, berabis duit beli top up dan macam-macam lagi untuk buktikan cinta padanya. Padahal yang di lakukannya adalah satu kesilapan. Lelaki nie sukakan sesuatu yang susah di dapatkan , walaupon sudah di miliki tapi maruahnya terjaga maknanya jual mahal lah.

Maka apabila lelaki dah bosan dengan perempuan tersebut ,mulalah agenda seperti cerita samarinda , agenda di mana cinta mula ada halangan dari orang ke tiga mahupon di tinggalkan kekasihnya. Tahukah kamu wahai lelaki bila kamu buat perempuan menagis sebenarnya itu merugikan diri sendiri, kerana di saat itu akan hadir seseorang yang akan cuba berusaha buat dia tersenyum dan buat di gembira dan tak akan biarkan dia sedih. Akan ada seseorang yang akan ambil perhatian , take care sepenuh hati dan cuba ambil kesempatan di kala kesempitan berlaku.

Ada yang bertanya kalau lelaki tu tak perasan kalau dia rugi macam mane ?

Naseblah labu, nasi dah jadi bubur, hati perempuan nie di kalanya ada macam batu , bila di ingini sesuatu untuk orang di sayang , keluarga pon sanggup di ketepikan kerana cinta katanya. kadang kala macam ice cream , bila ada lelaki yang mengisi ketika dia sedih dan selalu ada untuknya , dia kan cuba membina satu perhubungan yang baru tapi tak semua macam tu. Dan kadang kala macam boom, bila boom dah meledak dan hatinya dah hancur , menangis air mata darah pon jika katanya benci maka bencilah.

Adakah cinta macam ini yang kamu mahukan ??

Cewah, acik menaip ini bukan bermakna acik hebat dalam bercinta dan faham tentang perempuan.Semua ini hanyalah dari pemerhatian dan pengalaman hidup yang pernah acik lalui. Kan lebih indah jika cintai tu di jaga dan di hargai mengikut agama kita. Selalu doakan dia dalam solat agar dia menjadi halal bagimu. Luahkan apa yang terpendam rasa cintamu pada kekasih hati kepada Allah agar cinta itu semakin bertambah. Dan ambil serious cinta itu dan berjumpa dengan mak ayahnya. 

Antara kata-kata pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus ialah:

♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

ala semua dah tahukan , tak payah acik nak bagitahu lagi..  Islam tak melarang kita untuk  bercinta dan berkasih sayang selagi berlandaskan syariat yang telah di tetapkan. 

1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)

2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)

Pada acik, masing-masing dah besar dah tahu mana yang baik dan tidak, mana yang halal dan mana yang haram. Cuba fikir sejenak, cinta yang macam mana yang kita mahukan ? adakah cinta itu berlandaskan iman atau berlandaskan nafsu ?? fikir-fikirlah sahabatku. Acik menaip ini hanyalah untuk peringatan diri sendiri dan peringatan untuk kamu yang membaca. Kalau kamu rasa ini satu ilmu ambillah ,jika tidak pejamkan matamu anggaplah tak pernah baca apa yang acik taip ini. Adios :)

Share This!


13 ulasan:

Sheila Eiman berkata...

Terharu + sedih...
zaman sekarang, macam-macam dah berlaku.
Info yang menarik perhatian sheila...
apa yang abang acik luahkan, katakan semuanya ada kebenarannya...
jadikan info ini sebagai pengajaran buat semua...
Thank you :)

cik kaki ketawe berkata...

sebab lelaki susah untuk dipercayai lah ramai perempuan jadi andartu dan takut bercinta...huarghhh...err,,tapi tak boleh salahkan lelaki juga kan acik? semua ada kelemahan...so harap2..mereka belajar sesuatu dari entry acik ni..supaya lebih menghargai seseorang yang ada di sisi...

siti noor atikah berkata...

best entry yang ni...... mcm kene je ngan diri ni..... :)

soooooour berkata...

setuju..hargai pasangan masing2..

CiK Bella berkata...

betul! janganlah mainkan perasaan orang
sebab nnt kita pula dipermaikan
whats goes around, comes around!

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah :)

Aku Penghibur berkata...

ermm x semua lelaki cm tu .... yup supaya kita lebih hargai orang yang ada dengan kita

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah :)

Aku Penghibur berkata...

yup betul tu :) semoga kita tak jadi mcm tu

Bin Muhammad berkata...

Bagaimana pula dengan perempuan yang buat lelaki menangis? Same jer la...ye tak. Yang lebih tepat nya, jangan sakiti hati dan perasaan sesama makhluk Allah...
Cintai Allah, Rasul dan Ibu bapa...sebelum anda mengenal cinta dengan pasangan anda.

Seneorita Baharin berkata...

nice entry acik..benda ni semua org lalui, semoga kita semua dilindungi olehNya...May Allah bless u bro. :)

Aimi Shazlin berkata...

Saya jadi fobia nak kenal lelaki.. Saye kenal dia xde lah lama dalam tahun 2015 sampai lah 2017.. Masuk tahun 2017 saye rasa macam ada x kena. Rupa2 nya dalam diam dia tipu saye selama ni. Ya Allah gelap dunia saye😔. Saye cuba nak lupakan dia tapi sukar sangat2..

Aimi Shazlin berkata...

Saya jadi fobia nak kenal lelaki.. Saye kenal dia xde lah lama dalam tahun 2015 sampai lah 2017.. Masuk tahun 2017 saye rasa macam ada x kena. Rupa2 nya dalam diam dia tipu saye selama ni. Ya Allah gelap dunia saye😔. Saye cuba nak lupakan dia tapi sukar sangat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails