Pengikut

Jumaat, 8 Februari 2013

Orang dulu² Penyabar, Jangankan FB, sms Pun Takda Tapi Percintaan Mereka Kekal Hingga Akhir Hayat .Orang Sekarang?




Assalamualaikum

Hari nie ramai pulak mengadu dengan acik yang boyfriend/girlfriend mereka curang, tak setia dan macam-macam lagi. Penatlah tengok budak zaman sekarang bercinta mengalahkan kita yang dah berusia 23 tahun nie. Katanya cinta tak kenal usia dalam mencari cinta yang sejati.

Tak pelik kalau kita lihat budak 14 tahun dah pandai tentang cinta, malah lebih expert dari kita, pergi shopping complex siap pegang tangan bangga jalan-jalan dengan orang tersayang katanya.

Adakah cinta semurah tu ?

Lumrah manusia suka yang cantik, lawa, kacak, handsome , bergaya dan sebagainya. Bila lihat ada yang lebih cantik maka akan di kejar dan di cuba untuk milikinya sedangkan yang ada di depan mata tak di hargai. Acik pon tak tahu apa yang di fahami oleh remaja sekarang nie tentang cinta

Ada seorang pelajar semasa acik pergi mengikuti event tentang Aids beberapa bulan yang lepas dan acik di datangi oleh remaja usia 15 tahun dan bertanyakan .Betul ke bang kalau kita tak mahu mengandung dalam melakukan hubungan si lelaki kena pakai kondom ??

Wahh masa itu terkejut bukan kepalang sebab yang bertanyakan itu pelajar perempuan dan hanya nasihat yang mampu acik berikan . Remaja sekarang nie semakin di tegah semakin itulah yang di lakukan  maka dengan itu menjadi tanggungjawab blogger, ibu bapa, orang dewasa, guru-guru ,media dan masyarakat untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh di lakukan.

Remaja sekarang bercinta macam nak rak, bercouple bersilih-ganti dan mulalah status di facebook dan twitter meluahkan perasaan. Memang tak salah bercinta tapi bercintalah mengikut syariat islam . Kalau pakai tudung tapi berpeluk peluk tu ikut syariat islam ? Ambil gambar cium pipi dan tulis "caption"doakan kami bahagia di dunia dan di akhirat . Apakah itu ??


Tengok orang dulu² memang Penyabar, jangankan FB, sms pun takda.. kena tunggu berhari² baru dapat surat balasan.. tapi, percintaan mereka kekal hingga akhir hayat & hanya mati yang memisahkan mereka..Mereka percaya jodoh dan takdir dari Allah dan berserah kepadanya serta tak lekang doa untuk pasangannya. Orang sekarang? 5 minit tak reply sms dah nak mintak putus.Dan kata curang , kata tak setia.


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)

Bercintalah kerana Allah, lebih seronok tau . Doakan orang yang kita sayang lebih indah dari luahan kata-kata. Apa salahnya kalau bercinta, tak payah pegang pegang tangan, tak payah nak tenung tenung mata, tak payah berpeluk-pelukan. 

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”

(Hadits Qudsi)

Lelaki/ Perempuan yang sesuai untuk kamu adalah mereka yang membawa perubahan dan kebaikan kepada kamu, bukannye sesatkan kamu . Baru couple siap dah pukul-pukul anak orang ..carilah seseorang yang mampu mengubah hidup kamu dan mampu membawa kamu ke syurga bukan ke neraka.

Acik hanya sekadar nasihat , selebihnya kamu buatlah haluan jalan kamu, acik tak kisah kalau handphone tak berdering kerana tak ada orang yang mesej atau call janji hati ini bahagia bersama family .Tiba masanya jodoh akan tiba .ok adios :)


Share This!


13 ulasan:

  1. muda2 lg dah fikir psal cinta...rugi lah..baik kejar pelajaran dulu kan acik...mereka fikir cinta tuh segala2nya ke? buat cinta macam nyawa...haiyaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup peljaran di utamakan di samping tu cari cinta ALLAH

      Padam
  2. Takyah kata lah acik, budak sekolah rendah pun dah pandai berawek2.. pening kepala dibuatnya.. Zaman kita dulu, sekolah rendah ni main pasir lagi, mana kenal erti cinta. hehe, alhamdulillah, tak le kemaruk cinta lagi buat masa sekarang. Ada jodoh, kawin terus kan? ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ada jodoh terus kawin lagi senangkan :)

      Padam
  3. Orang dulu2 jarang jumpa. Dah tunang pun tak jumpa, nak lepas rindu kena cepat kahwin, nak cepat kahwin kena cepat kumpul duit. Orang dulu2 ikut step by step, sekarang main redah je. Sebab tu orang dulu2 menghargai apa itu cinta. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu ..dulu semuanya teratur ..sekarang nie semua nak mudah

      Padam
  4. dulu bercinta pon PJJ..atas dasar kepercayaan segalanya dipermudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh betul tu, kepercayaan sangat penting

      Padam
  5. Salam...
    Harap sangat2 entri ini di baca oleh budak2 muda. Semoga memberi sedikit panduan buat mereka.

    Semakin rajin buat artikel cinta dan kasih... Ade ape2 ke? hehe. Gurau jer...
    Eloklah orang muda spt Acik memberi nasihat kpd org muda. Anda lebih tahu dunia org muda sekarang. Syabas! Teruskan usaha anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam, tak adalah bro.. cuma permintaan mereka yang perlu di tunaikan untuk entry nie :)

      Padam
  6. betul3..dulu kahwin aturan keluarga pun boleh bahagia kan..sekarang ni dunia da maju makin byk menda negatif yg berlaku..smoga kebahgiaan milik kita semua..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin semoga kita dapat kebahgian tu :)

      Padam
  7. betul tu. zaman dah berubah. dunia makin maju. :P

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails