Assalamualaikum
SubhnaAllah malam-malam ini acik dapat kejutan yang luar di jangka, yelah dulu kami pernah berkenalan dan pernah bercinta ketika dalam usia remaja,. Masa tu dialah menjadi vitamin dalam hidup nie untuk berikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh .Dan suatu ketika dialah yang menghiburkan hati ini dan selalu menemani saat suka dan duka. Walaupon jalan cerita cinta kami putus di tengah jalan kerana adanya orang yang tak suka hubungan kami. Tapi kami redha dan acik tak akan lupakan dia sampai bila-bila kerana dia seorang perempuan yang solehah dan selalu ingatkan acik solat dan menjadi adab.
Dia memang perempuan yang baik dan berita yang sedih acik dapatkan itu adalah apabila pemergian dia, Allah lebih sayangkan dia . Paling acik sedih adalah dia akan berkahwin bulan depan. Acik dapat panggilan dari papa dia tentang berita nie.Dia terlibat dalam satu kemalangan di highway ketika nak balik ke JB .Padahal baru je awal tahun kami berjumpa sebab dia kenalkan bakal suami dia dengan acik.Ajal dan maut itu memang ketentuan Allah. Dia pernah kata , dia gembira kerana kami pernah berjumpa ,kenal, bercinta dan kami berpisah tapi kami masih lagi berkawan baik.Walaupon kami dah lame terpisah kami tetap kawan baik
Ya Allah kau ampunkanlah dosa dosanya , kau berikan ketenangan kepadanya dan tempatlah dia di kalangan orang beriman. Aku dah maafkan dia ya Allah sejak lama, tak ada dendam di hati ini kerana aku percaya Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuanmu. Ya Allah seandainya masih lagi ada ruang untuknya ya Allah maka berilah ruang itu kepadanya. Semoga dia aman di sana. Kepada Qalif ,tunang arwah syima semoga kuat semangat dan terima ketentuannya. Kepada kawan kawan semua sedekahkan al fatihah kepada Nora Syima Bte Jalil.
18 ulasan:
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Al-Fatihah kepada Almarhumah Syima..
al fatihah :'(
Ohh myyy... Sangat tak suka brita kematian orang yg baru hendak atau baru saja mendirikan rumah tangga. Thats so sad :(( Stay strong bro! She's in a better place already. Salam takziah to her family.
Innalillah.. Al-fatihah. semoga beliau sentiasa tenang disana. salam takziah buah seisi keluarga,
dari DIA kita datang pada DIA kita kembali..takziah untuk semua yang mengenali arwah..semoga dipermudahkan segala urusan buatnya..amin..
Innalillah..
takziah, sedihnya..kita di sini doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang- orang beriman. Al- Fatihah.
innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. moga almarhumah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. salam takziah dari kejauhan.
bro..sabar ye bro.. aku pun turut merasai kesedihan sebagaimana yang kau rasakan...hrm.. banyakkan bersedekah Al-Fatihah dan juga ayat-ayat suci A;-Quran kepada arwah....
Semoga tabah melaui dugaan dari Allah ini. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.
الفاتح Nora Syima Bte Jalil.
pompuan yg penah acik cete sblm ni ke? Innalillah..semoga beliau tenang di sana..
terima kasih vee.. amin
amin terima kasih atas doanya
terima kasih ..amin ya Allah
terima kasih bro , nasihatnye
semoga Allah tempatkan arwah dikalangan org yg beriman...
sedih pula baca entry acik kali ni...terasa keihklasan acik tulis entry ni kot... =)
yup cik canmmy
amin ya allah , terima kasih membaca
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN..Al-Fatihah, semoga almarhumah di tempatkan di kalangan orang2solehah..amin
Catat Ulasan