Assalamualaikum 

 Selamat beristerehat di hujung hujung minggu nie, hari nie acik nak buat satu entry yang simple saje, lagipon hari nie plan nak berdating dengan mak nak teman dia berbelanja. Kebetulan semalam teman mak ke pasar dan terlihat pelbagai jenis sayur dan macam-macam lagi tapi acik tertarik dengan bungkusan surat khabar yang di saluti dengan daun hijau dan apabila di buka terlihat benda putih yang di beri nama tempe

Siapa yang tak kenal tempe, makanan yang kaya dengan zat. Sekiranya budu sinonim dengan orang Kelantan, kimchi sinonim dengan orang Korea, tempe pula sinonim dengan orang Jawa. 

Apabila mengetahui khasiat tempe, pasti kita tidak sangka bahawa orang dahulu lebih bijak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat. Walaupun tiada asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi, mereka dapat mencipta makanan yang berkhasiat malah terkenal sepanjang zaman sehingga ke hari ini.
Ahh jangan tak percaya pulak tempe boleh mencantikkan wajah , sebab nutrisi serta kebaikan yang ada dalam tempe ini memberi kesan yang postif dan pastinya tempe tanpa bahan kimia dan bahan awet 
Sedap tau tempe nie ..favorite acik, lagi-lagi di goreng bersama sambal , di goreng dn di cecah dengan kicap. Sedapnya. Rugi kalau siapa yang tak makan tempe.Begitu klasik tempe nie , harganya murah tetapi penuh dengan khasiat. Oklah malas nak panjangan lebar. jom ketahui khasiat tempe
Jom tengok apakah nutrien yang ada dalam tempe...

  • Vitamin B2 (riboflavin) -  pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, dan tumbesaran sel 
  • Vitamin B12 (cobalamin) - pembentukan sel darah merah dan sum sum tulang
  • Vitamin B3 (niasin) - untuk peredaran darah dan kulit yang sihat
  • Vitamin B5 (asam pantorenat) - penting utk proses pemecahan lemak, karbo & protein kpd tenaga
  • Vitamin B6 (pyridoxine) - pengeluaran sel darah merah dan antibodi
  • Vitamin C, E, karotenoid, isoflavin (antara sumber antioksidan)
  • Protein, karbohidrat, dll...
Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).


2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.


3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.


4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.


5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.


6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!


7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.


8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.


9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).


10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda