Assalamualaikum

Ketika ini memang sedang begang betul dengan sorang mamat nie, rasa nak tumbuk tumbuk berkali. Geram betul jadinya, rosakan mood hari ahad ,sudahlah ada modul di hari ahad di uitm. Fuhh memang bingit rasanya. Ishhh geram betullah...

Cool acik.. bukan apa, pernah tak kamu di tipu kawan baik sendiri ??

Kalau bergurau tu tak pe ,tapi ini menipu untuk teman wanita dia ?? wajarkah ??

Cerita gini, pagi semalam tengah ada modul di Uitm dan tiba tiba dapat panggilan dari seorang kawan acik. Dia dalam keadaan sedih dan macam dengar suara dia menagis. Dia mengadu dengan acik, dia kata mak dia sakit , dia perlukan wang untuk perubatan. Nak tampung kos perawatan mak dia mahal . Dia perlukan RM 1000. Wow banyak tu ,dan dia nak pinjam acik, acik duk terfikir jugak . Kalau acik bagi duit tu pada dia ,acik nak makan apa nanti.. Jadi acik pon hulurkan sedikit bantuan pada dia melalui transfer duit pada waktu petang.

Dan pada pukul 9 lebih malam kawan acik telefon dan bertanya ada tak si A telefon nak pinjam duit kata adik dia sedang sakit perlukan perawatan segera. Dan perlukan RM 1000 , acik pon pening jugak di buatnya.. dan berfikir, rasanya tak ada tapi kalau mak dia sakit tu adalah.

Kawan acik terus menjerit!!, dia kata kita dah kena tipu dengan dia. Acik pon nak pelik juga, kena tipu ?
Kawan acik kata , SI A gunakan duit kami tu untuk belanja awek /girlfriend dia. Sebab petang tadi dia nampak Si A kat shopping complex sedang berbelanja.

Dan acik pon duk usha usha la facebook awek si A nie,, terkejut acik di buatnya bila awek di upload gambar kasut dan hand beg baru dengan "Caption" thanks bee sebab belikan kasut dan hand beg baru nie.. sayang bee.
 
Naik angin jugak, apalagi acik terus telefon si A, ajak jumpe cakap nak bagi duit selebihnya, dan acik plan dengan kawan kawan yang lain. Dia dia datang , apalagi semua datang dekat dia dan pegang dia . Dan apa lagi soal siasat.

Rupanya di mengaku , tipu kami semata mata nak belikan hadiah awek dia, Sanggup guna mak dan family untuk minta simpati orang lain untuk menipu ..Apa nak jadilah... Pening kepada di buatnye. kalau mak ayah di kampung tahu mesti mereka kecewa. Acik hanya mampu nasihat. Soal duit itu pada acik, tu klau nak pinjam cakap elok elok kami faham. Tapi tak seronok sebab jual nama orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Acik tak marah dan tak salah dia pon, mungkin dia terdesak sebab awek dia nak sangat kasut dan hand beg tu. Tapi kita tak boleh menghalalkan cara sedemikian rupa, menipu dan mempergunakan orang lain. Ini untuk peringatan acik sediri juga supaya jangan jadi macam tu.. Semoga dia berubah dan carilah wanita yang dapat terima dia seadanya bukan kerana wangnye dia .Kalau mereka bace anggaplah sebuah pengajaran dan sila pulang duit kami. Wasalam.