Assalamualaikum 
Alhamdulilah ada juga masa untuk acik taip, maaf kerana baru sekarang dapat taip kerana sibuk dengan banyak kerja yang perlu di lakukan , ada recording dan assigment yang berlamabak.. ahh minggu depan cuti, so boleh la lame sikit di blog. Seperti biasa hari jumaat, acik nak kongsikan sedikit kisah tauladan kepda kamu. Harap dapat sedikit pengajaran dari kisah ini
 
Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita 
kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi 
mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak 
Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya. 
 
Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".
       Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:
 
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?" 
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan 
kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke 
masjid untuk bersedekah kepada orang-orang fakir dan miskin.Dan barang 
siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia
 melepaskannya.
 
        Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang 
sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa 
Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an 
sehingga ALLAH membuka kesusahanmu." 
Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan 
Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak 
lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang. 
      "Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj. 
      "Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka. 
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya". 
 
Pengajaran :
3 syarat doa terkabul ialah : 
1-Bersihkan harta dari yang haram.
 
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
 
3-Bertaubat selalu.



29 Ulasan
dpt tambah pengetahuan..
syarat yg diajar oleh Hassan Al Basri sememangnya antara kaedah utk makbulkan doa dengan cepat
Terasa sungguh bahang kepanasan walaupun diketenangan malam sambil menikmati perkongsian yang memberi panduan dan kesedaran buat saya, insan yang lemah dan lalai ini. Terima kasih Acik.