Pengikut

Isnin, 8 April 2013

Adakah Benar Lelaki zaman Sekarang Lebih Memahami Perempuan Berbanding Perempuan Itu Sendiri ?




Assalamualaikum

Hari isnin biasalah mood tak berapa baik, fikiran nie serabut jika teringat terlalu banyak kerja yang perlu di lakukan dan perlu di siapkan . SubhanaALLAH.., tak pelah hidup kena teruskan apa jua halangan dan dugaan dan hadapi dengan tabah ,insyaALLAH.

Ramai sebenarnya yang bertanya pada acik, kenapa lelaki sekarang ini suka menaip tentang isi hati perempuan di facebook dan twitter mahupon di blog ? Adakah dia lebih faham perempuan lebih dari perempuan itu sendiri ??

Acik tak nafikan bahawa ramai orang sekarang post di mana mana saje seolah mereka mengerti hati perempuan, apa yang mereka rasa dan apa yang perempuan alami. Kat sini acik ada 2 situasi yang ingin di kongsikan.

Pertama adalah Lelaki yang memahami perempuan kerana berdasarkan pemerhatian ,pengalaman dari adik beradik atau orang sekeliling dan dari segi pembacaan.Kebiasaanye mereka ini tak mahu melihat perempuan di sakiti.

Kedua adalah orang yang ingin mendapatkan perhatian dari orang sekeliling dan masyarakat. Bila seolah olah dia lebih memahami dri kaum hawa itu sendiri. Dan mungkin juga dia berjiwa wanita. adehhh


Tapi pada aciklah, jangan kita terlalu banyak buat andaian dan pandangan kita sendiri ,lagi lagi berkaitan soal hati dan perasaan. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Kadang bila kita terlalu memberi "judgement" dan andaian kita, pada kita semuanya okey dan "small matter" tapi pada perempuan pekara itu sensitive dan sekecil mana pon pekara ini akan di ambil peduli.

Ada orang kata pada acik perempuan nie pandai sembunyikan perasaan dia terhadap sesiapa saje, kerana setiap perempuan mempunyai sifat dan perangai yang berbeda. Dan perempuan ini penuh dengan misteri..cewahh sebab itu tak payah susah susah nak faham , lagi lagi time couple nie tak payah beria sangat, biarlah ada semangat sikit kita nak cari tahu tentang perempuan tu macam mane , kalau kita duk tahu semua benda nanti bila kawin macam mane pulak ?? nanti cepat bosan dan muak..

Sifat memahami itu memang perlu ada , tapi janganlah terlebih lebih sehingga mendalami seperti memainkan peranan gender itu sendiri. Lelaki dan perempuan memang saling melengkapi tapi  bukan bermakna kita mampu memahami semuanya.

Aahh lebih baik kita bersifat flexible, bila orang bercerita kita dengar, bila orang perlu nasihat kita bagi, bila orang tak mahu kita peduli tentangnya kita jadi neutral.

Akhir kata untuk kaum adam hawa , acik ada sedikit nasihat tentang sayang nie  jom bace di bawah nie :)

kita selalu fikir , " kenapa dia tak sayang aku macam aku sayang dia ,"
tapi pernah tak kita fikir " kenapa kita tak sayang ALLAH macam ALLAH sayang kita ?

Share This!


25 ulasan:

  1. Terbaekk Acikk.. Saya fikir suami lebih memahami dan ambil berat dari saya.. saya fikir hal remeh dan luaran saja.. sedangkan suami byk fikir hal masa depan dan keselamatan isterinya yang nakal ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mieza..suami bnyk fikir untuk isteri

      Padam
  2. Salam Acik,
    Bukan kerana lelaki yg memahami perempuan...Tapi sebenarnya perempuan lebih mudah utk berkongsi masalah, sbb tu asik2 isu dan masalah perempuan ajer yg diutarakan. Lelaki pula lebih suka berdiam diri bersama masalah mereka. Maka...lelaki berilah pandangan mereka kpd yg mengutarakan masalahnya iaitu kaum wanita. So..tiadalah sebenarnya isu siapa yg lebih memahami ini.

    p/s: Yg lebih memahami perempuan adalah ibu mereka sendiri...

    BalasPadam
  3. mmg suka quote yg akhir tu :)

    BalasPadam
  4. sebab tu lah pempuan perlukan lelaki di sisi. lelaki yg dimaksudkan adalah suami. itu yg terbaik. hebatlah sang lelaki itu andai dia dpt memahami hati wanita. kadangkala wanita tidak perlukan seseorg lelaki memahaminya terlalu mendalam. cukuplah si lelaki mampu menjadi pendengar yg baik. tak perlu menjadi seorg kaunselor cukup sekadar wanita tahu yang si lelaki tetap setia mendengar segala masalah dan isi hatinya.. okey

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki yg memahami perempuan dan support dari emosi dan mental ada suami kamu nnti

      Padam
  5. assalamualaikum acik.

    sy pun terasa mcm acik rasa.
    tapi takpe, jangan kita tak memahami mereka sudah.

    tapi heran gak, kalo perempuan tak memahami kita, kita dipersalahkan.

    terasa sakit jiwa dibuatnya.

    takpelah, biar kita sakit hati kat dia dari disakiti mereka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe btul tu.. lelaki lebih pendam rasa :-)

      Padam
  6. setuju dan sangat suka entry acik neh..hmm mmg betul lelaki skrg ni lebih memahami wanita, kdg2 rsa mcm pelik jgk kan, hmm tp dh mmg lumrah sifat wanita kebanyakknya sama saja, when a women say nothing, it means everything lol...hee
    Btw, betul tu, cintakan Allah lebih drp cintakan manusia, kerana Allah takkan pernah buat kita kecewa dan takkan tinggalkan kita keseorangan.. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinta Allah adalah mutlak.. agung dan hebat

      Padam
  7. YEAHH .. ACIK TERBAIKKK LA .. BETOL TU ACIK ..

    BalasPadam
  8. haaa.. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. likes sekali belum tentu suka...likes dua kali...belum tentu sayang...likes ketiga..belum juga cinta...berapa banyak likes sekali pun kalau tak ikhlas kerana Allah....pasti hasilnya sifar ....begitu juga dengan perhubungan sesama manusia...Allah paling sayang kita bila kita lebih sayangkan dia...

    Adakah lelaki memahami...tanya sama hati...disitulah jawapannya...hihi...nanti sambung balik komen...masih ngantok kak cik nie dik..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha boleh saje cik akak.. di persilakan

      Padam
  10. i loike....x smua lelaki memahami prempuan, lelaki yg pham x kan pham ap yg dy pham tntg prempuan..kbykan mereka lebih byk meneka drpd btol2 mmahaminya.

    *women is complicated ^^

    BalasPadam
  11. yeah..betul acik..ayat last mmg tbaik..

    BalasPadam
  12. rasanya lebih kpd kategori kedua tu...hihi utk menarik perhatian kot....tapi mungkin jugak dia dapat info dari mana2 lepas tu share kat FB....

    BalasPadam
  13. tiba2 j tersentuh dgn ayat yg terakhir 2.. hemm.. hu2..

    BalasPadam
  14. adik lelaki saya dulu pun pernah tanya soalan mcm ni.. kenapa lelaki mcm 'tau-tau je' byk benda pasal perempuan? jawapan senang, budak lelaki selalunya no.2, tetapi lelaki dewasa no.1.. lelaki dewasa akan fikir banyak kali sebelum share apa2 kat laman sosial..apapun yg penting ia adalah fakta mengenai seorang perempuan :)

    BalasPadam
  15. Errr...yang ini tak pakar..hehehe..Mungkin betul kot. Sokong dan suka ayat yang bawah sekali itu. Allah dan Rasulullah S.A.W yang utama, insyaAllah..selebihnya Allah yang tetapkan..Cuma kita berusaha.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails