Pengikut

Ahad, 7 April 2013

Sedangkan Permintaan Iblis Supaya Dipanjangkan Umur Sehingga Kiamat Allah Perkenankan, Apatah Lagi Doa Hamba Yang Bersolat PadaNya





Assalamualaikum

Hari ahad , hari yang paling seronok, lagi lagi bila mak datang ke shah alam untuk menjenguk anaknya di perantauan. Memang seronok hehehe melayan ketenah anak sedara yang kian membesar dan penuh dengan pertanyaan.

Sedang acik online, ada seorang rakan facebook dan merupakan kawan sekolah dulu cerita tentang kisah dia, kadang kita baru tahu ada orang lebih susah dari kita nie. Bila dengar cerita orang lain, acik lebih bersyukur dengan apa yang acik ada.Alhahmdulilah.

lama jugak dia chatting dengan acik dan tiba tiba terkeluar perkataan yang dia taip ,dia kata " aku sekarang susah anak sakit, segala iktiyar aku dah buat, dah hantar hospital ,dah berdoa tapi anak aku masih tak sembuh lagi. 

Acik hanya nasihat jangan pernah sangsi dengan ALLAH .. kalau di fikir memang kita akan katakan "betul ke ALLAH akan makbulkan doa kita, ramai umat manusia di dunia"

Ketahui ALLAH maha besar dan maha mengetahui segala hal yang ada di dunia nie.  Allah tak pernah persiakan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. ALLAH uji kita untuk kita tahu tentang erti hidup ,erti pertemuan ,erti perpisahan dan sebagainya. 

Lecture acik pernah cerita ada seorang ustaz nie yang hilang beg dan dalam beg itu ada duit dan barangan yang di amanah oleh penduduk setempat di rumahnya untuk "collect " wang tersebut. Dan ustaz itu dengan tenang di berkata dia akan buat solat hajat selama 3 hari berturut turut memohon dengan ALLAH untuk jumpakan beg tersebut.


Hari pertama ustaz itu katakan dia dah buat solat hajat, seterusnya dia pon berkata sedemikian rupa. Dan hari ketiga, ramai orang rasa ishh kalau dah hilang memang susah nak jumpe mustahil . Tapi ustaz nie istiqamah dan dia katakan dia percaya pada ALLAH dan akan ada orang pulangkan pada hari nie.

Tiba tiba ada orang seorang lelaki datang mencari ustaz tersebut dan berkata terjumpa beg itu.

Begitulah .. kita kena yakin seyakin pada ALLAH.. Jika kita yakin dengan Dia, maka dia yakin juga untuk tolong kita..Sedangkan permintaan Iblis supaya dipanjangkan umur sehingga kiamat Allah perkenankan, apatah lagi doa hamba yang bersolat padaNya :')" 

ambillah cerita ringkas ini sebagai tauladan untuk kita istiqomah dan yakin pada ALLAH . oklah sampai sini dulu, lain kita kita bersembang lagi .. bye bye adios :)


Share This!


24 ulasan:

  1. Berdoa dan yakin lah pada Allah S.W.T. Cepat atau lambat pasti Allah akan makbulkan doakan kita.. Cuma kena bersabar je..


    ~Rindu nak dtg blog Acik..hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ..wahh ada jgk yg rendu kat blog acik nie

      Padam
  2. eeemmm...betul tu acik, keyakinan dan kepercayaan kita terhadap Allah yg akan memberikan seribu kebaikkan...yakin dan yakin

    BalasPadam
  3. Betol apa yang adik cik akak suara tu...jangan pernah menindak ketentuan ilahi...dia uji kita bukan bermakna tak sayang...kerana orang yang diuji itu adalah insan yang paling DIA sayang...Subhanallah....

    untuk kawan adik achik...berdoa berusaha dan bertawaqal insyaAllah Allah pasti bantu kita....Percaya kepada Allah...Percaya kepada qada & qadar...pasti keajaiban yang DIA bagi...maha suci Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nasihat untuk kawan acik :) betul tu percaya qada & qadar..

      Padam
  4. Allah Maha mendengar segala rintihan kita...bukan Allah tak makbulkan doa2 kita...mungkin apa yg kita minta itu bukan yg terbaik malahan Allah akan bagi yg lebih baik dari apa yg kita minta...bersangka baik pada Allah...Allah itu maha penyayang..cuma kita lah jangan pernah berhenti meminta...mintalah seberapa banyak yg kita mahu...ketahuilah bahawasanya Allah akan sentiasa mendengar...

    BalasPadam
  5. BK plak teringt kisah ustaz citer tentg duit gak. seorg hamba itu mempunyai sehelai not 500riyal untuk didermakan sdgkan duit tu dia simpn untuk membeli roti, tapi dgn izin allah bila dia seluk saku ada not 1000 riyal.allah gntikan dgn dua kali gnda duit yg dia dermakan tu. ada lagi 1 kisah terjadi dekat akk BK sendirik.waktu tu dia nak tolong jiran nya yg xd kerja 2 dengan membeli durian dia.padahal dlm purse akk ada not RM10 TAPI BILA DIA CHECK tetibe ada rm50..terkejut ms 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan ALLAH akan beri ganjaran yg setimpalnye

      Padam
  6. Yakin dengan Allah swt adalah jawapan kepada segala galanya In Sya Allah...

    BalasPadam
  7. betul2...asalkan kita berserah, tawakkal dan yakin sepenuh hati kekuasaan Allah, nescaya tiada yang mustahil. Jika doa tidak makbul, bukan bermaskud Allah tak perkenankan, tapi Allah janjikan sesuatu yang lebih baik, percayalah..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali :) Allah rancang sesuatu yg pernah kita sangka

      Padam
  8. bilamana keyakinan kita betul dan shohih pada ALLAH.. di saat kita kesusahan/kesempitan maka akan datang bantuan ghaibiyah iaitu bantuan yg tidak disangka-sangka daripada ALLAH..

    ALLAH Maha Kuasa..Makhluk langsung takda kuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali...ALLAH Maha Kuasa..Makhluk langsung takda kuasa..

      Padam
  9. Salam Acik,
    Tajuk sahaja sudah cukup mengupas keseluruhan artikel.

    Yakinlah...hanya Allah yg berkuasa, Allah! Tuhan yg satu.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas peringatan yg indirectly buatkan wan terfikir bahwa keyakinan yg total tuh penting slps kita susah payah brusaha. Kadang2 wan juga lupa ttg hal ni.. :)

    BalasPadam
  11. allahuakhbar..betapa kita leka, Allah itu maha pemurah..pmberi dn pemakbul doa..thanks aciK for tis awesome post

    BalasPadam
  12. yup betul tu...kena yakin pada Allah....:)

    BalasPadam
  13. yes..think positive kepada ALLAH :)

    BalasPadam
  14. Sangat2 betul..Kalau kita betul2 bulatkan hati kita untuk Yakin Pada ALLAH..pasti insyaAllah, Allah akan tolong kita. Sungguh2 yakin..saya percaya dan yakin pada Allah..betul2 Allah makbulkan doa saya..Allahuakbar.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails