Pengikut

Sabtu, 6 April 2013

Adakah Perempuan Akan Menerima Lelaki Yang Hanya Menggunakan Pengangkutan Awam Untuk Kesana Sini ??





Assalamualaikum


Hari sabtu nie kebiasaanye adalah hari berehat dan melepak di rumah, tapi acik nie nak katakan tiap tiap minggu penuh dengan program. Hari ini acik ada KI (Kemahiran Insaniah) di Uitm, satu hari tu sampai petang. Assigment semakin banyak, minggu ke 7 nak kena hantar semua assignment tersebut. Ahh hari nie acik nak bertanya dan berkongsikan sesuatu kepada kamu semua.

Okey kepada kaum hawa , adakah kamu akan menerima lelaki yang menaiki bas ataupon menggunakan pengangkutan awam sebagai orang terpenting dalam hidup kamu ?? nak pergi ke sana sini menaiki bas, KTM untuk jalan jalan . Sanggup ke ada boyfriend seperti itu ??

Kadang acik terfikir, perempuan yang kerja kilang, kerja kedai bungga, kedai kasut dan di mana saje. Apabila si lelaki itu jatuh hati pastinya cuba di dapatkan dan terima si dia seadanya. Tak kisah pon perempuan tu macam mane walaupon setakat kerja kedai bungga,tak pernah di pertikaikan. Tetapi bila lelaki pula, selalu di pertikaikan dalam sebuah perhubungan bila lelaki itu belum berkemampuan seperti orang lain yang ada kereta.

Bukan apa, sebenarnya ini situasi yang acik alami. Pergi sana sini, orang duk tanya acik pergi kelas naik apa ?? nak pergi jalan jalan naik apa ? jawab acik mudah naik KTM dan bas. Kalau ada kawan yang baik hati amik acik di kolej jati dan pergi sekali.  

Mereka selalu perli acik, ishh naik bas ?? tak malu ke ?? biasanya perempuan saje yang naik bas ? Dan macam macam kata perli yang acik dapatkan. Yelah takpelah kamu semua mampu pergi kelas nak motor dan kereta. Sepatutnya kamu bersyukur dan bukannye nak mempersendakan kami ini. 

Dan satu lagi dalam perhubungan, acik pernah test beberapa perempuan untuk melihat sejauh mane erti "boleh terima seseorang seadanya" . Pernah satu hari tu, ada seorang perempuan cuba nak berkenalan dengan acik , dan kami selalulah mesej. Dia pernah ajak jumpe, tapi acik menolak , acik berikan pelbagai alasan. Kali kedua dia ajak acik keluar lagi, acik pon setujulah, dan dia tanya dia nak acik ambil dia kat rumah dia pukul 9 pagi. Acik kata acik tak ada motor atau kereta ,kita naik bas.. lepas dari tu terus senyap tanpa kahbar berita.


Kedua , acik ada kenal seorang perempuan ini , kami bersebelahan fakulti saje, dia selalu tegur acik di facebook, nak katakan setiap hari kami mesej, acik pon pelik jugak dengan dia nie.Dan pernah satu hari dia tanya acik, saya rasa saya nampak awak , masa tu awak naik bas ehh pergi kelas ?? Acik pon jawab aahh, teruskan dia kata ..ishh tak nak ... malu kalau ada pakwe setakat pergi mana mana naik bas.

Hina sangat ke naik bas tu ?? Honestly acik ada motor tapi acik biarkan adik acik guna motor tersebut untuk praktikal dia kerana tempat tinggal dia jauh dari hostel dia. Dan acik tak kisah sama sekali kalau nak naik bas atau guna pengangkuatan awam kalau nak kemana kemana.

Yela kalau boleh nak ada pakwe yang ada kereta, motorsikal  senang nak angkut ke sana kemari. Tapi kalau harta mak bapak baik tak payah, berlagak tak bertempat. Takpelah mungkin sekarang ini boleh kau hina kami yang menaiki bas nie,. Dan jangan satu hari nanti bila kami dah berkemampuan ,pandai pula nak terhegeh hegeh. Fuhhh teremosi pulak hahahaa 
 
Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat  sombong  dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
 
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia  menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).

terlalu klise perkataan terima seseorang seadanya.Sekarang nie memang acik tak berkemampuan lagi..insyaAllah satu hari nanti acik akan dapat apa yang acik mahukan. Bukan acik tak boleh nak sediakan semua tu , tapi acik tak mahu ajar diri acik untuk dengan mudah dapat sesuatu ..kita tak akan menghargai. Bila kita hasil dari titik peluh sendiri baru ada feel .okeylah sampai sini dulu, adios :)

Share This!


31 ulasan:

Asiah Aisa berkata...

Perempuan yang pandang harta je bersikap mcm tu

Budak Kampung berkata...

BK lgsg xkisah pon jnji pandai berdikari dan ada motivasi hidup

baby comel berkata...

Rasanya kalau kt area bandar tu kalau naik pegangkutan awam bukan menjadi isu besar lah acik. Ada kereta besar pun kdg2 park je kat rumah sbb lebih mudah naik pngangkutan awam ni. Kan betul x? Tapi kalau kt are luar bandar, kampung2 mungkin sukar sikit la. Susah nk bergerak. But for me no issue. Skg munkin blm mampu. Esok2 haaaa kau jet pejuang u bg kat i. Kekekke.. Kita gurau je acik.

||aLeaSaRa|| berkata...

slm pagi acik!hurm akk dulu2 x pnh fikir pun org yg nak kenal n tackle akk tu ada transport sdri atau x,sbb mn tau kot kalau dia berlagak tayang krta pun,.itu krta sewa ke...pinjam mak punya ke..kan...kan...?bg akk yg penting ada pljrn,ada kerja tetap,jaga solat.

adatlah ppuan nk tgk lelaki tu ekonomi kukuh ke x,melalui apa yg zahir di mata.bg yg dh pakai krta/mtr tu kiranya mcm dh pandai manage duit,manage life.akk dulu pnh dpt kwn dgn anak org sng,tapi mak dia didik nk apa2 cr sdri duit n usaha.lg pun mak dia pun ada psn ppuan zmn la ni lain mcm skt.suka pdg harta je dulu,br karakter.tu sbb sapa kawin sbb nk tmpg sng n bergaya,kdg2 cinta pts di tengah highway ye murid2...

ofcemate lelaki akk akauntan,dr fmly sng,tp dia pakai satria neo je.satu hr tu dia nk cpt gi maybank bangsar,so pjm mtr ofcemate.blk2 je ofce dia kata ms naik mtr xda sorg pun awek pdg dia!ms naik neo perghhh awek terkebil2 nk ngorat.dia ni lak muka iras2 aaron aziz.itu buktinya ppuan x ksh paras rupa hensem/tak,yg penting ada gaya,mutu dan keunggulan.

#kak lea doakan acik dpt psgn yg solehah,yg x ksh kgsi suka duka ssh sng bersama chewahhh ^^

Iha Zaliza berkata...

hehe, tiba2 rasa nak taip panjang sikit..

bagi sy la, sy tak kisah pun lelaki tu mcm mana.. sy suka org lelaki yg tau apa yg terbaik utk diri dia.. contoh kalau dia takde motor atau kereta, tp dia usaha jugak naik pengangkutan awam ni.. sekurang2nya dia usaha cari alternatif lain.. kat luar sana, sy ada jumpa lg ramai manusia yg pandai menyusahkan org lain dari survive sendiri..

dan bila acik buat entri ni baru sy teringat.. dulu mak dgn abah berkenalan kat bas jgk.. mak kata pergi sembang dgn abg dia kalau nak tanya apa2.. abah pun dgn gamble je berkenalan dgn abg mak (ayah sedara sy) abah bukan org senang, tapi mak terima seadanya.. 15 tahun kahwin baru abah dapat beli kereta.. kalau betul suka sama suka, mesti boleh cari rezeki sama2.. baru romantik..

Nao Mei berkata...

mungkin cik akak datang terlambat nak komen kat sini..hahaha...rupanya cik akak bangun ari dah kesiangan..hihi....stop melalut jap...


berbalik kepada isu di atas...cik akak suka entri adik acik nie....

Wanita zaman sekarang memang memandang harta & pangkat dik....memang betol..cik akak tak perlu menindak...hakikat intulah realiti kehidupan....Tapi mereka wanita sebegini memang tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki....Hati mereka telah dibutakan dengan harta kekayaan & pangkat @ darjat...Tapi mereka lupa,,,,kaya atau miskin, tak de pangkat atau ade pangkat semuanya sama disisi Allah S.W.T...Kenapa cik akak cakap sama..

contohnya kat sini....Bila hidup pakai baju...ooi mak ...kain sutera, kasut jenama, kereta ada, duit penuh pokei..dan banyak lagi....Tak guna kalau ade harta past lupa yang tersayang (ALLAH S.W.T)......

Bila mati esok lusa....semua tu tak dapat naka bawa bersama...cuma yang kita bawa amalan dan imam kita.....

Yang paling penting, bila mati guna kain kapan yang sama...warna putih yang suci dari segala....kain kapan tak pernah membezakan siapa kita di sisi Allah.....beringatlah...

Untuk adik kesayangan cik akak nie...

Bersyukur lah dengan apa nikmat yangh Allah bagi kat kita dik...tak perlu kita nak menyombong diri walau itu cuma pinjaman sementera untuk kita...cik akak suka cara adik...saling ingat family...insyaAllah acik pasti menjadi kepala keluarga yang bertanggungjawad dan hormat orang tua....

Carilah wanita yang sentiasa hidup dalam kesederhaan dik...sederhana dalam setiap hal berkaitan dengan duniawi..dan melebihkan akhirat..InsyaAllah Keindahan duniawi pasti dirasa dengan amalan akhirat...

Bagi cik akak, orang guna pengangkutan awam nie lebih kaya dari yang pakai kereta..hihi..mana tak nya...kita boleh bagi duit hari-hari kat makcik tiket tu..hahaha...

Yang pakai kenderaan sendiri tu...kompem poket kosong tiap-tiap bulan...banyak belanja...hahaha

cik akak pun guna pengangkutan awam juga...hahaha....motor ade tapi tak reti nak bawak..hahaha

Nao Mei berkata...

maaf komen cik akak panjang berjela..boleh buat satu entri khas untuk adik acik..hahaha..jadi isu soal jawab sudah..hihi

Nina Zee berkata...

Salaam...
1st time komen d blog ni... Saje nk kongsi pengalaman sendiri....
Tk sume yg pndang harta tapi yg kita thu duit tu benda penting kn?
Sy berkahwin pada usia 22 thn, baru hbs degree time tu, suami plak student degree jgk... Transport utama kami bus & LRT... suami berulang alik dr gombak ke kajang tuk jumpa sy...
2 jam perjalanan.... Sy nmpak keikhlasan dia berkawan... 5 bln lps tu kami nikah & still naik bus & LRT kemana2... Bqyangkan sebulan selepas berkahwin sy disahhkan mengandung.... Alhamdulillah... Kami masih blom mampu bk beli kereta.... Hingga anak kami lahir... Kami masih gunakan bus & LRT.... Naik turun stroller anak kami bawak... Pernah la suami tanya sy bahagia ke dgn dia.... Suami slalu mtk maaf sbb tk mampu lg nk belikn kereta.... sy tk pernah letih sbb kena naik turun bus... As long as suami n anak ada bersama...
Smpai skrg kami dah berkahwin 2 tahun lebih akhirnya suami mampu belikan kereta.... Kasihan katanya sbb saya mengandung anak kami yg kedua... :-) Alhamdulillah.....

Walaupun harta itu yg dicari tp kasih sayang yg sejati tak mungkin dpt dijual beli......

Affy Afiqah berkata...

Assalamualaikum wbt...

Terpanggil untuk mencoret sesuatu juga di ruangan comment ini. Sebelum nie just baca je posts acik :)

Acik, to be honest, bukan semua perempuan macam tu. Mungkin jugak, sesetengah sahaja yang macam tu. Yang terlalu memandang pada harta, benda, kekayaan. Materialistik. Tapi masih ramai lagi kat luar sana yang tak kisah pun semua tu. Buktinya, acik pun boleh baca sendiri daripada comment2 pembaca acik.

Kalau pengalaman ika sendiri, ika pernah and OK je naik bus, naik KTM, naik public transport dengan tunang ika setiap kali nak balik cuti dari campus di Selangor ke Melaka (ika) dan Melaka ke Johor (tunang ika). Atau bila kami nak keluar makan, beli barang and lain lain dalam kawasan campus, kami akan berjalan kaki sahaja. Tak kisah laa jauh mana pun kena jalan. It's not a problem for me. Tak jadi masalah pun pada ika untuk menerima lelaki yang tak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke mana-mana.

Sebelum bertunang pun, ika memang dah tahu si dia tak berkereta ke campus cuma bermotor, itu pun hilang masa kamii di tahun kedua pengajian sebab motor dia kena curi. But then, ika tak pernah pulak ajak dia ke mana-mana naik motor. TAK PERNAH! Takkan sesekali ika naik motor dengan bukan mahram selagi belum halal. Ika still ok je pun naik public transport dengan si dia. Sebelum kenal pun ika memang ke sana sini dari campus naik bus and KTM. Alhamdulillah, hubungan pertunangan kami pun bahagia sampaii sekarang, sedang bersedia untuk proceed to the next step dah(nikah). :)

Yang penting, hati kita nie sebenarnya, acik. Kita ikhlas atau tak untuk bersama dengan seseorang tu. Bila kita ikhlas, kita jujur terima dia, kita tak kisah pun life background dia macam mana sama ada dia ada kereta ke motor ke etc.

Kalau kita berkenderaan semata-mata untuk menarik perhatian perempuan, untuk apa? Tak ada gunanya pun nak menunjuk. Ika pun pernah jugak jumpa lelaki yang macam tu, nak tackle perempuan gunakan kemewahan yang dia ada.

Kesederhanaan itu lebik baik. Menunjuk-nunjuk nie buat orang menyampah je ada laa acik. Perempuan pun ramaii je yang tak suka lelaki jenis menunjuk-nunjuk kemewahan nie.

Jodoh, Allah swt dah tetapkan untuk kita semua. Mungkin acik belum jumpa lagi pasangan yang betul betul menerima acik seadanya. InsyaAllah, satu hari nanti pasti jumpa. Ika doakan acik jumpa jodoh baik baik.

Semoga terus berkarya. :)

Seneorita Baharin berkata...

kena laa terima seadanya kan, mungkin skrg die xmampu sbb masih belajar, nnt bila dh nk kawen mesty laa lelaki tu berusaha nk mngumpul hrta tambah2 kenderaan kan, kalo sekarang ni si dia xde kenderaan terima jela kan, xde salah pun kalau nak bas or ktm ke, yang penting hati mesty ikhlas utk menerima seseorg...Kalau yg pandag kpd harta tu, makna kata die mmg materialistik..kalau sebelum kawen dah pandang mcm tu, nnt kawen xtau la kan, nak macam2 apa..huhu

shuhaida saad berkata...

terimalah si dia seadanya.. tak kira la ada kenderaan sendiri atau tak. sekarang masing-masing masih muda, nak enjoy, maybe. tapi bila dah matang, ada niat nak bekawin, dia akan berusaha untuk senangkan org rumah dia. xkan la dia nak biar anak bini naik moto sampai ke tua.

kalau hantaran kawin 10k dia mampu sediakan walaupun terpaksa ikat perut. mesti lebih dari tu dia mampu lakukan.

sebenarnya semua ni, terletak dalam diri masing2. kalau kita ikhlas, apa pun boleh kita terima. tp kalau memandang harta kekayaan. tak lama kasih syg tu.

Aku Penghibur berkata...

memang pon ... ishh ishh

Aku Penghibur berkata...

alhmdulilah jika benar

Aku Penghibur berkata...

hehehe tulah .. x pe sabar sikit jer :)

Aku Penghibur berkata...

amin mudah mudahan.. thanks sharing ceritA NIe termotivasi diri ini

Aku Penghibur berkata...

wahhh romantiknye... tengok cinta dalam bas :)

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah.. thanks sharing ... wow acik termotivasi.. cinta seadanya itu wujud :) subhanaALLAH

Aku Penghibur berkata...

amin mudah mudahan.... wahh so sweet.. nice kamu berdua ..semoga ALLAH kekalkan jodoh kamuu berdua

Aku Penghibur berkata...

itulah... minta di jauhkan perempuan jenis tu... :)

Aku Penghibur berkata...

betul tu .. paling penting ke ikhlasan :)

cik nAd berkata...

x pernah terpikir cm tu pun. sekarang maybe naek public transport. esok lusa maybe ade rezeki naek keta mewah pulak. kan? ;)

Alifah Mahir berkata...

salam,saya terpanggil untuk memberi komen.Pada pendapat saya, saya tak kisah jika lelaki tersebut tidak mempunyai kenderaan sebab saya pun tidak ada lagi kenderaan sendiri. Saya hanya tengok prestasi lelaki tersebut sama ada dia nie jenis yang rajin berusaha atau malas berusaha.Jika rajin berusaha,insya-allah nanti ada kemajuan dalam hidup dia.Jika malas berusaha,insya-allah tersungkur lah dia dalam hidup dia.Bagi saya, orang yang pernah menaiki pengangkutan awam ini sahaja yang faham dengan kepayahan orang yang tiada kenderaa. Apa-apa pun saya bersyukur kerana di Malaysia, prestasi pengangkutan awam sentiasa dipertingkatkan dan ia mengajar saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Plus,saya tak stress kalau traffick jam sebab bukan saya yang bawa kenderaan. Fenomena sekarang yang saya perhatikan adalah ramai orang yang berkenderaan memilih menaiki pengangkutan awam disebabkan masalah jam beserta parking berbayar. Plus, naik pengangkutan awam ini bagus untuk kesihatan compared to orang yang ada kenderaan sendiri. Harap awak tak kecil hati dengan layanan segelintir perempuan yang begitu. Jadikan ia sebagai kekuatan untuk majukan diri dalam hidup.Apa-apa pun fikir postif.

namiacinta berkata...

apa nak malu naik bas atau ktm ... rasanya lagi jimat masa kalau naik ktm kan kan kan ... sbb mia pergi mana2 pun naik ktm je .... mia lebih suka kalau keluar naik ktm sbb boleh luangkan banyak masa borak2 .. kalau drive kena tumpukan pada jalan rasa jadi nak borak2 pun rasa cam tak berapa nak best .....

Hatimi Tahirruddin berkata...

hehehe mmg ada perempuan yg camtu bro...aku pon pernah kena dulu...kenal2 dalam YM je...sekali dia suruh datang jumpa dia...lepas tu siap tanya kalau nak dtg nak naik apa...aku dgn selamba jawab naik bas....seperti yg boleh dijangkakan perempuan tu terus tak reply dah mesej...haishh entah la... tu peristiwa 7, 8 tahun lepas....kalau sekarang ni rasanya lg ramai kot perempuan yg materialistik...haha

Hatimi Tahirruddin berkata...

@Nina Zee... sy respek dgn awak...patut remaja2 lain boleh ambil contoh dari cerita awak ni....

Nina Maslizza berkata...

nasib Acik kenal masa belum ada kereta kalau tak, ACIk tak tahu dia jujur atau tak dgn Acik... for me,kereta memang penting sebab akan memudahkn n selalu guna.tapi dah tak de,redha je.semua tu tak menjaminkn kebahagiaan.dpt2 suami kaya,tapi tak tahu agama ==" ..read tis..dah lama tulis.. ttp://ninamaslizza.blogspot.ru/2012/12/masihkah-ada-pemilik-mahar-tinggi.html

teratai berkata...

Sekarang ni kemudahan pengangkutan awam makin baik so baik manfaatkan untuk keperluan kita. X perlu fikir pandangan org lain, yg penting kita suka n selesa :)

Mohd Ridzwan Abdullah berkata...

Wowww...mmg hot topik jugak ni kan...Anyway, itulah lumrah hidup. Ramai cewek2 muda2 skrg nmpk mcm tuh dimana mereka agak mementingkan perkara dengan memandang enteng laki2 yg mcm tuh. Diakui bukan semua populasi wanita atau pompuan bersifat sedemikian. But then, wan pun penah alami mcm acik. Sapa pun xpandang. Wan tak kisah...maklumlah, student life kan. Kalau dah keja tuh lain la. ANyway, sabar jer acik...your time will be coming soon. Everyone has the same experience...For me, it's good to guide us to be more thankful when we have a better life later. That's more important. Trust me...Ok. :)

cik kaki ketawe berkata...

sebagai perempuan sy rasa tak kesah kot naik bas ke apa...kalau tengah belajar sy tak heran lah..sy sendiri masih belum ada aset sendiri macam kereta atau pun motor...pada sy material tu boleh di cari...masa akan datang mungkin lelaki tu lebih maju dalam hidup dia...zaman belajar biasalah kalau nak bas ke apa ke...

Tp jika hidup bekerluarga sy rasa sy tetap kena ambil berat juga...bukan lah sy berhajat nak pasangan yg kaya raya...cukuplah dia mampu tanggung sy sekeluarga..kalau suami sy nanti tak mampu mungkin sy akan bantu dia...

Bahrain Ramlan berkata...

perempuan skrang lebih penting materialistik...takot dhimpit kemiskinan...perempuan yang betul2x suka lelaki mesti ikhlas dan menerima apa juga latar belakang lelaki tersebut. apa pun yang penting kasih sayang.

Nurul Aini berkata...

Kalau masih belajar dan belum mempunyai keluarga..saya rasa tak ada masalah pun nak naik kenderaan awam. Lagi bagus sebenarnya. Lagi nampak dia bersungguh-sungguh dan rajin. Bukan tahu nak hidup senang je memanjang. Kalau dah berkeluarga, mungkin kenderaan ini satu keperluan, bak kata ustaz azhar..kalau ada motor ataupun kereta bila dah berkeluarga ni memudahkan urusan. Misalnya untuk hantar isteri mahupun anak waktu2 sakit.

Kemampuan seseorang berbeza kan..cuma perlu ada usaha je. Masih belajar tak perlu kot nak risau pasal kenderaan ni..Saya respect orang naik bas, sebab faham betapa sukar dan letihnya naik bas nak ulang-alik. Semangat kita berbeza dengan mereka yang naik kereta dan motor. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails