Assalamualaikum
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, marilah kita sinari dengan kisah kisah yang mampu memberikan kesedaran terhadap kita. Seperti biasa acik kongsikan cerita cerita tauladan untuk kamu semua. Tak kisah walaupon kamu kata pernah bace beribu puluh kali pon, kerana kisah ini tidak akan luput dek masa.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan
didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah
timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke
dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai
Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan
matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut
kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya
dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana
takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah
selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa
pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan
mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua
umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat
berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada
buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi
menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman
api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut
bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun
perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi
dengan ucapan, "Diriku, diriku
(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali
hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa
itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi
Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak
orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya
engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu
kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu
menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya.
Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah
kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka
padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
"Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata
orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah
S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar
engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin
Allah S.W.T.
19 ulasan:
Alhamdulilah ... bagus pagi3 nie dapat baca entry macam nie,,,,
mselim3
Salam Acik,
Hari Jumaat yang mulia ini bertambah bermakna tatkala mendapat tazkirah yang memberi pengajaran dan peringatan. Sesungguhnya tiada yang apa lebih kita sayangi dan takuti, hanya Allah SWT.
entri yang bermanfaat untuk hari jumaat yang mulia ini. Moga dapat memberi pengajaran kepada semua yang membacanya
Salam jumaakt ku hulurkan...
tak rugi cik akak singgah sini...banyak ilmu cik akak dapat...
Begitu indahnya kita umat nabi Muhammad S.A.W.. Allah S.W.T tak pernah jemu menyayangi kita..apa salahnya kita pula didik hati kita untuk menyayang DIA...SUBHAALLAH...
entry sgt bermkna tuk semua ni...
muhasabah diri
alhmdulilah :)
Wslm.. tepat sekali :) ... ALLAH paling sayang kita.. dan kita perlulah takut kepadanya
amin ..alhmdulilah jika dapat sesuatu :)
wslm :) betul tu Allah S.W.T tak pernah jemu menyayangi kita..apa salahnya kita pula didik hati kita untuk menyayang DIA.
alhmdulilah
jom muhasabah diri :)
betul2...kalau nangis masa tu,,sapu dekat muka..sapu kat mana2 y dapat...d haramkan api neraka sentuh bahagian tu
salam jumaat acik...Nice sharing acik..Sama2 kita muhasabah diri utk mnjadi yg lebih baek.. :') May Allah bless u..
perkongsian yg baik bro...:)
Entri yang dapat muhasabahkan diri yang semakin lupa dengan tujuan sebenar hidup. Terima kasih, Acik sudi berkongsi! :)
Perkongsian yg baik acik.. dulu kalau tgh berdoa, sy akan tahan menangis.. tapi ada hamba Allah yg menegur.. menangis kerana Allah itu bagus, tandanya kita masih rasa takut, bersalah dan berdosa padaNya.. kalau kita tak nangis yang bahaya, petanda awal hati kita dah keras, wallahu'alam..
Best sgt baca..sbb xpernah baca lg kisah ni..terima kasih sudi kongsi..
SubhanAllah..kerana air mata. Air mata kerana Allah dapat memadamkan api neraka..Ada nasyid mengenai air mata ni.
Catat Ulasan