Assalamualaikum


Hari sabtu nie kebiasaanye adalah hari berehat dan melepak di rumah, tapi acik nie nak katakan tiap tiap minggu penuh dengan program. Hari ini acik ada KI (Kemahiran Insaniah) di Uitm, satu hari tu sampai petang. Assigment semakin banyak, minggu ke 7 nak kena hantar semua assignment tersebut. Ahh hari nie acik nak bertanya dan berkongsikan sesuatu kepada kamu semua.

Okey kepada kaum hawa , adakah kamu akan menerima lelaki yang menaiki bas ataupon menggunakan pengangkutan awam sebagai orang terpenting dalam hidup kamu ?? nak pergi ke sana sini menaiki bas, KTM untuk jalan jalan . Sanggup ke ada boyfriend seperti itu ??

Kadang acik terfikir, perempuan yang kerja kilang, kerja kedai bungga, kedai kasut dan di mana saje. Apabila si lelaki itu jatuh hati pastinya cuba di dapatkan dan terima si dia seadanya. Tak kisah pon perempuan tu macam mane walaupon setakat kerja kedai bungga,tak pernah di pertikaikan. Tetapi bila lelaki pula, selalu di pertikaikan dalam sebuah perhubungan bila lelaki itu belum berkemampuan seperti orang lain yang ada kereta.

Bukan apa, sebenarnya ini situasi yang acik alami. Pergi sana sini, orang duk tanya acik pergi kelas naik apa ?? nak pergi jalan jalan naik apa ? jawab acik mudah naik KTM dan bas. Kalau ada kawan yang baik hati amik acik di kolej jati dan pergi sekali.  

Mereka selalu perli acik, ishh naik bas ?? tak malu ke ?? biasanya perempuan saje yang naik bas ? Dan macam macam kata perli yang acik dapatkan. Yelah takpelah kamu semua mampu pergi kelas nak motor dan kereta. Sepatutnya kamu bersyukur dan bukannye nak mempersendakan kami ini. 

Dan satu lagi dalam perhubungan, acik pernah test beberapa perempuan untuk melihat sejauh mane erti "boleh terima seseorang seadanya" . Pernah satu hari tu, ada seorang perempuan cuba nak berkenalan dengan acik , dan kami selalulah mesej. Dia pernah ajak jumpe, tapi acik menolak , acik berikan pelbagai alasan. Kali kedua dia ajak acik keluar lagi, acik pon setujulah, dan dia tanya dia nak acik ambil dia kat rumah dia pukul 9 pagi. Acik kata acik tak ada motor atau kereta ,kita naik bas.. lepas dari tu terus senyap tanpa kahbar berita.


Kedua , acik ada kenal seorang perempuan ini , kami bersebelahan fakulti saje, dia selalu tegur acik di facebook, nak katakan setiap hari kami mesej, acik pon pelik jugak dengan dia nie.Dan pernah satu hari dia tanya acik, saya rasa saya nampak awak , masa tu awak naik bas ehh pergi kelas ?? Acik pon jawab aahh, teruskan dia kata ..ishh tak nak ... malu kalau ada pakwe setakat pergi mana mana naik bas.

Hina sangat ke naik bas tu ?? Honestly acik ada motor tapi acik biarkan adik acik guna motor tersebut untuk praktikal dia kerana tempat tinggal dia jauh dari hostel dia. Dan acik tak kisah sama sekali kalau nak naik bas atau guna pengangkuatan awam kalau nak kemana kemana.

Yela kalau boleh nak ada pakwe yang ada kereta, motorsikal  senang nak angkut ke sana kemari. Tapi kalau harta mak bapak baik tak payah, berlagak tak bertempat. Takpelah mungkin sekarang ini boleh kau hina kami yang menaiki bas nie,. Dan jangan satu hari nanti bila kami dah berkemampuan ,pandai pula nak terhegeh hegeh. Fuhhh teremosi pulak hahahaa 
 
Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat  sombong  dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,
 
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia  menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).

terlalu klise perkataan terima seseorang seadanya.Sekarang nie memang acik tak berkemampuan lagi..insyaAllah satu hari nanti acik akan dapat apa yang acik mahukan. Bukan acik tak boleh nak sediakan semua tu , tapi acik tak mahu ajar diri acik untuk dengan mudah dapat sesuatu ..kita tak akan menghargai. Bila kita hasil dari titik peluh sendiri baru ada feel .okeylah sampai sini dulu, adios :)