Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi di berikan kesempatan bernafas di bumi Allah ini, hari ini acik akan pulang ke Kota Tinggi dan minta maaf kalau tak sempat nak blog walking ke blog kamu semua yer, mane yang sempat saje :). Dan acik nie bukanlah ustaz yer, tapi kalau nak tanya apa boleh dan acik akan tanyakan pada ustaz kenalan acik. Dan hari ini acik dapat satu pertanyaan  ini.


Walaikumusalam, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ,jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar benar (taubat nasuha).Dan taubat itu hanya yang mengetahuinya adalah kamu dan ALLAH. Alhamdulilah kalau betul dah bertaubat tapi biarlah bertaubat dan merubah segala cara hidup yang biasa di amalkan itu secara peringkat beringkat. 

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara ataupon secara peringkat beringkat dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Dan acik pernah menonton cerita ketika cinta bertasbih bersiri dimana ada seorang lelaki penzina bertanya kepada ustaz , Adakah lelaki penzina hanya berhak mendapatkan perempuan penzina juga dan tidak layak untuk perempuan solehah ?

Jawab ustaz itu, lelaki yang tidak baik untuk perempuan yang tidak baik juga dan sebaliknya tetapi Jika kita berubah diri dan istiqamoh dalam perubahan yang kita lakukan, maka ALLAH akan hantarkan mereka yang juga berusaha ke arah kebaikan untuk kita. Selain itu,seorang lelaki/ perempuan yang soleh dan solehan juga manusia yang mempunyai perasaan dan insyaALLAH jika jodoh kamu maka dia akan terima kamu seadanya.

Dan paling penting yakin dengan ALLAH dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama. Taubat nasuha itu perlu .Dan berdoa kepada ALLAH dan jangan putus asa.

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.