( gambar dari google dan tak berkaitan )



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip di blog kesayangan acik dan dapat pergi ke blog rakan rakan blogger yang acik hormati dan segani. Pilihan pon kian tiba ,wahh apa lagi tengok di mana saje dah ada bendera , best cantik!!! hehehe sebenar best bila tiba pilihan raya nie dan ini kali pertama acik pilihan raya acik rasa sendiri sebagai sebagai pengundi, hehe tahun pertama sebagai layak mengundi.

Hari ini acik bukan nak cakap tentang politik , dan tak mahu sebenarnya tapi hati ini agak terkilan dengan sesama kita . Yelah dulu pernah satu kes di mana satu pasangan bercerai sebab lain parti. Baru baru ini pula di tetak sebab bendera. 

Ya ALLAH , tak kisah apa pon yang kamu pilih dan kamu rasa betul tapi janganlah sampai berlaku keganasan dan melampaui batasan norma kehidupan. Kata undi rahsia tapi kenapa perlu jadi macam gini ? tak kisahlah apa ideologi yang di terapkan dalam sesebuah parti tu tapi nilai kemanusia dan saling menghormati itu perlu.



Pagi pagi lagi acik dah nak nampak orang update status yang bukan bukan. Sebab parti kawan baik bergaduh ? sebab lain parti ?

Kalau aciklah , tak kisahlah dia parti mana sekali pon dan dia nak sokong pe pon biarlah asalkan persahabatan di jaga. Kita kena saling menghormati pilihan sesama rakan, kalau dia pilih mungkin dia rasa itu yang terbaik untuk kita dan kita pilih parti ini ok jelah dah tentu kita ada pilihan kita sendiri.

Acik tak berniat tulis panjang nanti ada pihak yang terasa pula, sebelum tu acik nak minta maaf, acik printscreen bukan niat acik untuk menjatuhkan sesiapa saje tapi untuk berikan kesedaran kepada semua.

memutuskan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin adalah berdosa besar. Dalam ayat Al Quran ada dijelaskan: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka". (Muhammad 22 -23) 


"Tidak halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana kedua orang yang saling bermusuhan itu beerti keduanya telah berpaling daripada hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai beerti tertebus dosanya dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga selamanya"

(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)