Assalamualaikum
Alhamdulilah sekarang semakin ramai orang yang melakukan perubahan ,semoga dari baik menjadi lebih baik. Acik tumpang gembira apabila melihat perubahan artis di dalam malaysia yang mula berhijrah ke yang lebih baik tapi bukan hanya untuk berpolitik. Berhijrah kerana Allah itu adalah yang terbaik. Ramai juga rakan rakan acik dah mula memakai tudung dan melonggarkan pakaian mereka. Berbeza dari dulu, alhmdulilah beruntung kamu di berikan hidayah oleh Allah.
Tadi duduk bersembang dengan seorang rakan facebook yang ingin sangat ceritakan pengalaman secara depan depan dengan acik . Dia mencerita bagaimana dia mendapat hidayah Allah melalui mimpi. Syira berkata
Mimpi ini dah 3 kali Syira hadapi, pada mulanya Syira ingat semua ini hanyalah mainan mimpi . Syira tak dapat lupakan mimpi tersebut, Dalam mimpi tersebut Syira melihat api menjulang tinggi, Syira berada di tengah tengah kelilingan api, syira nampak di sekeliling syira ada kawan kawan syira , kakak, abang, adik ,mak dan abah syira,
Tapi mereka hanya melihat syira dan ketawakan syira. Mereka kata, dulu aku pernah nasihat kau ,tapi kau degil sebab kau kata itu hak kau untuk tidak menutup aurat.Abah syira dalam keadaan terseksa .Dan dia kata.. syira tolong abah.. abah dah banyak kali pesan jaga auratmu nak.. sanggup lihat abah terseksa ??
Saat itu syira hanya mampu menagis dan menagis, keadaan sangat panas, syira rasa rambut syira seperti terbakar dan berapi , Syira puas berlari tapi api itu semakin dekat dengan syira. Saat itu kepala syira rasa panas sangat dan rasa bahang api. Syira ternampak al quran, Syira amik al quran tersebut dan syira cuba baca. Tapi syira tak dapat nak baca al quran tu ,,sebaris pon syirah tak mampu, Saat itu syira menangis sepuas hati dan berjanji jika di berikan peluang syira nak baiki diri syira.
Dan bila syira tersentak ,bangun dari tidur, syira menagis sepuasnya .Sejak dari tu syira tekad untuk berubah dan baiki diri ini. Syira malu dengan Allah, Dia masih lagi beri kesempatan pada syira untuk bertaubat. Syira kata pada diri sendiri.. Aku nampak Al Quran tu, aku pegang dia tapi kenapa aku tak dapat baca walaupon sebaris ayat ??
Aku orang islam tapi setakat pada agama saje, honestly acik , Syira malu pada diri sendiri , dan syira malu pada Allah. Sekarang ini adalah proses untuk syira dekatkan diri pada ALLAH. Terima kasih acik sebab blog acik berikan syira kekuatan dan pedoman syira kuatkan diri
Syira minta jumpa personal dengan acik kerana Syira betul betul nak berubah . Syira tak nak hanya sekadar kata kata. Sebenarnya syira malu untuk jumpa acik tapi syira kuatkan hati untuk tunjukkan kesungguhan syira .
Ketika acik mendengar kata kata dari syirah ini, apa yang acik gambarkan syira benar benar ingin berubah.Alhamdulilah ,mari kita doakan syira agar di beri kekuatan untuk terus bertahan dengan perubahan yang dilakukan dan berikan kekuatan untuk hadapi hari harinya.
Acik hanya sebagai pengantara untuk syira berkongsi kisah perubahan dia dengan pembaca blog ini. Bukan rating yang acik cari tapi perubahan yang perlu kita lakukan dalam hidup ini.Hidayah Allah tak datang banyak kali. raihlah dia jika dia datang dalam hidup kita. Jika kita lepaskannya maka kita tak tahu bila lagi hidayah itu akan datang ataupon mungkin tak akan pernah datang untuk kita. Jangan jadi manusia yang angkuh dan sombong.
21 ulasan:
hmmm, mmg skang ni mcm ramai yg tak tahu mengaji, dulu waktu sekolah f5, hnya 1/4 je tahu mengaji. harap2 lah terbuka pintu hati org yg kurang tahu mengaji tu nak belajar mengaji mcm syira ni. :)
Alhamdulillah dah berubah..semoga kita sentiasa instiqamah dengan perubhan tu...
Alhamdulillah dik...Allah dah bukakan pintu hidayah untuknya...Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan..apa yang penting tanamkan dalam hati kita...dengan nawaitu untuk berubah...dan taubat tidak akan mengulannginya lagi....
Terima kasih sbb sharing, Alhamdulillah Allah bagi hidayah kpd beliau.. moga kita pun sama jugak ditetapkan hati
Alhamdulillah ... dalam hidup nih , apa pun yang kita lakukan semuanya kerana Allah . maka Allah akan beri sesuatu kebaikan yg kita tak jangkakan
Alhamdulillah.. Allah swt telah memberikan hidayah kepada syira untuk berubah menjadi lebih baik.. semoga syira terus istiqamah dengan perubahan ini..
Alhamdulillah.. gembira bila seorang lagi diberi hidayah dariNYA..
ermm itulah .. kita kena muhasabah diri
alhmdulilah ..moga dia istiqamah perubahan ini :)
betul tu kak cik :)
betul tu :) pengajran untuk kita jgk
betul itu... beruntung jika dapat peluang untuk bertaubat
amin mudah mudahan
alhmdulilah :) doakan syira tu yer
Sebenarnya mereka yang diberi hidayah sebegini sangat-sangat bertuah tau... kerana InshaaAllah mereka akan kekal dan terus menguatkan pegangan agama Islamnya... :)
alhamdulillah...semoga kisah ini dapat kita jadikan tauladan....
Alhamdulillah. nikmat Allah pada syira. bertuah dia... semoga kami yg menutup aurat ni pon perbaiki diri. sebab bertudung tak bererti solehah. =(
Alhamdulillah,
semoga ramai lagi yg dapat hidayah..
Bertuah kerana Allah memberinya hidayah dikala masih sihat dan masih muda lagi...
Semoga pengalamannya memberi hidayah buat orang lain juga...
hidayah Allah itu perlu dicari ..tapi tanpa usaha, doa dan tawakal takde leerr..
belum terlewat utk perubahan buat syira... bersyukurlah kerana Allah masih sayang padanya......
juga sebagai panduan da pengajaran buat semua.......
terima kasih kerana sudi berkongsi.....
Catat Ulasan