Pengikut

Jumaat, 24 Mei 2013

Kalau Tak Nak Orang Sakiti Hati Kamu, Jangan Kamu Sakit Hati Orang Lain. Kalau Nak Di Hargai Maka Belajarlah Menghargai



Assalamualaikum

Tengah buat apa tu ? Macam hari ini ? ermm hidup ini tak lari dengan pelbagai soalan dari mereka yang sangsi dalam banyak hal. Kadang hingga buatkan mereka memberontak untuk hal hal yang kecil. Bila di tanya mengapa ? yang mampu di jawab tak ada apa apa  Sedangkan banyak pekara yang di fikirkan sehingga buat mereka tertekan.

Persoalan yang menjadi utama masa kini terutama kepada remaja dan anak muda adalah cinta . Cinta sesama manusia yang di utamakan. Yelah saat ini orang kata masa untuk mengenal cinta Masa ini juga mulalah cinta berputik antara dua jiwa. Mereka mencari cinta sejati tetapi caranya itu seolah mencari cinta mengikut nafsu. Jangan salahkan cinta kalau kita kecewa dan sedih. Salahkan orang yang tak hargai cinta tersebut. Cinta itu sebuah perasaan suci yang hadir ketika hati menyukai seseorang itu. FItrahnya cinta untuk membahagia bukan untuk mengecewakan.

Sekarang ini terlalu banyak kes cubaan bunuh diri, belasah girlfriend./boyfriend , bertumbuk kerana orang ketiga dan sebagai. Kononya masing masing mencari cinta sejati. Padahal cinta itu perlu di semai dengan rasa kasih sayang kerana Allah. Percaya pada jodoh Allah dan ketika solatnya selalu mendoakannya agar dia juga mencintai kerana Allah.

Bukannya setakat pegang tangan pergi tengok wayang, makan bersama main suap suap, Beli baju sama katanya sehati sejiwa, serahkan tubuh badan ,ibu bapa di tinggalkan,  sanggup behenti belajar kerana tak sabar nak kawin. Adakah itu cinta sejati ?

Ingat di usia muda inilah ujian yang terberat bagi kita dan merupakan titik permulaan di mana jalan yang kita akan bawa. Sebab itu nak cari pasangan biarlah yang tepati apa yang islam mahukan. Nanti ada suara sumbang katakan " Adakah lelaki/ perempuan baik pada zaman sekarang ? 

Jawapannya mudah sekali tentulah ada, untuk dapat yang baik kamu kena jadi yang baik juga Maka seimbangkanlah  Dekatkanlah diri kepada Allah. 

Kalau tak nak orang sakiti hati kamu, jangan kamu sakit hati orang lain.Kalau nak di hargai maka belajarlah menghargai. Semuanya terpulang pada kita dan semuanya bermula dari diri kita juga.  Kita yang membawa hidup ini sama ada untuk kebaikan atau keburukan. 

Allah tak akan mengubah naseb seseorang itu jika dirinya yang tak mahu mengubahnya sendiri.

Share This!


7 ulasan:

  1. Betul3, untuk dpt yg terbaik, jadilah baik terlebih dahulu..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Semua orang inginkan pasangan yang sempurna untuk dijadikan isteri/suami..
    itulah fitrahnya manusia..
    inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya..
    Selarikan fitrah itu dengan agama..
    Dasarkan semua perkara atas agama..
    Binalah kehidupan bertunjangkan agama..

    Cinta Kerana Allah adalah Cinta Hakiki...InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. terbaik entri ni bro....mmg tu la ramai sgt yg berkata2 "ada ke lelaki/perempuan yg baik zaman sekarang ni?" padahal diorg tak cermin diri sendiri adakah diorg sudah cukup baik....

    BalasPadam
  5. itu lah, kdg2 pelik pula tgk mereka ni. kalau tak nak hati disakiti jgn sakiti hati org? hmmm, rasanya mcm slalu kut sakitkan hati org. haha. takpa kut sakiti hati mereka demi utk kebaikan?

    BalasPadam
  6. kita adalah apa yang kita fikirkan.. kalau kita berfikir nak ubah diri menjadi seorang yang lebih baik, berusahalah ke arah itu..

    tadi acik ada tanya pasal akak buat mention tu.. maaf, akak tak faham soalan acik.. hehe..

    BalasPadam
  7. Kecewa dengan sikap pakwe, mintak putus..tp bila datang org lain dalam hidup dia, mulalah gelabah dan mintak rujuk balik..pastu melalak salahkan perempuan lain..hmm beginilah manusia. time ada xreti nak hargai..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails