muslimah

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka buminya, sepatutnya kita kena bersyukur kerana kita lahir sebagai seorang islam .Tapi agak pelik sebenarnya kerana masih lagi ada pertikaian di mana sepatutnya pada usia 18 tahun berhak untuk memilih agama sendiri.

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahir lahir telah menjadi umat Nabi Muhammad saw, islam adalah meliputi segalanya dalam hidup kita, apa jua segalanya terdapat di dalam al quran.Tak percaya buka tafsir al quran dan hayatilah.

Sebenarnya hal yang utama, acik rasa syukur dan gembira apabila salah seorang rakan baik acik di Uitm insyaAllah akan masuk islam. Orangnya sangat baik dan sangat paham tentang kehidupan tentang islam. Dan dia amat tertarik tentang islam. Dia ada ceritakan dengan acik tentang mimpi mimpi yang dia dapatkan , hidayah Allah bukan semua boleh dapatkan walaupon orang islam itu sendiri.

Hidayah Allah perlu di cari kerana ianya tak datang bergolek , dan jika dapat hidayah itu raihlah dengan hati yang terbuka. Ahh meh tengok print screen status kawan acik yang buatkan hati acik sangat happy 

grace

grace


Kepada kamu pembaca blog akupenghibur , acik harap sangat dia dapat kamu semua dapat doakan rakan acik nie , semoga dia menjadi muslimah sejati dan dapat melihat keindahan islam . Kadang acik tengok cara rakan acik nie,seolah dia lebih faham islam dari kita nie dan buatkan acik respect pada dia....maaflah acik guna tool print screen dan dah out to date ..

Dia classmate acik dan merupakan rakan rapat , semoga niatnya di lidungi Allah dan di beri kekuatan untuk mendalam agama islam. Im so proud with you grace.