Assalamualaikum semua, 

Hari baru semangat nak ceritakan pengalaman acik join satu kelab baru di Uitm, kelab teater .Tapi entahlah, rasa down sangat, bila ada rakan blogger sendiri sanggup buat macam tu, cukup hari ini dah dapat kata hinaan ,kejian dan cacian di fan page acik.. di Aku Penghibu Dot  Com . Tak sangka ada rakan blogger bawa cerita yang tak baik dan fitnah blog acik. Syukran

Entahlah sekarang nie ,emosi tak stabil dengan nak final lagi, acik ambil keputusan untuk behenti seketika dari menaip di blog acik ini, acik minta maaf kepada kamu semua sepanjang acik buat menaip di blog ini ada salah dan silap, dan ada yang terasa .Acik minta maaf kerana blog di berlagu sehingga buatkan kamu semua "anoyying " . 

Acik minta maaf jika penulisan acik ini buat kamu tak senang hati dan terasa hati, beribu kemaafan acik perlukan, acik behenti seketika dari dunia blog ini untuk beberapa hari, mungkin ? entahlah sehingga ada semangat kembali 

Acik tahu Rasullulah di uji dengan lebih hebat lagi tetapi baginda tabah hadapi, acik tahu semua tu, tapi acik mahukan masa untuk muhasabah diri ini, mungkin ada yang acik taip selama ini kamu tak suka, dan kamu comment pon sebab terpaksa..acik minta maaf, 

InsyaAllah jika ada kekuatan ,kita bertemu kembali..assalamualaikum