Assalamuailaikum

Seniwati Latifah Omar bertudung


Masihkan ingat lagi cerita bawang putih bawang merah yang versi dahulu , bukan versi indonesia. Lakonan Seniwati Latifah Omar meninggalkan kesan kepada kita melalui ceritanya.

Petang tadi acik dapat tahu bahawa Seniwati Latifah Omar meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 6.20 petang tadi pada usia 74 tahun.

Allahyarhamah yang suatu masa dahulu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad di layar perak pernah membintangi banyak filem antaranya Panggilan Pulau, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Bawang Putih Bawang Merah dan Naga Tasik Chini

Mari kita sedekah al fatihah kepada Allahyarhamah semoga di tempatkan orang yang beriman . Seniwati ini telah pun kembali kerahmatullah, biarlah dia tenang, acik merayu kepada semua blogger tolonglah jangan siarkan gambar gambar Allahyahamah yang tidak menutup aurat,Apa jua alasan dan keadaannye ,kita kena simpati dan ehsan dengan situasi ini.