Pengikut

Sabtu, 13 Julai 2013

Segelintir Masyarakat Menjadikan Kemalangan Sebagai Bahan Tontonan, Umpatan Daripada Menolong





Assalamualaikum

Alhamdulilah sekali dapat hidup di muka Allah ini, semalam acik balik ke johor bertolak dari Johor bahru ke Kota Tinggi. Tengah menunggu bas tetiba acik lihat orang ramai berkumpul ke tepi jalan dan kelihatan ada 2 motor yang tersadai.

Dan terlihat seorang wanita sedang menangis sambil memeluk anaknya yang kecil dan seorang anaknya terbaring tepi jalan. Lelaki itu pula terbaring di situ.Acik tanya orang kat situ  apa yang terjadi. Rupanya mereka berlanggar dengan sebuah motor.

Yang paling sedih kejadian ini hanya menjadi tonton saje bukan tindakan yang ambil. Dan acik lihat banyak kereta yang perlahankan kenderaan untuk melihat kejadian bukan untuk menolong, acik tanya seorang pak cik , dah panggil ambulance ? dia kata " ohh kena panggil ke  ?"

Rupanya belum dan keadaan lebih kelam kabut apabila anak kecil perempuan tersebut tak sedarkan diri. Dan kami tahan satu kereta dan minta di segerakan bawa ke hospital. Alhamdulilah ada yang sanggup tolong mereka. 

tapi pelik juga , ada saje jahat yang katakan " tulah orang suruh belajar pandai pandai tak nak, tengok ada anak mampu sediakan motor saje " 

ada seorang mak cik tu datang, tanya " Ahh kemalangan , ada yang mati tak ? "

ishh jangan macam tu, rezeki, ajal maut di tangan Allah , mungkin kita tak tahu bagaimana keadaan mereka.  Ada kereta , tapi kebetulan incident tu berlaku mereka naik motor. Dah bulan puasakan , jaga mulut tu, jangan la asyik mengumpat saje..tak takut ke puasa kita nanti jadi sia sia ? 

Tapi inilah realiti orang kita, lebih banyak bercakap dan melihat dari menolong, sempat mengumpat lagi. Jom kita muhasabah diri, hari ini bagaimana amalan kita ? apa yang kita buat dan apa yang kita katakan? 
Jadi langkah yang baik kita baiki diri kita :)
  

Share This!


41 ulasan:

  1. tak tahu lah kenapa dengan masyarakat kita, kan ke kesian orang itu. ada anak kecil lagi.. sedih sungguh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm itulah ,yang ada di situ memang rasa pilu

      Padam
  2. Betul tu. Selalu je tengok macam tu. Kesian kat mangsa, orang tengok je. Ambik gambar then upload kat fb. Entah ada tolong ke tak.. Tsk. Mulut wanita tu kannn, kejam nya! Kalau dia jadi mangsa baru dia tau macam mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul , tu orang sekarang ,sikit share kat fb

      Padam
  3. tulah dik...manusia nie....kita nak kata lebih susah juga..sebab kita bukan nya hebat sangat...tapi kita punyai hati & naluri yang berbeza....punyai perasaan kesian....Isk-isk tak baik kutuk2 orang tau...kita tak tahu...masa kita bila...walaupun kita berhati-hati...Ingatlah Allah sentiasa melihat dan lebih maha mengetahui apa yang berlaku....hulurlah bantuan...bukan minda untuk berfikir...jangan dok mengutuk je...salam puasa adik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak cik, jangan dok kutuk orang kan , ishhh

      Padam
  4. Byk kejadian mcm ni yg dpt kita lihat. Kesian mangsa. Terbiar kat situ jugak semntara menunggu pihak penyelamat smp. Yg paling sakit hati, mereka2 yg melihat tuh mengganggu keadaan lalulintas dan jugak situasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , kadang memang gangu, buat jln jem

      Padam
  5. selagi tak terkena kepada diri sendiri dan ahli keluarga mak cik tu, mungkin dia takkan insaf.. hormatilah orang lain walaupun dia tidak setaraf dengan kita.. tolong menolonglah sesama manusia, bukannya mengata dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling penting hormatilah orang lain, kalau kena kat kita baru tahu

      Padam
  6. mmg benar..kekadang org melihat kemalangan nie sebagai bahan "pertunjukan"..tapi sebagai manuasia yang punya hati dan perasaan haruslah bersikap mengasihani dan perihatin dgn kemalangan..

    sesetangah tu..dyeorg nie cepat sngt nk menjurikan sapa yg salah , sapa yang betul..

    BalasPadam
  7. memang macam tu la acik..dah kena batang hidung sendiri baru nak kecoh satu dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, ishhh itulah manusia ,

      Padam
  8. innalillahi... semoga wanita tu tak luka parah. kekadang org melihat kemalangan ni hanya sebagai bahan tontonan. mari berdoa untuk mereka

    BalasPadam
  9. assalam acik

    kadang-kadang saya hairan juga, perlu ke mengata? dahlah bulan puasa. selagi tak kena hidung sendiri, selagi tak rasa menyesal dalam hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ada mulut, kita tak boleh tutup mulut mereka

      Padam
  10. aduh...sampai begitu sekali acik...tapi sebenarnya benda ini dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita...bila berlaku kemalangan kat jalanraya...memang ramai yang menyibuk...tapi bukan menyibuk nak beri pertolongan..hanya menjadi tontonan semata-mata...lagi fail yang berhenti semata-mata nak mengata..."ni mesti dia bawa laju ni" macam ni lah orang selalu kata...baik beri pertolongan dulu...moga entri ini dapat memberi kesedaran kepada semua pengguna kenderaan dinegara kita~

    BalasPadam
  11. mentaliti sebhgn masyarakat kita mmg begitu . hanya iman yg dpt membezakan musibah itu dicari atau atas kehendak Allah jua aka ujian ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak , iman dapat bezakan kita

      Padam
  12. ada kebenaran...kekadang ramai saja org yg tgk...tapi yg menolong takde...... yg lagi kejam... pi pulak ambil number keta atau motor yg kemalangan tu.....

    BalasPadam
  13. betul tu.. ramai yg berhenti di tempat kemalangan lebih banyak bersembang dr menolong.. semoga kita dpt iktibar dr entry ni insyaa allah

    BalasPadam
  14. Semesti betul.. Ada juga yg mengmbl kesempatan dngn mngmbil/mencuri brg milik mangsa kemalangan. Paling menyedihkan bla mangsa kemalangan minta tlg org ramai yg ada sekelilingnya, mereka bt tidak tahu. Hanya menonton mcm tonton drama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. emmm janganlah cm tu , kesian mereka. tolong selagi boleh

      Padam
  15. Inilah REALITI kehidupan masyarakat kita sekarang...
    Benda jadi kat orang lain pandai je kata itu ini..klau jadi kat diri sndiri acaner agaknyer...
    Moral masyarakat semakin rendah..ramai ambil jalan mudah dgn melihat @ menunggu tindakan orang lain.....
    Ramai antara kita yg mementingkn diri sendiri...

    Semoga kita semua dilindungi Allah dari saifat dan sikap negatif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, jangan kita pentingkan diri kita , kena tolong orang lain jgk

      Padam
  16. hmm manusia skrg..ishh nk mrah juga bila bca, ada ke ptt diorg ni..yg ni ok lg..ada 2 siap ambil gmbar n video lg..ada juga yg ambil kesempatan mencuri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishhhhhh tk suka betul orng sibuk jadi reporte tak bertauliah

      Padam
  17. Semalam masa nak balik kampung nmpak ada sebuah bas berlanggar dengan lori sayur..bas dah terbalik di tepi jalan..nmpak lori sayur tu teruk jugak.. tapi pemandunya dah xder..yg ada hanyalah fb reporter tgh ambik gambar..

    BalasPadam
  18. Makcik tu tanya ada mati tak? Ada lagi teruk siap ambil nombor omg.

    BalasPadam
  19. skrg ni klu blaku acident..ramai yg tgk2 je

    BalasPadam
  20. Bila xcident, org yg dtg berlumba2 kluaqkan henpon, tp bukan nak tepon ambulan. Rupanya snap gambaq, upload kat pesbuk... haishhhh...

    BalasPadam
  21. kebiasaannya masyarakat kita mmg begitu.. kena batang hidung sendiri baru tau agaknya

    BalasPadam
  22. Subahanaallah, kenapa perlu dipertikaikan anak yang bawa motor tu. Kalau bawa motor miskin sangat ke?

    Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusah kena dekat kita pula kan. Muhasabahlah diri.

    BalasPadam
  23. astagfirullah..ada ke ckp mcm tu..mcm dia tahu2 je org tu ad moto saje ke ape..jahat btl mulut..nanti kne tarik nikmat baru tahu..

    BalasPadam
  24. haha yg mengutuk tu tak menahan...apa kena mengena bawak motor dgn belajar pandai2....?

    BalasPadam
  25. What goes around comes around. Yang suka mengutuk sangat tu tak mustahil nanti kena pada diri sendiri. Hmmm..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails